Keliru

Setelah mencuba menyusukan badan kepada bayi sejak dr dilahirkan. Hanya beberapa jam selepas dilahirkan, bayi diletakkan di sisi. Kemudian aku letak disebelah aku dan cuba meyusukan bayi. Malangnya keesokan harinya bayi tidak hendak menyusu, sehingga keesokan harinya. Akhirnya bayi disahkan kuning. Kemudian mulakan episod lain seperti pergi ke nursing room untuk menyusu dan juga mengempam susu.

Setelah itu, apabila balik di rumah, agak sukar untuk menyusukan bayi terus setelah beberapa kali gagal, sebab bayi asyik menangis. Akhirnya penggunaan pump digunakan dan menyusukan bayi dengan botol sahaja. So kalau nak berjalan...bukan jalan ke mana ke klinik sahaja sebab nak cek kuning dan check up selepas bersalin...aku kena bawak pump. Kira2 selama 2 minggu memang bayi menyusu dengan menggunakan botol sahaja sepenuhnya walaupun susunya ialah susu badan bukan susu formula. Setelah mencuba beberapa kali termasuk mencuba susu palsu iaitu memasukkan puting plastik ke buah dada dan kemudian bayi akan hisap melalui puting plastik. OK gak..memang bayi menyusu.

Tapi sehingga sekarang pun bayi masih keliru dengan penggunan puting badan dan puting botol. Waalaupun dicampur sejak lahir tapi skrg dia lebih suka puting original bukan puting plastik. Kalau nak susukan dengan puting plastik kena sabar kena tunggu lama baru dia hisap susu. Nampaknya baby macam lebih suka original puting. Ada juga yang menyatakan baby lebih suka puting plastik sebab aliran susu lebih laju drp puting original.