Ujian Semasa Hamil

http://www.medic.usm.my/news_release_detail.php?idnews=107

Title : Ujian rutin semasa hamil
News : Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

TAHNIAH! Puan disahkan hamil dua bulan. Bagi yang pertama kali hamil pastinya teruja dengan pengalaman ini. Bagaimanapun, kehamilan juga bermakna masa-masa yang penuh harapan dan jangkaan yang serba tidak ketentuan. Memang sukar untuk berasa tidak bimbang dalam keadaan sekarang.

Dapat bayi perempuan atau lelaki? Adakah bayi yang dikandung itu sihat? Bagaimana jika ia mengalami masalah kesihatan serius dan tidak boleh dirawat? Adakah anda bakal berdepan komplikasi? Apakah yang perlu anda lakukan? Dan ada kalanya, anda tidak dapat lari daripada menyalahkan diri sendiri sekiranya sesuatu yang buruk terjadi.

Kerisauan-kerisauan seperti ini merupakan sesuatu yang lumrah. Bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya, begitu juga dengan ibu bapa anda sebelum ini, serta pasangan lain.

Hakikatnya, kebanyakan zuriat dilahirkan dalam keadaan yang normal dan sihat sejahtera. Pun begitu, anda masih mahukan setiap perincian tentang status kesihatan cahaya mata anda melebihi maklumat yang telah disediakan oleh doktor.

Mujurlah, terdapat prosedur-prosedur yang beratur panjang untuk membantu wanita mengandung mendapatkan kepastian itu sepanjang tempoh kehamilan.

Ujian pranatal berupaya membantu mengenal pasti dan ada kalanya merawat masalah-masalah kesihatan yang boleh membahayakan nyawa anda serta bayi di dalam kandungan.

Pada kunjungan pertama berjumpa doktor, ujian-ujian ringkas seperti mengambil ukuran berat, tekanan darah, air kencing dan ketinggian rahim anda akan dibuat penilaian.

Sudah tentu, ujian yang paling digemari oleh wanita hamil adalah saat mengesan degupan jantung bayi yang dilakukan dengan Doppler ultrasound iaitu sejenis peralatan kecil yang dipegang oleh tangan.

Pelbagai ujian seumpama ini mampu memberikan anda maklum balas yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sesuatu yang menakjubkan.

Kali ini, anda akan didedahkan kepada ujian-ujian rutin semasa mengandung seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ujian-ujian ini menyaring serta mengesan penyakit atau keabnormalan supaya rawatan lanjut boleh diberikan pada peringkat awal lagi. Ujian-ujian lain bergantung kepada kumpulan etnik, riwayat kesihatan lampau, sejarah keluarga serta beberapa lagi.

Ujian-ujian semasa mengandung

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Shah Reza Johan Noor berkata, semasa penjagaan mengandung, bakal ibu akan didedahkan dengan ujian air kencing, darah dan kadangkala ujian saringan pangkal rahim.

‘‘Ujian-ujian penyakit tularan seksual juga dijalankan. Sekiranya keputusan positif ataupun parameter-parameter tertentu yang kurang, rawatan susulan akan dijalankan bagi menentukan keadaan yang sihat semasa mengandung.

‘‘Ada ujian-ujian tertentu yang disyorkan jika anda serta janin berisiko untuk keadaan atau penyakit-penyakit tertentu. Ini bergantung kepada umur, kumpulan etnik, sejarah kesihatan sendiri dan juga keluarga. Secara ringkas ini dipanggil sebagai ujian saringan,’’ katanya.

Menurutnya, terdapat juga ujian-ujian lain yang bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul semasa mengandung. Ini dipanggil sebagai ujian diagnosis.

Ujian mungkin dilakukan lebih dari sekali. Justeru, wanita dinasihatkan agar berbincang dengan doktor mereka.

‘‘Perlu diingat, ujian-ujian bukan semuanya tepat dan jitu. Kadangkala ujian yang positif tidak semestinya diikuti dengan janin yang bermasalah, begitulah juga sebaliknya.

‘‘Ujian-ujian yang dijalankan tidak bertujuan untuk mengesan kesemua kemungkinan keabnormalan bayi,’’ ujar beliau.

Ujian-ujian berkaitan darah

Seseorang wanita itu perlu hadir lebih dari sekali untuk mengambil ujian darah. Ujian berkaitan yang lazim dibuat semasa pemeriksaan mengandung adalah:

* Jenis kumpulan darah serta ujian antibodi. Kumpulan darah anda mungkin A, B, AB atau O. Sekiranya darah anda berkurangan antigen rhesus, anda akan dilabelkan sebagai rhesus negatif.

Sekiranya antigen rhesus hadir, anda dilabelkan sebagai rhesus positif. Masalah berlaku sekiranya anda rhesus negatif dan janin pula rhesus positif.

Bayi dikandung akan dianggap oleh badan anda sebagai benda asing di dalam badan lalu antibodi dihasilkan untuk menyerang janin, menyebabkan janin kekurangan darah. Perawatan rapi perlu diberikan semasa dan juga selepas mengandung.

* Hemoglobin dan hematokrit. Kedua-dua ini merupakan petunjuk untuk keadaan anemia/kekurangan darah. Pemakanan serta zat- zat tambahan diperlukan. Darah akan dikaji dengan lebih lanjut untuk penentuan sebabnya.

* Rubella. Tidak dijalankan sebagai rutin. Sekiranya anda masih belum diimunisasi, anda perlulah mengelakkan diri daripada mereka yang mempunyai rubella.

Sekiranya anda sudah pun diberikan pelalian itu atau pernah mendapat penyakit rubella, puan tidak akan dijangkiti olehnya. Namun, jika sebaliknya, vaksin tidak akan diberikan semasa mengandung tetapi perlu menunggu selepas bersalin.

* Ujian Hepatitis B. Virus Hepatitis B menyerang sistem hati. Semasa mengandung, kuman ini boleh menjangkiti kandungan. Selepas kelahiran, anda mungkin akan diberikan rawatan bagi kuman ini.

Bayi akan diberikan vaksinasi. Rawatan diberikan sekiranya bayi terkena jangkitan virus ini. Ujian lanjut Hepatitis B dibuat untuk mengetahui tahap keseriusan jangkitannya.

* Siflis. Penyakit tularan seksual ini boleh dirawat. Sekiranya anda dijangkiti tetapi tidak mendapatkan rawatan, penyakit ini boleh menjangkiti janin yang dikandung.

* Human immunodeficiency virus (HIV). Virus ini menyerang sel-sel tertentu di dalam tubuh manusia dan menyebabkan penyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan penyakit).

Jika anda dijangkiti oleh HIV, kuman ini boleh ditularkan kepada kandungan. Ubat akan diberikan kepada wanita hamil yang telah dijangkiti untuk mengurangkan risiko ini pada janin.

* Glukos. Paras glukos di dalam darah di uji. Ini titik permulaan untuk ujian kencing manis – satu keadaan di mana hormon insulin tidak dikeluarkan secukupnya ataupun kegagalan badan untuk menggunakan glukos secara berkesan.

Untuk kesahihan kencing manis, anda akan diuji setelah berpuasa semalaman. Mula-mula pada pagi hari, paras gula darah berpuasa diambil. Kemudiannya minuman bergula diberikan dan paras gula darah diambil selepas dua jam. Doktor akan berbincang dengan anda tentang keputusannya.

Ujian air kencing

Dr. Shah Reza berkata, setiap lawatan ke klinik mengandung, ujian air kencing akan dijalankan terhadap kehadiran gula dan juga protein.

‘‘Kehadiran gula dalam jumlah sedikit berlaku semasa kehamilan tetapi sekiranya banyak, mungkin ia tanda kencing manis.

‘‘Kehadiran protein di dalam air kencing pula mungkin petanda jangkitan sistem buah pinggang, pundi kencing dan mungkin juga komplikasi dari penyakit darah tinggi semasa mengandung,’’ jelas beliau.

Ujian pada pangkal rahim

Kadangkala, ujian saringan Pap Smear dilakukan untuk mengesan sebarang perubahan awal pada pangkal rahim. Praktik ini bergantung pada klinik-klinik yang dilawati.

Dr. Shah Reza menjelaskan: ‘‘Pensampelan mungkin dilakukan pada rahim jika anda mempunyai sejarah kesihatan berisiko tinggi, ujian mikrobiologi untuk penyakit gonorea dan juga chlamydia. Rawatan segera akan diberikan sekiranya keputusannya adalah positif.

Pada penghujung sesi mengandung, hampir pada kelahiran, ujian kuman untuk streptokokus kumpulan B akan diambil dari faraj dan juga dubur.

Kuman ini boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran dan ini memudaratkan bayi pada waktu seminggu kelahiran. Antibiotik akan diberikan semasa proses bersalin sekiranya positif untuk kuman ini.

Ujian saringan keabnormalan janin

Keabnormalan bayi memudaratkan kesihatan serta fungsi kehidupan. Ada keabnormalan yang boleh dicegah, ada yang boleh dirawat serta diperbetulkan dengan perubatan dan juga pembedahan.

Terdapat juga keabnormalan yang bersifat turun-temurun. Sebab mengapa ia berlaku tidak diketahui.

Doktor mungkin mengesyorkan agar anda menjalani ujian saringan tertentu sebelum dan semasa mengandung. Jika ujian tersebut positif, ujian lanjut disarankan. Nasihat kekeluargaan serta genetik juga akan diberi.

‘‘Ujian saringan darah anda mungkin diambil untuk saringan terhadap keabnormalan tertentu seperti sindrom down, keabnormalan tiub neural dan keabnormalan kromosom.

‘‘Ada tiga atau empat parameter yang disaring. Andai keputusan tidak memberangsangkan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan ujian lanjut seperti pemeriksaan ultrasound secara spesifik seperti saringan nuchal translucency untuk sindrom down,’’ kata Dr. Shah Reza.

Perlu diingat bahawa ujian yang positif tidak bermakna kandungan anda tidak normal, begitulah juga sebaliknya. Lazimnya apabila ujian saringan itu positif, ujian pengkhususan akan dinasihatkan seperti:

* Amniosentesis. Ujian ini memerlukan cecair di dalam tembuni yang menyelubungi janin untuk pemeriksaan khusus.

* Pensampelan vilus korionik. Ujian ini memerlukan contoh tisu dari uri (plasenta) untuk ujian pengkhususan lanjut.

* Ultrasound. Pemeriksaan ini meneliti keadaan luaran serta dalaman janin. Ini juga termasuk pemeriksaan ultrasound 3D/4D. Pemeriksaan ultrasound kini selamat untuk ibu serta kandungan walaupun dilakukan secara kerap.

Source : http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0304&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_0
Date Source: 04/03/2007

Mengandung anak pertama selepas berumur lebih 35 tahun

Maklumat mengenai mengandung melebihi 35 terutamanya anak pertama.
http://www.mothers35plus.co.uk/pregnancyover35.htm

Istilah perubatan ialah "elderly primagravida"

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/1146873

http://www.babycentre.co.uk/pregnancy/antenatalhealth/ageandpregnancy/


Pengalaman mengandung anak pertama di kala usia melebihi 35 tahun memang mencabar. Antara cabaran awal ialah sakit di bahagian ari-ari sehingga sekarang. Mula lagi best, ingatkan penat sebab baru balik dr UK, siap pergi urut (sebenarnya tak sengaja sebab di rumah akak, ada pulak tukang urut kat rumah dia sebab mengurut anak sedara yang sakit). Doktor kata mungkin disebabkan oleh uri di bawah yang mula dikesan pada bulan kedua. Ini kerana beraya dan keesokan harinya ada darah keluar. Setelah pergi ke klinik doktor mengesahkan yang kedudukan uri di bawah. Kemudian meminta surat rujukan dari klinik supaya dikurangkan beban kerja di pejabat. Maklum baru naik cuti belajar, macam2 kerja nak campak kat kita.

Alhamdulliah, pada peringkat permulaan tiada masalah yang besar walaupun terdapat kandungan protein dalam darah, mabuk dan muntah sehingga 6 bulan pertama, antara cabaran awal. Tapi selepas bulan ke 7 dan mendapat rawatan pakar, masalah mabuk dan muntah dapat diatasi. Ianya berpunca dengan batuk yang tidak berhenti dan batuk berpunca dari alahan. Keadaan ini menyebabkan bengkak di tekak dan bernanah di hidung. Setelah menerima rawatan, alhamduuliah semuanya ok.

Namun begitu, kes lain pulak menjadi selepas bulan ke tujuh masuk bulan ke 8, iaitu tekanan darah tinggi. Mulanya kena monitor setiap 2 hari, alhamdulliah, ok selepas itu. Dan monitor dilakukan setiap minggu. Alhamdulliah semuanya ok. Tapi ada juga kes, di mana berlakunya kencing kotor, kangkitan kuman dalam air kencing dan juga kandungan protein dalam urine. Bila membaca sana dan sini, semuanya ada kaitan dengan kurang fungsi buah pinggan untuk berfungsi sepenuhnya kerana gagal menapis protein dan juga kaitan dengan tekanan darah tinggi.

Pada minggu ke-34, klinik perlu membuat pengesahan samada uri masih di bawah lagi atau tidak. Setelah membuat dua kali scan sebelum ke klinik yang biasa buat rawatan bersalin, memang mengesahkan kedudukan uri memang di bawah. Dalam bulan ke-6, memang telah membuat scan di pakar, dan doktor mengesahkan jenis tpye 2 post. Sekiranya uri masih di bawah dan menghalang laluan untuk bersalin, pada minggu 34 tu akan ditahan di wad sehingga bersalin (menurut doktor yang merawat di klinik).

Setelah itu kes dirujuk di HSA pada minggu ke 34 itu juga (hanya selang sehari dari pemeriksaan di klinik biasa). Alhamdulliah uri telah naik di atas dan perlu masuk wad jika tidak bersalin lagi pada minggu ke-40. Maklumlah pergi ke HSA pun ramai doktor baru (tidak pasti houseman atau praktikal), di mana hanya ada seorang aje doktor. Jadinya doktor mudalah yang melayan kita, dan kemudian semua doktor2 muda akan merujuk kepada doktor pakar tersebut. Agak terkejut sebab di hospital pun memang kekurangan doktor yang melampau. Naib baik, semasa menunggu staff nurse memang menerangkan sepatutnya ada 3 doktor, tapi seorang cuti bersalin, seorang ada periksa. So hanya tinggal seorang doktor. Ini pengalaman yang menarik. Di sini juga disahkan yang kencing kotor dan perlu membuat lanjutan uji di makmal HSA.

Tapi alhamdulliah, semasa di scan di HSA, uri dan naik semula di atas. Ingat petang tu juga nak pergi ke pakar, rupanya klinik pakar tersebut tutup sebab doktor cuti. Oleh sebab itu, hari Isnin baru gi semula ke pakar. Alhamduliah keputusan masih sama iaitu uri dan naik semula. Tapi darah tinggi pulak. Esok kena gi klinik untuk buat ujian air kencing dan darah pulak (untuk memantau samada terdapat masalah pada buah pinggang).

Harap2 kawan2 semua dapat mendoakan yang terbaik sebab skrg ini rasa sakit kepala dan berdenyut kat kepala. Mungkin kerana tekanan darah tinggi yang tinggi.
Esok gi klinik..tengok macamana..harap2 semuanya ok. Sebab kalau masih tinggi sekiranya melebihi 90, perlu mengambil ubat. Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini.

Baby Language

Words (sound reflexes)According to Dunstan, the five universal words (or sound reflexes) used by infants are[3]:

Neh
I'm hungry - An infant uses the sound reflex "Neh" to communicate its hunger. The sound is produced when the sucking reflex is triggered, and the tongue is pushed up on the roof of the mouth.

Owh
I'm sleepy - An infant uses the sound reflex "Owh" to communicate that they are tired. The sound is produced much like an audible yawn.

Heh
I'm experiencing discomfort - An infant uses the sound reflex "Heh" to communicate stress, discomfort, or perhaps that it needs a fresh diaper. The sound is produced by a response to a skin reflex, such as feeling sweat or itchiness in the bum.

Eairh
I have lower gas - An infant uses the sound reflex "Eairh" to communicate they have flatulence or an upset stomach. The sound is produced when trapped air from a belch is unable to release and travels to the stomach where the muscles of the intestines tighten to force the air bubble out. Often, this sound will indicate that a bowel movement is in progress, and the infant will bend its knees, bringing the legs toward the torso. This leg movement assists in the ongoing process.

Eh
I have gas - An infant uses the sound reflex "Eh" to communicate that it needs to be burped. The sound is produced when a large bubble of trapped air is caught in the chest, and the reflex is trying to release this out of the mouth.

Dunstan claims her years in the opera and her experience as a mother allowed her to recognize certain sounds in the human voice. A DVD set called The Dunstan Baby Language was released by Dunstan in November 2006. The two-disc set covered the five universal words of the language, methods of learning how to recognize the vocalizations and sounds, numerous examples of baby cries from around the world to "tune your ear," and live demonstrations of newborn mother groups experimenting with the language.

source: http://en.wikipedia.org/wiki/Dunstan_Baby_Language