Klinik kerajaan ke swasta

Peninglah kepala fikir. Hari tu dah decide nak bersalin kat kerajaan sebab ada masalah uri kat bawah, darah tinggi (tak makan ubat tapi kena monitor) dan kencing manis (pun sama kena monitor dulu).

Hari tu ada jangkitan kuman, alhamdulliah dah makan anti-botik dah ok.

Kepada kawan-kawan boleh bagi cadangan, mana lebih baik bersalin di hospital kerajaan ke swasta.

Flash Card

Terdapat banyak website dan video dalam youtube yang menunjukkan yang bayi boleh membaca dengan menggunakan flash card. Semalam ada anak sedara datang, berumur dalam 6 tahun tapi masih tidak tahu membaca. Tunjukan flash card dan suruh dia ulang sehingga 5 kali, dan buat ulang2 untuk 5 kad yang lain. Sungguh tak sangka dalam masa beberapa minit, beliau dah boleh mengenal dan membaca perkataan tersebut. Tak lama selepas tu, tulis semula perkataan tersebut di magnetic board. Alhamdulliah memang berkesan, beliau dah boleh membaca perkataan. Betulkan teknik phonics ini sungguh berkesan. Dan teknik Iqra untuk membaca quran.

Ini adalah contoh flash memang berkesan dalam mendidik anak2.
http://zura1827.fotopages.com/?entry=1093390