A PhD Thesis Without Tears

A PhD Thesis Without Tears

The standard answer is of course that a PhD is normally described as containing material for three publishable papers.

Ya, saya dapat menghasilkan tiga kertas kerja sepanjang pengajian, dua kertas kerja telah diterbitkan dan diindek oleh Scopus dan satu lagi hanya baru dihantar ke journal. Pengaruh penulisan kertas kerja ini, banyak dibantu oleh penyelia. Tapi saya rasa semasa penyelia menulis, beliau setakat menulis, tapi membaca semua kertas kerja yang berkaitan dan yang telah saya tulis dalam draft kertas kerja atau dalam bab tesis saya. Oleh sebab itu, saya rasa penyelia saya sangat gigih dan memastikan saya menulis dengan betul sebab ada satu kajian lepas, saya membuat ulasan yang salah. Begitu detail beliau menyemak kerja-kerja saya. Cuma tahap BI saya tak sama dengan beliau. Bila saya nak mahir ini dalam penulisan akademik ini???Semoga satu hari, nanti saya dapat menyemak semula kerja pelajar saya seperti yang dilakukan oleh penyelia saya. Penyelia saya hanya fokus kepada 2 bidang penyelidikan sahaja iaitu chemoinfomatics dan bibliometric, dan beliau memang mahir dalam bidang-bidang ini.

Many students are given the impression that they must write a ‘literature review’ chapter, but this is not correct. This is fortunate as a good literature review is extremely hard to produce. However, the thesis must demonstrate an awareness of the relevant literature and the reader must be able to see clearly how the thesis extends existing work.

Berdasarkan pengalaman saya, memang SV (penyelia) saya tidak menitik beratkan kandungan LR (literature review), yang sangat detail. Semasa hari pertama perjumpaan, beliau meneliti kertas kerja yang berkaitan dengan penyelidikan saya dan saya membuat kajian pertama saya dengan yang menyambung yang dilakukan oleh satu kertas kerja. Oleh sebab itu kajian pertama agak mudah, sebab saya hanya menyambung dari satu kertas kerja sebelumnya. Dalam masa sebulan saya dapat menyiapkan first draft (daripada data collection, analysis dan penulisan). Tapi malangnya penulisan saya sangat lemah, saya mengambil masa 8 bulan sebelum kajian kedua dilakukan. Ini kerana SV hendak saya memantapkan penulisan saya. Alhamduuliah selepas itu, proses penulisan saya lebih baik dan menpunyai masa yang kurang drp 8 bulan. Kajian terakhir yang saya siapkan dalam masa 2 bulan (daripada data collection, analysis dan penulisan). Ini lah teknik yang digunakan oleh SV saya.

A good supervisor therefore treats each student differently, making a judgement about each student’s abilities and character.

Beliau dapat mengenal pasti kelemahan pelajarnya dan memberikan penekanan untuk pelajar meningkatkan diri.

PhD topic the first step is to refine the statement of the problem, in particular to narrow the scope of the project so that it is more clearly defined and manageable. Your supervisor will be important in influencing the way you begin. But do not expect a supervisor to place a topic in your lap. Finding a research subject is your responsibility.

Saya mengakui SV mempunyai keupayaan untuk membawa penyelidikan ke dalam skop masalah yang lebih kecil dan jelas dan mudah untuk diuruskan. Dalam kajian saya, saya mempunyai 4 kajian, yang saya faham keseluruhan kajian saya semasa peringkat penulisan terakhir ini. 2 kajian focus di Malaysia dan 2 kajian di peringkat antarabangsa. Bagaiman SV membawa saya drp kajian yang kecil kepada skop yang lebih besar tapi sebahagian hasilnya yang sama, mempunyai tahap penerbitan dan citation yang rendah, menerbitkan di journal yang mempunyai indek yang rendah dlln.

Research is hard, and often comes with occupational hazards like sleepless nights and bad headaches. Many sacrifices need to be made.

Ya, pengalaman yang menarik untuk dicuba. Saya mengakui saya bukan orang yang berdisplin. Ya pada peringkat permulaan pengajian saya sangat berdisplin. Jalan kaki pukul 7 dari rumah, kemudian balik dalam pukul 7 tapi bukan sepanjang masa saya boleh mengekalkan motivasi yang konsisten sepanjang masa. Oleh sebab itu, skrg ini saya belajar mengikut keupayaan saya. Tapi dalam masa yang kritikal sekarang ini saya perlu lebih lama untuk menghadap tesis saya ini supaya saya dapat menghantar dalam tempoh yang ditetapkan.

Develop a disciplined working routine regarding the organisation of your time. Your commitment should be at least that of a full-time job. Plan each working day’s tasks before you even arrive at the office or library. Have a daily working schedule, including a fixed starting time each morning. Above all, write as you go along.

Pada mula pengajian, Ya, saya lakukan catatan atau daily routine. Tapi biasa agak sukar untuk dilaksanakan. Tapi kalau nak tersusun dan teratur, boleh dilakukan. Kawan saya juga membuat dairi harian untuk PhDnya. Saya ada tapi tak kemas dan teratur.

There are several benefits of beginning simply with the idea of writing one paper, even though it will be seen as leading to further research.

Ya, saya amalkan. Daripada satu kertas kerja, saya ubah data lain, dapat kertas kerja kedua dan ketiga.

It is likely that this first paper will involve the greatest struggle of any part of the thesis. After successfully accomplishing this first stage, most students find that the next papers are produced much more quickly and with far fewer problems.

Ya, pengalaman saya 8 bulan utk kajian pertama, 5 bulan utk kajian kedua, 4 bulan utk kajian ketiga dan 2 bulan utk kajian keempat.

There are also no rigid rules regarding the frequency of meetings with your supervisor.
16.3.2007 - perjumpaan pertama : reading the research background
18.4.2007 - first draft paper
3.5.2007 - second draft
14.6.2007 - third draft
18.9.2007 - submitted paper to the editor
22.10.2007 - first draft chapter: results 1
29.11.2007 - second draft
10.1.2008 - start experiment 2
24.1.2008 - explain the results 2
25.2.2008 - second draft results 2
1.5.2008 - third draft
30.6.2008 - first upgrade report and research design
21.7.2008 - first draft LR
5.12.2008 - second draft LR and upgrade report (Mhil to PhD)
15.6.2009 - results 3 (first draft)
29.10.2009 - results 4
13.1.2010 - first draft thesis (2-7)
31.3.2010 - abstract and introduction
29.4.2010 - final review on results 3

The choice of supervisor is so important that you should always endeavour to take the initiative.Expert knowledge of the specific field is only one of many characteristics of supervision, and it is usually possible for a supervisor to arrange for someone who is closer to the field to look at the work at various points.


Daripada pemerhatian saya, memang ianya menjadi faktor penentu tapi bukan sepenuhnya. PHD ini perjalanan yang panjang dan keseorangan. Saya membuat lawak dengan kawan, ianya seolah perjalanan ke kubur. setiap detik, masalah dlln kena diselesaikan seorang. Setiap pelajar dikehendaki mempunyai sesuatu yang unik yang ada dalam dunia ini. Kalau boleh carilah penyelia yang ada pengalaman yang luas. SV saya dicadang oleh kawan saya yang telah membuat PhD dengan beliau. SV saya memang tegas. Setiap tindakan beliau seolah kwn saya sebab kwn saya ini pernah jadi ketua jabatan saya. Skrg kwn saya ialah timbalan dekan dan seorang profesor. Kwn saya yang mencadangkan buat dengan professor sebab meraka ada pengalaman, tapi saya akui SV memang jujur dan ikhlas dalam kerja-kerja penyelidikan dan akademik beliau. Kegigihan SV saya berkerja sama dengan kawan saya. Saya boleh mampu jadi macam mereka?? Tunggu dan lihat??

penulisan ini hanya pengalaman saya. Pengalaman PhD adalah unik bagi setiap pelajar.

Tulisan dalam Italic dan dalam BI ialah keratan dalam kertas kerja yang asal.

Tulisan dalam BM ialah pengalaman saya.

Sepatutnya

Sepatutnya menyiapkan 2 bab penulisan tesis yang terakhir. Tapi perasaan malas menyerang dengan tiba-tiba. Buku 'Don't be sad' dibaca tapi bukan semakin motivasi tapi semakin malas. Entahlah. Buku motivasi yang tidak mendatangkan motivasi. Bermula dengan sabtu lepas menghadiri seminar di birghim. Patutnya makin rajin. Tapi Ahad pun masih bermalasan2 berlanjutan sehingga khamis. Hari ini pun gagahi untuk datang ke universiti. Suka hati aku aje nak datang ke universiti ke tak? Hari ini datang juga sebab berjumpa dengan supervisor jam 4 petang dan 2.30 petang ada WAS sesi kat jabatan.

Kehilangan idea nak tulis apa??? ...Tiada idea untuk memikiran yang kritis.

Alhamdulliah perjumpaan dengan supervisor berjalan dengan lancar. Ada banyak lagi thing to do??? long list???

Entahlah, kadang2 jumpa orang makin bermotivasi, kadang makin malas. Sebab itu, skrg ini mcm malas nak bergaul dengan orang. Boleh tak mcm tu?? hehehhe..mengasingkan diri...macam seronok, buat kerja sendiri..hehehe...ini mcm katak bawah tempurung. Mungkin lain orang lain cara. Lagipun skrg ini agak sensitif, kadang2 kesensitifiti melampau sangat.

Tak apalah, buat masa ini, aku ambik cara berkurung sampai siap aje tesis. ini mungkin cara yang sesuai utk aku. Cara aku tak sama dengan cara orang lain..hehehhe

Aku kena kuatkan semangat. Sebab aku tahu apa nak buat..just do it??? tapi aku aje bermalasan??? ada orang lagilah tak tahu nak buat apa???

Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/04/22
Pelaksanaan secara terburu-buru timbulkan banyak masalah

KUALA LUMPUR: Pertubuhan guru membantah cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai satu subjek di sekolah kerana ia disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja, sebaliknya hanya menambah beban guru.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata kesatuan itu terkilan dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menggesa pelaksanaannya dipercepatkan tanpa berbincang atau mendapatkan pandangan daripada kesatuan guru atau peringkat akar umbi. Beliau berkata, pelaksanaan secara terburu-buru akan menimbulkan banyak masalah sehingga merugikan pelajar, tambahan pula guru ketika ini tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang kesihatan reproduktif.

“Usaha membanteras gejala buang bayi yang semakin berleluasa ketika ini harus berpaksikan pengukuhan pendidikan agama dan moral secara lebih mendalam.

“Pegangan teguh kepada amalan agama dan nilai moral yang tinggi akan mencegah remaja daripada terpengaruh dengan gejala seks bebas yang menjadi punca utama peningkatan kes buang bayi,” katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin, Shahrizat meluahkan hasratnya untuk menemui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta supaya pendidikan kesihatan reproduktif sebagai subjek di sekolah diperkenalkan segera.
Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, turut membantah cadangan itu dengan menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi harus bermula di rumah.

“Asas didikan fardu ain oleh ibu bapa di rumah amat penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjebak dengan gejala itu.

“Justeru, PKPSMM tidak mempersetujui idea itu (memperkenalkan subjek pendidikan kesihatan reproduktif) kerana ia jelas bukan langkah penyelesaian sebenar. Tambahan pula, beban tugas guru sudah terlampau banyak di sekolah,” katanya.

**************

Semalam Mahathir pun mengulas, yang perlu dipertingkatkan ialah pendidikan agama supaya pelajar tak mengikut hawa nafsu. Yang menjadi mangsa anak luar nikah dan buang bayi ialah orang melayu dan islam (betul ke? ke islam pada nama dan keturunan). So kena balik isu asal akidah dan penekanan ilmu fardu ain di kalangan anak-anak. Dulu anak ini takut dengan mak ayah tapi mungkin ada yang melakukan aktiviti tak sihat seperti seks tapi tak melampau batas tapi masyarakat masih ada utk tegur dan jaga mereka. tapi skrg semua taman boleh dengan selamba aje jadi tempat pasangan melepaskan perasaan. Masyarakat tak boleh tegur lagi...

Aku cadangan supaya kita menwujudkan masyarakat perihati. mak ayah akalu anak2 org tegur kena terima..ingat anak2 pandai berlakon. kita sama sayang anak2 bangsa kita tak kira anak siapa..sama kita jaga anak2 kita yang bakal jadi pemimpin masa depan..


ini ke?? pemimpin??? skrg dan masa depan???? so fikir2lah kalau nak undi?? nak pilih sape???

Ibu kedekut keluar belanja anak di universiti

myMetro bullet Bimbingan bullet Dang Setia
Ibu kedekut keluar belanja anak di universiti


2010/03/21
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SOALAN

SAYA berumur 21, ada lima beradik dan menuntut di IPTA di utara Malaysia. Bapa saya meninggal dunia pada 2004 kerana kanser paru-paru. Selepas kematiannya, kami menerima wang pencen hampir separuh gajinya ketika berkhidmat dulu.
Ibu juga pernah bekerja dan ada wang pencen sendiri. Jika dicampur jumlah wang pencen ibu dan arwah bapa saya, jumlahnya hampir RM2,000. Masalah yang sering mengganggu fikiran saya kebelakangan ini ialah ibu sangat mementingkan diri dan berkira dalam soal wang ringgit.

Ketika awal kemasukan ke IPTA, saya mendapat cek bernilai RM1,500 daripada PTPTN. Ibu ajak saya ke bank untuk tunaikan cek dan dan dia beri saya RM300 saja. Selebihnya, kata ibu, dia akan masukkan ke akaun saya.

Bagaimanapun, selepas seminggu saya dapati tiada wang dimasukkan ke akaun saya. Apabila saya menuntut wang itu, ibu kata saya menggunakan terlalu banyak wang di universiti, sedangkan itu hak saya.

Saya terpaksa berjimat cermat menggunakan wang sehingga pernah berpuasa sebulan kerana tak cukup wang untuk makan. Banyak wang saya perlukan untuk membuat salinan fotostat dan beli buku pelajaran.

Ibu juga sangat berkira untuk mengeluarkan wang jika ada adik beradik saya yang sakit. Jika ada sekalipun selang beberapa minggu, hal itu akan dia ungkit kembali. Ibu juga sering bercerita kepada jiran mengenai perbelanjaan saya di universiti yang katanya terlalu banyak,

Hakikatnya saya hanya makan sekali sehari dan sering mengalami gastrik akibat tidak cukup wang.

Adik beradik lain tidak mengalami nasib seperti saya dalam hal akademik kerana keputusan peperiksaan mereka sederhana.

Ibu menghantar adik lelaki saya yang berusia 16 tahun ke Giat Mara untuk mengambil kursus kemahiran teknikal kerana adik bakal memperoleh elaun bulanan sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan. Jadi, ibu hantar dia ke sana kerana wang.

Baru-baru ini ibu hanya beri saya RM60 untuk perbelanjaan kemasukan semester baru. Apabila saya meminta ibu memasukkan RM100 minggu berikutnya sementara menunggu wang PTPTN, ibu mengungkit perihal perbelanjaan saya.

Saya sangat sedih mempunyai ibu seperti ini. Pernah saya terfikir mengapa tidak beliau dijemput Ilahi saja dan mengapa bapa yang harus pergi dulu?

Ketika bapa masih hidup segala kemahuan kami adik beradik dipenuhi tanpa mengungkit sedikit pun.

Saya mohon pandangan Dang Setia untuk kurangkan tekanan yang saya alami.

KITTY


JAWAPAN

Dang Setia faham tekanan yang adik alami, namun untuk mendoakan supaya emak kita mati hanya disebabkan kekangan masalah kewangan, bagi Dang Setia ia tindakan yang tidak sepatutnya dan keterlaluan.

Seperti Dang Setia sering nyatakan di ruangan ini, biar seburuk manapun sikap ibu, kita sebagai anak tidak boleh bersikap kurang ajar, apatah lagi mendoakan keburukan untuknya.

Sebaliknya, yang sepatutnya kita lakukan ialah berdoa semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada ibu kita supaya dia sedar serta insaf akan kesilapannya dan seterusnya kembali ke pangkal jalan.

Apapun, Dang Setia percaya jauh di sudut hati adik sebenarnya tidak bermaksud mendoakan ibu adik meninggal dunia, sebaliknya ia adik lakukan di luar kawalan disebabkan terlalu tertekan dan tidak tahu apa perlu dibuat.

Dang Setia juga tidak bulat-bulat memihak kepada ibu adik, malah jika berdasarkan cerita adik, Dang Setia juga bersetuju bahawa ibu adik melakukan kesilapan dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Bagaimanapun, dalam soal membabitkan ibu atau bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab, kuasa yang ada pada anak terbatas. Biarpun pedih dan sukar, hakikat ini perlu adik terima.

Berurusan dengan ibu bapa tidak sama dengan rakan. Kalau dengan rakan, kita boleh marah atau jarakkan hubungan dengan mereka, namun dengan ibu bapa kita tidak boleh berbuat demikian.

Yang perlu kita lakukan ialah menangani masalah yang timbul dengan cara halus dan berhemah.

Dalam soal masalah kewangan yang adik hadapi, pada pendapat Dang Setia adik perlu lebih bijak menguruskan wang yang adik miliki dan bijak juga merahsiakannya daripada ibu adik.

Jangan melawan atau bersikap kurang ajar dengan ibu, tetapi apa yang adik lakukan ialah untuk kebaikan iaitu bagi memastikan adik mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan perbelanjaan di universiti.

Jika adik masih kekurangan wang, mungkin keadaan memerlukan adik bekerja lebih keras iaitu melakukan kerja sambilan. Memang ia perkara sukar, namun percayalah ia bukan sesuatu yang luar biasa.

Sepanjang pengalaman dan pemantauan Dang Setia, ramai anak orang miskin tetap berjaya dalam pelajaran mereka kerana kesabaran serta kegigihan mereka mencari wang sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan ibu bapa atau pihak lain.

Mungkin keadaan itu akan menyebabkan adik mengeluh kerana menyifatkan diri adik bernasib malang berbanding rakan lain yang ibu bapa mereka mewah dan mereka senang-senang saja mendapat bekalan kewangan.

Jika begitu keadaannya, nasihat Dang Setia, jangan sekadar lihat orang yang lebih senang, sebaliknya sedarilah ramai lagi insan lain yang belajar di universiti yang hidup mereka lebih sukar daripada adik.

Seterusnya, lihat pula apa usaha serta kegigihan mereka untuk mengatasi masalah itu dan itulah contoh yang perlu adik ikuti.

Ganjaran solat sepertiga malam

Ganjaran solat sepertiga malam


2010/03/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SESEORANG dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT menerusi solat. Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa, ayat 79: “Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” Dalam ayat itu Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW melaksanakan solat malam atau qiamullail, namun ramai antara kita memandang remeh perintah berkenaan.


Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah SAW, ia adalah amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian baginda.


Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau bahasa mudah, menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Selain itu ada juga beberapa solat malam seperti sunat istikharah, tahajud, taubat, tasbih dan sebagainya.


Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.


Membaca al-Quran juga adalah ibadat yang diberi ganjaran sangat besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kebajikan.


Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah olehmu al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.” (hadis Riwayat Muslim) Antara surah yang baik untuk dibaca ialah surah Yaasin kerana ia ibarat jantung al-Quran, al-Ala (surah yang sangat digemari Rasulullah SAW), al-Fatihah (pokok atau ibu al-Quran), al-Kahfi (tempat naungan pada hari akhirat), as-Sajadah (digemari Rasulullah SAW), al-Mulk (memberi syafaat di akhirat), an-Nas dan al-Falaq (memberi perlindungan pada hari akhirat).


Ada beberapa ayat dalam al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu. Allah SWT menjelaskan, mereka yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan sebagaimana firman-Nya: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang) pada malam hari kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu sedikit. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” (surah al-Muzzammil: 1-4) Saidatina Aisyah RA ada meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda: “Mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan diampunkan oleh Allah SWT sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian.” Baginda menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Tiub fallopio tersumbat

Tiub fallopio tersumbat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

Soalan
SAYA berusia 32 tahun, sudah berumahtangga selama lima tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

Pada 2007, saya menjalani pembedahan laparoskopi dan keputusannya doktor memberitahu yang kedua-dua saluran tiub tersumbat. Doktor itu tidak memberikan saya apa-apa ubat untuk kes saya ini tetapi hanya mencadangkan supaya saya membuat kaedah rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) saja.

Persoalannya, sekiranya tiub fallopio tersumbat, adakah peluang untuk mendapatkan zuriat hanya melalui kaedah IVF? Adakah sebarang ubat yang boleh membersihkan saluran yang tersumbat itu?

Ada kenalan menyarankan kepada saya mencuba sejenis ubat tetapi saya takut untuk mengambilnya tanpa pengawasan doktor. Apakah saranan dan nasihat doktor mengenai kes saya ini?

ROHAYATI,
Temerloh, Pahang.

Jawapan

PROSES kehamilan memerlukan beberapa langkah penting. Salah satunya membabitkan tiub fallopio. Tiub fallopio perlulah:

- Tidak tersumbat. Ini membolehkan pertemuan sperma (yang berenang dari dalam faraj) dan telur (yang diambil masuk ke dalam penghujung tiub ini). Tanpa tiub fallopio, pertemuan ini tidak boleh berlaku secara normal.

- Berfungsi. Jejari (fimbria) di penghujung tiub berada hampir dengan permukaan ovari. Setelah berlaku ovulasi, jejari ini akan menyedut telur masuk ke dalam tiub melalui pergerakan berombak. Di permukaan dalam tiub juga terdapat rerambut halus yang menolak sperma dan embrio, serta kelenjar yang menghasilkan rembesan bahan penting dalam perkembangan awal embrio.

Ini bermakna, tiub bukan saja perlu tidak tersumbat, tetapi juga perlu berfungsi elok. Melalui pembedahan laparoskopi yang anda jalani, bahagian luaran tiub dapat dilihat dan laluan dalamnya dapat diuji sama ada tersumbat atau tidak.

Buat masa ini, tidak ada ujian yang dapat menilai sama ada tiub dapat berfungsi atau terjejas. Apa yang nyata, sekiranya benar tiub fallopio anda tersumbat kedua-duanya, maka tidak ada peluang untuk pertemuan sperma dengan telur berlaku di dalamnya.

IVF dapat membantu secara menggantikan tiub ini dengan bekas khas di makmal bagi membolehkan pertemuan terbabit berlaku.

Melalui pembedahan laparoskopi itu, doktor dapat memberitahu anda kemungkinan penyebab tiub terbabit tersumbat melalui ciri tambahan pada organ reproduksi yang lain dan keadaan pelvis keseluruhannya.

Sekiranya ia disebabkan oleh jangkitan pelvis, rawatan antibiotik (lazimnya dua jenis serentak) akan diberikan untuk "membersihkan" kuman.

Bagaimanapun, ubat ini tidak dapat membetulkan parut kerosakan yang sudah terjadi yang lazimnya menjejaskan fungsi tiub. Kebanyakan doktor juga akan merakamkan prosedur itu secara video untuk dijadikan bahan rujukan atau rekod kelak.

Elak perasaan marah

Doktor Jantung: Elak perasaan marah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?

Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?

Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.

Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.

Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.

Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.

Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.

Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.

Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.

Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.

Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?

Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.


Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.

Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.

Cara mengatasi kemarahan

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

# Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10

# Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda

# Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)

# Mendengar muzik

# Mengisi masa dengan hobi

# Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi

# Meditasi

# Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir

Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.

SOALAN

SAYA berumur 35 tahun dan berjumpa doktor bulan lalu ketika melakukan saringan kesihatan. Tahap kolesterol saya ialah 8.8 mmol/L walaupun saya giat bersukan dan prihatin mengenai pemakanan sihat yang rendah lemak. Doktor menasihati saya mengambil ubat untuk merendahkan kolesterol.

Bagaimanakah tahap kolesterol saya boleh menjadi begitu tinggi, padahal saya mengamalkan gaya hidup sihat? Perlukah saya mengikut nasihat doktor untuk memakan ubat kolesterol?

JAWAPAN

Ada dua punca utama kolesterol di dalam badan. Punca pertama ialah daripada apa yang kita makan dan yang kedua ialah daripada apa yang kita buat. Ramai tahu mengenai pemakanan yang tinggi kandungan lemak, tetapi ramai tidak tahu bahawa badan kita, melalui organ hati, juga menghasilkan kolesterol.

Ingat, kolesterol adalah bahan utama membran sel badan dan kehadirannya sangat penting untuk badan berfungsi dengan sempurna.

Bagaimanapun, ada beberapa keadaan di mana tahap kolesterol menjadi tinggi kerana kolesterol yang dihasilkan adalah berlebihan. Satu daripadanya disebabkan hiperkolesterolemia familial, iaitu akibat keturunan atau genetik.

Tahap kolesterol setinggi 8.8 mmol/L adalah terlalu tinggi dan jika tidak dikawal, ia boleh membawa kepada masalah kardiovaskular, seperti penyakit jantung koronari dan strok.

Oleh itu, anda wajar mengikut nasihat doktor untuk memulakan rawatan. Teruskan gaya hidup sihat yang diamali dan doktor anda akan memantau tahap kolesterol darah dari semasa ke semasa.

SOALAN

MENURUT artikel Doktor Jantung pada 10 Mei lalu, doktor memberitahu bahawa hipertensi kot putih berlaku apabila tekanan darah diambil ketika di hospital atau klinik adalah tinggi berbanding bacaan di rumah.

Keadaan sedemikian berlaku kepada saya setiap kali saya berjumpa doktor. Apakah cara terbaik untuk mengelak bacaan tekanan darah menjadi tinggi apabila berjumpa doktor?

JAWAPAN

Sindrom atau hipertensi kot putih adalah fenomena yang belum difahami sepenuhnya oleh dunia perubatan.

Ada kajian mendapati lebih kurang 20 peratus daripada bacaan tekanan darah yang tinggi ketika berjumpa doktor disebabkan hipertensi kot putih.

Sememangnya seseorang itu sukar mengelak berlakunya fenomena sedemikian, tetapi jika ia cuba mengawal perasaan dan emosi ketika bertemu doktor, ini mungkin boleh membantu. Contohnya, pada hari berjumpa doktor, elak situasi yang membawa stres atau tekanan.

Rancangkan hari dengan baik selepas mendapat rehat dan tidur secukupnya pada malam sebelumnya.

Elak kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan, dan baca buku atau majalah yang menenangkan ketika menunggu giliran di klinik atau hospital.

Adalah bagus jika anda mempunyai alat pengukur tekanan darah sendiri kerana anda boleh mengetahui tekanan darah anda ketika di rumah berbanding di hospital.

Doktor anda mungkin melakukan ujian tekanan darah ambulatori untuk anda.

Ujian ini membabitkan satu alat yang boleh mengukur dan memberi bacaan tekanan darah secara berperingkat-peringkat selama 24 jam. Ini boleh memberi gambaran lebih jelas mengenai tekanan darah anda yang sebenar.

6 Jenis Wanita Malang

http://ymsagasama.blogspot.com/2009/09/19-keistimewaan-wanita-menurut-hadis.html

6 Jenis Wanita Malang

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

My milestone in my PhD journey

Supervisor meeting
16.3.2007 - perjumpaan pertama : reading the research background
18.4.2007 - first draft paper
3.5.2007 - second draft
14.6.2007 - third draft
18.9.2007 - submitted paper to the editor
22.10.2007 - first draft chapter: results 1
29.11.2007 - second draft
10.1.2008 - start experiment 2
24.1.2008 - explain the results 2
25.2.2008 - second draft results 2
1.5.2008 - third draft
30.6.2008 - first upgrade report and research design
21.7.2008 - first draft LR
5.12.2008 - second draft LR and upgrade report (Mhil to PhD)
15.6.2009 - results 3 (first draft)
29.10.2009 - results 4
13.1.2010 - first draft thesis (2-7)
31.3.2010 - abstract and introduction

Lelaki Malaysia pilih wanita seberang isteri kedua

Lelaki Malaysia pilih wanita seberang isteri kedua


2010/04/16
MEDAN: Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.
Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali, berkata 31 pasangan berkahwin Januari lalu, Februari (29) manakala Mac (32) dan hampir semua mereka beragama Islam.
Beliau berkata, ada juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam negeri asal masing-masing.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.

Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata, pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.
"Ramai calon isteri mereka adalah janda yang sudah beranak dan wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali dan selepas berkahwin isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia. Mengikut Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun, isteri itu layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak pasangan berkenaan automatik menjadi warga negara Malaysia.

Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia untuk menikahi wanita warga negara asing.

“Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana kematian isteri pertama," katanya.

Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera pula sangat kurang. Sebagai contoh, pada Mac, hanya dua pasangan bukan Islam berkahwin.

Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara. - Bernama
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2198&newlang=mas

Soalan :

Dengan penuh hormat dan takzim sukacita kaola memohon penjelasan Pehin mengenai hukumfara'idh mengenai perkara tersebut di bawah:

1. Apakah makna 'hukum fara 'idh'?

11. Apakah hukumnya bagi seorang yang tidak menjalankan hukum fara'idh?

iii. Harta daripada mana yang dimaksudkan dalam hukum fara'idh?

IV. Sekiranya harta tersebut telah dipakai oleh salah seorang waris (anak) tanpa diketahui oleh waris yang lain, apakah hukumnya?

V. Apakah hukumnya jika harta itu disimpan lama-lama oleh seorang waris (anak) dan waris yang lain menuntut bahagiannya?

VI. Pentadbiran keluarga waris telah membahagikan waris tersebut kepada isterinya, patutkah diikut pembahagian tersebut atau mengikut hukum fara'idh yang telah ditetapkan?

Vii. Adakah anak sebapa lain ibu berhak menerima waris (harta pusaka peninggalan bapa) tersebut?

Vlll. Adakah anak seibu lain bapa berhak menerima waris (harta pusaka peninggalan bapa) tersebut tanpa meninggalkan wasiat?

IX. Berapakah jumlah yang wajib dibahagikan kepada anak lelaki, anak perempuan dan isteri mengikut hukum fara'idh?

X. Pembahagian waris tersebut sebanyak $5,000.00 (Lima Ribu Ringgit) sebulan mulai Mei 1998.

Isteri 1 orang.
Anak lelaki 4 orang
Anak perempuan2 orang (termasuk sebapa lain ibu).

Jawapan:

i. Tentang hukum fara'idh: Fara'idh ialah berasal daripada perkataan faradha (فرض), di dalam bahasa Arab yang bererti ketentuan atau kepastian. Jika yang dimaksudkan dengannya berkaitan dengan warisan atau harta pusaka, maka ertinya ialah bahagian yang telah ditetapkan mengikut hukum syara' untuk ahli waris.

Dengan itu, jika pengertian hukum dikaitkan dengan pengertian fara'idh, maka makna hukum fara'idh yang ditanyakan ialah ketetapan yang diberikan Allah tentang kedudukan harta yang ditinggalkan oleh si mati atau hukum yang diberikan Allah dalam menangani pemerosesan pembahagian harta warisan kepada yang berhak.

Untuk rnengetahui proses pembahagian yang telah ditetapkan ini, sarna ada daripada sudut caranya atau kadarnya, siapa yang berhak rnenerimanya daripada kalangan ahli waris dan sebagainya, ialah melalui apa yang dinamakan ilmu fara 'idh.Pengertian ilmu fara 'idh menurut sebahagian ulama ialah suatu ilmu untuk mengetahui cara-cara pembahagian harta pusaka kepada yang berhak daripada kalangan ahli waris. (Mu 'jam Lughat AI-Fuqahd' h. 341).

Pembahagian harta warisan melalui cara yang terdapat di dalam ilmu fara'idh akan menghasilkan pembahagian yang seadil-adilnya kerana ia berdasarkan wahyu.Kadar dan bahagian masing-masing sebenamya telah ditetapkan oleh wahyu. Manusia atau pihak mahkamah misalnya, hanya berfungsi sebagai menunaikan perlaksanaan hukum Allah dalam perkara ini.ii. Hukum atau tatacara pembahagian harta waris melalui fara'idh adalah wajib.

Ayat-ayat mengenai faraid ini banyak terdapat dalam AI-Qur'an, begitujuga dalam hadis-hadis.

Di antaranya ayat berikut:يوصيكم الله فى آولدكم ، للذكر مثل حظ الأنثيين فإن كن نسآء فوق أثنتين فلهن ثلثا ما ترك، وإن كانت وحدة فلها النصف.

Tafsirnya: "Allah memerintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagiannya ialah seperdua (separuh harta itu)……"(sehingga akhir ayat). (Surah AI-Nisa ': 11)Dan hadis:عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: اقسموا المال بين أهل الفرائض على كتاب الله تعالى.

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sabdanya: "Kamu bahagi-bahagikanlah harta (pusaka) di antara ahli fard 'idh (waris) berdasarkan Kitabullah. "(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

.Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad bin Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya dengan Sa'ad. Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid semasa berperang bersamamu wahai Rasulullah di Uhud.

Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan sebahagiannya di atas.

Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengirim utusan kepada bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).

Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan harta waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalamfara'idh dan cara inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib itu akan mendapat pahalajika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum fara'idh hanya membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya.

Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sab dan sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum fara'idh melalui cara berikut:

(1) Yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan sebagainya.Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati, maka wajib ditunaikan.

Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya, begitulah seterusnya

.(2) Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardhu kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.

(3) Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib dibayar bagi pihak si mati.

(4) Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.

Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.

(5) Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faria'id yang wajib dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masin masing. (Nihayah AI-Zain h. 281)

iv. Pada dasamya memanglah tidak boleh memakai, mengambil, termasuk memakan harta yang dimiliki oleh oranglain tanpa keizinannya.

Firman Allah Ta' ala:ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالبطل وتدلوا بها إلى الحكام لتأكلوا فريقا من أموال الناس بالأثم وأنتم تعلمونTafsirnya: "Dan jangan kamu makan atau mengambil harta orang lain di an tara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula menghulurkan harta kamu (sebagai rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.(Surah Al-Baqarah: 188)AI-Qadi Abu Ya'la berkata, a-bathill atau jalan yang salah yang disebutkan dalam ayat di atas mempunyai dua pengertian.

Pertama: . Mengambil harta berkenaan tanpa kerelaan pemiliknya, seperti mencuri, merampas dan khianat. Kedua: Mengambil dengan kerelaan si pemilik tetapi salah di segi hukum, seperti melalui judi, nyanyian dan harga arak.Mengikut AI-Zajjaj, di antara makna al-bdthil berkenaan ialah menyelewengkan amanah. (Ibnu AI-Jauzi, Zfid AI-Masir 1/176177). .

Ayat ini jelas melarang mempergunakan harta milik orang lain secara bathil.Di dalam kes-kes tertentu kita tidak dilarang mempergunakan (memakan) harta tertentu yang dimiliki orang-orang tertentu mengikut kadar yang tidak melampaui batas.

Firman Allah Ta'ala:ليس على الأعمى حرج ولا على الأعراج حرج ولا على الميض حرج ولا على أنفسكم أن تأكلوا من بيوتكم أو بيوت ءابآئكم أو بيوت أمهتكم أو بيوت إخوانكم أو بيوت أخوتكم أو بيوت أعممكم أو بيوت عمتكم أو بيوت أخوالكم أو بيوت خلتكم أو ما ملكتم متاتحه أو صديقكم ليس عليكم حناح أن تأكلوا جميعا أو أشتاتا.

Tafsirnya: "Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki dia berlaku demikian) dan juga tidak ada salahnya bagi kamu (termasuk orang-orang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu, tidak juga menjadi salah bagi kamu makan bersama-sama atau berasingan (hingga akhir ayat). "(Surah Al-Nur: 61)

Di antara pengertian ayat ini ialah: Tidak menjadi kesalahan kita makan di rumah kaum kerabat tersebut, termasuk juga di rumah anak sendiri. Selain di rumah mereka itu, termasuk juga di ladang yang terletak di dalam jagaan seperti hasil buah-buahan kebun atau binatang seperti air susu binatang ternakan itu sekadar yang dimakan dan diminum saja. Keharusan hukum seperti ini berdasarkan kepada kebiasaan adanya keizinan dan kerelaan dalam perkara berkenaan kerana keakraban kekeluargaan yang akrab dan persahabatan yang erat.

Mengikut nada pertanyaan nombor iv di atas, barangkali harta waris yang dipakai oleh salah seorang waris tanpa diketahui oleh waris lain tidaklah termasuk dalam kes tertentu yang disebut di atas.

Adalah jelas di sini seperti disebutkan, bahawa dia memakai harta waris tanpa diketahui oleh ahli waris yang lain. Walaupun dia memakai tanpa diketahui oleh ahli waris yang lain, tetapi sekiranya yang dipakainya itu kurang ataupun bertepatan dengan kadar bahagiannya sendiri yang dia memang berhak terhadapnya, maka tiadalah ia salah.

Namun sekiranya yang dipakai itu melebihi daripada kadar setakat yang dia berhak, maka perbuatannya itu adalah salah. Seeloknya janganlah ia dipakai-pakai, sehingga lima perkara yang disebutkan di atas telah diselesaikan semuanya, termasuk pembahagian secara hukum faraidh.

v. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, bahawa apabila harta waris sudah diproses melalui 4 cara pemerosesan itu, maka barulah dibahagi-bahagikan kepada ahli waris yang berhak. Apabila ia disimpan atau ditahan oleh salah seorangahli waris tanpa sesuatu sebab yang dibenarkan syara', bermakna dia menahan atau menyimpan hak orang lain.

Jika yang empunya hak menuntut haknya, tetapi tidak diberikan, lalu binasa atau hHang, maka dia mestilah menggantinya.

vi. Sekiranya pentadbir harta waris memberikan harta waris kepada isterinya sendiri adalah tertakluk kepada beberapa perkara. Di antaranya ialah, adakah isteri itu termasuk salah seorang ahli waris dan j ika termasuk ahli waris, adakah yang diberikan itu menepati kadar yang si isteri itu berhak menerimanya?Sekiranya dia bukan ahli waris atau menerima lebih daripada kadar yang dia berhak, bermakna dia menerima yang bukan haknya.

Vll. Orang yang berhak kepada harta waris hanyalah orang-orang yang disebut sebagai ahli waris yang terdiri daripada pihak lelaki dan perempuan, seperti berikut:
Daripada pihak lelaki:
I. Anak lelaki
2. Anak lelaki daripada anak lelaki (cucu).
3. Bapa.
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa (saudara kandung)
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa
9. Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa
10. Bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapa
II. Bapa saudara yang sebapa dengan bapa
12. Anak lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa
13. Anak lelaki daripada bapa saudara yang sebapa dengan bapa
14. suami
15. Orang yang memerdekakan hamba sahaya (bekas tuannya).

Daripada pihak perempuan:
1. Anak perempuan
2. Anak perempuan daripada anak lelaki
3. Ibu4. Nenek perempuan daripada pihak ibu
5. Nenek perempuan daripada pihak bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan sebapa.
8. Saudara perempuan seibu
9. Isteri.
10. Perempuan yang memerdekakan hambanya

Sehubungan dengan persoalan yang dikemukakan, maka isteri, 4 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan adalah ahli waris kepada harta yang ditinggalkan oleh si mati kerana mereka itu termasuk dalam senarai 25 orang yang disebutkan di atas.

viii. Nisbah kepada si mati, maka anak -anaknya adalah sama, sarna ada daripada isteri pertama atau yang kedua, dan yang dikira sebagai anaknya itu ialah anak kandung hasil daripada perkahwinan yang sah. Dalam hal ini tidak termasuk anak tiri perempuan (anak perempuan seibu lain bapa).

Yang membezakan mereka hanyalah daripada lelaki dan perempaun dalam pandangan ilmu fara'idh, di mana pihak lelaki mendapat kadar dua bahagian daripada bahagian perempuan. Dalarn kes seperti ini si isteri mendapat 1/8 daripada harta peninggalan suamiya.Jadi mengikut hukum fara'idh harta berkenaan tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada anak-anak tiri perempuan daripada isteri pertama si mati.ix. Pembahagian harta waris yang $5,000.00 sebulan itu adalah seperti berikut:

Seorang isteri mendapat -1/84 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan(termasuk sebapa lain ibu itu) -'Ashabah

.Pengertian 'ashabah ialah: "Baki daripada yang 1/8 mereka bahagi-bahagikan bersama dengan mengambil kira bahawa bahagian seorang lelaki sarna seperti bahagian dua orang perempuan, ia disebut di dalam AI-Qur'an dengan perkataan:للذكر مثل حظ الأنثيين

Perinciannya: $5,000.00
Isteri 1/8: $ 625.00
2 orang anak perempuan =$ 437.50 x 2 orang $ 875.00
4 orang anak lelaki = $ 875.00 x 4 orang -= $ 3,500.00

Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1998

Sedekah

“ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.” [al Baqarah :251]

“ Orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infaqkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan penerima, mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka dan mereka tidak bersedih hati.”
[al Baqarah : 252]


“ Barang siapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia. [Al-Hadid:11]

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia [57:19]

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.[63:10]

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.[63:11]

10 Perkara Wanita Tidak Tahu Mengenai Lelaki

http://ymsagasama.blogspot.com/2010/03/10-perkara-wanita-tidak-tahu-mengenai.html

10 Perkara Wanita Tidak Tahu Mengenai Lelaki
POSTED BY BLOG RASMI YM SYED ABI GHUFRAN AL-IDRUS MONDAY, MARCH 1, 2010

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn. Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.

Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, 'Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup - tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Lelaki Memang Berbeza Dari Wanita
POSTED BY BLOG RASMI YM SYED ABI GHUFRAN AL-IDRUS SUNDAY, NOVEMBER 22, 2009

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

Pelajar menyamar anak angkat Tengku Mahkota ditahan

MukaDepan Cetak . Emel Rakan .
Pelajar menyamar anak angkat Tengku Mahkota ditahan
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
bminggu@bharian.com.my
2010/04/11


ZULKIFLI menunjukkan seragam PLKN yang tertera nama dan gelaran Tuan Muda yang menyamar pada sidang media di Kuantan, semalam.
KUANTAN: Seorang pelajar pintar ditahan polis kelmarin selepas menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ sehingga berjaya memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri ini serta pegawai tinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Remaja berusia 18 tahun itu memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, sebelum itu dipercayai menghantar sepucuk surat rasmi palsu berlambangkan istana ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang, Cherating memaklumkan mahu membuat lawatan rasmi ke kem itu.

Berikutan itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pergi ke Pahang, Isnin lalu dan ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, di sini disambut sendiri suspek sebelum mereka bertolak ke Kem Cahaya Gemilang.

Siasatan awal polis mendapati remaja itu pernah membuat lawatan ke sebuah rumah kebajikan berhampiran Kem PLKN di Kampung Hijrah, Pekan pada 14 Mac lalu yang turut dihadiri seorang Exco kerajaan negeri.

Ketika menyertai lawatan rasmi ke Kem PLKN Cahaya Gemilang, remaja itu turut menyempurnakan majlis menyematkan lencana kepada pelatih kem berkenaan. Helah remaja berasal dari Bera itu tambah meyakinkan apabila turut memakai pakaian PLKN yang bersulam namanya sebagai Tuan Muda dalam lawatan berkenaan.

Difahamkan, suspek yang juga bekas pelajar aliran sains di sebuah sekolah menengah di Bera tinggal bersama sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pembantu perubatan sejak kecil.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata suspek diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ketika berehat di rumah saudaranya di Tanah Putih Baru I di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Katanya, polis sebelum itu menerima maklumat daripada pihak istana berhubung kegiatan penyamaran berkenaan lalu menubuhkan pasukan khas untuk membuat siasatan sehingga berjaya memberkas remaja terbabit.

“Kita masih menyiasat identiti sebenar remaja itu, selain berusaha mengesan ayah kandungnya kerana dia dipelihara keluarga angkat sejak kecil," katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan ke rumah berkenaan, polis turut merampas dua helai pakaian yang mempunyai nama Tuan Muda dipercayai digunakan remaja terbabit ketika membuat lawatan rasmi ke kem PLKN.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga Selasa ini di IPD Kuantan untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Pengalaman tiada anak

Apa yang aku suka ialah diam apabila orang bertanya pasal anak. Tapi best sebab tiada isu yang kontroversi. Aku happy..aku rasa yang bertanya...tepuk dada tanya iman sendiri ya. Bukan semua ketentuan Allah..layak kita sebagai manusia membuat andaian dan ukuran berdasarkan kemampuan kita yang sedikit.

Aku akan terus diam, sebab ini jalan terbaik. Dalam diam aku tetap berusaha. Masalah orang tiada anak ini adalah unik. Setiap orang ada masalahnya sendiri. Dan tidak semua orang akan faham. Menurut kajian terdapat beberapa sebab dan tidak bersebab masalah tiada anak ini. 40% berpunca dari lelaki, 50% dari perempuan..mana pulak 10%...inilah yang dikatakan tiada alasan yang dapat dibukti oleh ilmu sains perubatan tapi Allah telah bagitahu dalam Quran, sebahagian kami anugerah anak perempuan, sebahagian anak lelaki dan sebahagian mandul. Bayangkan sedih tak orang yang tidak anak tapi disahkan oleh doktor sebagai tiada sebab semuanya ok, rahim, haid, hormon, darah..mereka tentu sedih. Kemudian apabila pertanyaan dalam bentuk...kenapa tak ada anak lagi???? ada yang sentiasa menangis...tapi siapa yang faham...

Kalau orang nak citer pengalaman mereka atau orang lain, baik dengar aje. Rasanya masalahnya tidak sama. Oleh sebab itu tidak mudah kita nak buat andaian yang pelbagai, mungkin kalau anda mengalami sendiri, anda akan faham.

Menurut pembacaan terdapat banyak masalah, seperti berpunca dr darah (jenis darah, DNA, hormon), melibat lelaki (seperti hormon, sperma, DNA dlln), masalah perempuan, telur, rahim, haid, senggut, tiub, hormon dlln). Ini semua ujian Allah..sebagaimana terdapat dalam hadis..Alangkah unik seorang mukmin, apa yang dilakukan adalah kebaikan, setiap kebaikan hendaklah diterima dengan rasa bersyukur dan setiap ujian yang dihadapi dengan sabar. Dalam Quran juga membuktikan perkataan sabar mempunyai 2 kali ganda bilangannya daripada solat. Betapa untungnya insan2 yang sabar. Ini sesuai utk peringatan diri sendiri sebab sebelum ini aku ini kurang sabar dan agak pemarah. Ya Allah, berikan aku rasa sabar..se sabar apa pun...

Usaha tetap usaha walaupun 1001 jalan kesukaran yang terpaksa melalui tapi kalau nak mengadu..mengadulah dengan suami dan Allah...mereka adalah orang sangat memahami dan Allah yang menentukan segalanya. Semasa kita berada 120 hari dalam kandungan, dan serentak dengan nyawa kita ditiupkan..Allah telah menentukan rezeki, amal, ajal, bahagia atau derita kita. Hanya Allah yang mengetahui.

Kenapa masyarakat tidak memahami, sebab mereka suka buat andaian sendiri. Contohnya semasa aku membeli barang2, tiba si A berkata...akak beli dua aje ke? jauh tu berjalan..aku diam. Kemudian masa kami bayar Si A berkata lagi...banyaknya barang..nak belanja satu sheffield ke? aku diam lagi. Masuk dlam kete si suami bercerita, tengok A tu..kita buat apa pun salah.

Kesimpulannya, orang tak akan faham masalah kita, mereka akan memberi pendapat menurut kefahaman mereka sahaja. Bukan hendak memahami tapi tujuan untuk menambah sakit hati aje. Siapa yang tidak nak kahwin??? siapa yang tidak nak anak??? kalau tak nak anak, baik tak payah kawin ...kan?????KECUALI DENGAN SEBAB YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH..rukun Iman ke-6 (Qada dan Qadar)

Dilema Wanita, Kerjaya, Ibu & Penjagaan Hukum

Subject: [iscfsksm] Fwd: Dilema Wanita, Kerjaya, Ibu & Penjagaan Hukum


From: http://www.zaharuddin.net/content/view/296/99/

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.


"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.


"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.


"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.


Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.


Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."


Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.


"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.


Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.



Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.



Firman Allah SWT :



يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)



Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :



إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )




PEREMPUAN LEBIH SUKAR?



Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :



"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.



"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.



"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.



Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.



"Benar, InshaAllah.." Kata saya.



Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut



إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك



Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)



Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :



إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"



Imam An-Nawawi pula berkata :-

الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"



Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)



LELAKI DUDUK RUMAH, WANITA KERJA



Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.

Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.

Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!

Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)



"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.



"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"

"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda :

لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد

Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.

Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.

Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.

Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.

KEPERLUAN WANITA BEKERJA & ANAK LELAKI

Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah?

"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.

"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.



Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.

"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.



Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.



Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.

Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.



Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.

KELEMBUTAN DAN KASIH YANG LUNTUR

Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.

Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.



Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya.

Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.



Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu TERPAKSALAH dihantar anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangka panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?



WANITA DAN WANGIAN DI TEMPAT KERJA



Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.



" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.



Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergelumang dengan wangian, sehinggakan beberapa meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.



Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :



أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?



"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.



Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.



Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbankan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.





Nabi SAW pernah bersabda :



ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها



Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)



KKOMEN PEDAS

Mungkin ada wanita yang akan berkata :

"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"

Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.

Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

NASIHAT PENGHUJUNG

Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.

Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga sama sekali tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka dan keperluan kerjaya semasa kelihatan menuntut tenaga mereka.

Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..

Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tips menangani stress

Salam Rahmat utk Yati,

Apa khabar Yati hari ni? Saya harap semuanya ceria dan sentiasa positif - insyallah dengan mood yang baik aura kita akan cun juga!

Hari ini saya cuma ingin bertanya dengan Yati satu soalan, pernah tak Yati rasa stress? Mesti Yati pernah stress jugak, biasalah selagi namanya manusia.. problem mesti ada dan problem inilah yang menjadi punca-punca stress..

So hari ini saya nak share dengan Yati tips menangani stress. Saya harap tips ini dapat membantu Yati dalam menangani stress. Selamat mencuba ya!

1.Banyakkan sujud...kasi banyak oksigen pergi ke otak...kasik ”tuning” balik...banyakkan munajat...banyakkan zikir...(perkasakan pertahanan aura diri agar tidak mudah
diceroboh oleh spesis bertanduk dgn bersedih, berdukacita, keliru, konflik dsbgnya)

2.Banyakkan bertaubat & BERDOALAH... kerana apa...”KETENANGAN ITU MILIK ALLAH” so bagaimana nak capai tenang kenalaa merayu pada EMPUNYA PEMILIK KETENANGAN ITU!!!...InsyaAllah bila ketenangan hadir doa juga akan lebih pantas diterima

3. Dan banyakkan TERSENYUM LEBAR...nikmati senyuman manis anda..rasakan emosi gembira walau pun bersedih so carilah komik ker bahan bacaan...infact laugh is one of the best medicine in this world....

4. Baby Theraphy ~ kalau ada baby kecil, tak kisahlaa anak sendiri ker, anak jiran, anak kawan...belajar- belajar berborak bahasa ’mereka’ ~ bayi @ anak kecil...insyaAllah terubat stress.

5. Cermin diri selalu ~ pandang cermin & TERSENYUMLAA....KATAKAN PADA DIRI ANDA BAHAWA ANDA SANGAT SAYANGKAN DIRI "I LOVE & ACCEPT MY SELF COMPLETELY" bayangkan senyuman itu masuk ke dalam diri anda melalui 7 kelenjar organ utama anda @ chakra system anda.

Tak lupa AIR SIFATNYA AGEN MERAKAM DOA YG SANGAT HEBAT...

6.TIP MENANGANI STRESS...AIR AGEN AJAIB!!! ~ Sifat air dijadikan Allah memiliki mukjizat & kuasa PENAWAR...ianya juga agen PERAKAM DOA YANG SANGAT HEBAT... Bagi
yang dilanda gundah-gulana, bingung, buntu, sedih, kecewa, marah, geram..keliru. ..mudah shj...Kembali kpd apa yg disyariatkan. ..BERDOALAH PADA DIA DIATAS SANA...

Solat hajat....baca Yassin...zikir dsbgnya (letakkan air di hadapan anda)...LONTARKANLAH HAJAT ANDA... berdoalaa. ..dan kemudiannya jadikanlah air tadi PENAWAR...moga hati lebih tenang, fikiran lebih fokus dan kesihatan dan kesejahteraan diri terpelihara...Dan pastinya tak lupa MOGA DIBERIKAN JALAN PENYELESAIAN TERBAIK...

Emm, jangan pula mengadap rezeki...makanan mahupun minuman...hati, minda bersedih....kesal...marah (rosak nanti molekul airtu langsung jadi YEASYT a.k.a PEMANGKIN BLOCKAGE ANDA...bertambah berat beban emosi yg dilalui)... Mungkin Yati dah tahu, 60% of our body contain water...lontaran minda/emosi kita boleh mengubah molekul air MAKA fikirlah bagaimana AIR JUGA BOLEH MENJADI AGEN PENYEMBUHAN /TRANSFORMASI AJAIB untuk anda...

Disamping itu juga kalau stress ada baiknya usahakan MINUM AIR KOSONG LEBIH...dan SERTAILAA DGN NIAT & DOA.... insyaAllah ianya juga berupaya membantu menyingkirkan segala toksin & keasidan tubuh yg meningkat kesan stress yg dialami.

Moga tips ini berguna dan membantu Yati dalam menangani stress!

Akhir kata drpd saya,

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni
dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...


Nantikan email seterusnya dengan Seni Berdoa - doa kena ada seni jugak ke? :)

Salam Ukhwah;

Aniz Hj. Anwar
Kaunselor/ Therapist
http://anizanwar.com

Personal Life Coaching KLINIK SUKSES di http://kliniksukses.anizanwar.com

Daftar dan dapatkan inspirasi langsing di http://jomlangsing.com

Jana pendapatan dgn JomLangsing di http://anizanwar.com/ebook/AffiliateJL.pdf



-------------------------------------------
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
-------------------------------------------

SESI KAUNSELING & THERAPHY SECARA ONLINE ATAU BERSEMUKA
Info di http://anizanwar.com


PERSONAL LIFE COACHING - KLINIK SUKSES
Info di http://kliniksukses.anizanwar.com)

Nur Qudrah Holistic Solutions,
No. 43 & 45, Seksyen 18,
40200 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Hubungan dengan Al-Quran

1. Niat - sebelum baca.
2. Wudu'
3. Setiap hari - 5 minit
4. Faham
5. Interaktif
6. Dengar
7. Doa