Kekeliruan Jumlah Susu Ibu

Kita selalu keliru dengan keperluan bayi terutama kalau bagi susu ibu sebab agak sukar menentukan keperluan bayi sebab kita tak nampak kuantiti bayi minum. Saya pun mengalami masalah yang sama. Tapi saya yakin susu ibu adalah keperluan = permintaan, antara sebab utama setiap bulan semasa hendak buat imunisasi, nurse akan tulis supply=demand. Jadi saya rasa bayi pun pandai mintak susu ikut keperluan dia. Kita selalu dikaburi mata dengan iklan susu formula yang telah menetapkan berapa banyak susu dan berapa kekerapan bayi. Saya pun tiada pengalaman menyusukan bayi sepenuhnya. Akhirnya tempat rujukan saya ialah susuibu.com. Ini sebahagian masalah saya mengenai kuantiti susu ibu.

Re: kuantiti breastmilk sama dgn kuantiti fm???keliru..
Saya pun mengalami masalah yang sama. Anak saya 10 bulan. Tapi kuantiti susu tak menentukan. Kadang2 2 oz pun tak abis. Biasa saya tinggalkan dlm 6oz( 3botol x 2 oz). Tapi sejak umur dia 9 bulan, mlm kerap susu. Sebelum ini, sesekali sahaja dia menangis nak susu. Selalunya dia tido saja dan saya yang susukan kalau saya sedar. Tapi sejak 9 bulan setiap 2 jam, dia dah berbunyi..kadang2 pujuk..dia tido, kadang kena bagi susu jugak. Tapi siang memang kuantiti susu tak menentu. Semalam 2 oz pun tak abis. Baby saya pun tak menangis nak susu, saya dan BS selalu agak2 masa utk bagi susu, agak dah lama bagilah. Sebelum hantar BS saya atau suami akan bagi setiap 2 jam. Itu pun2 oz pagi dan 2 oz petang. Tapi ksrg BS kata dia bagi ikut suka BS lah. Saya baru hantar anak ke BS sejak umur 8 bulan. Memamg pelik baby saya. Tapi tengok badan mcm semangat, terkini berat dia 8.3kg.


Alahmdulliah susuibu.com sangat membantu. Tapi saya sedih sebab dah berhenti penyusuan bayi secara eksekutif (sepenuhnya susu ibu tanpa makanan tambahan) sebab baby saya macam beria nak makan, kalau nampak makanan mcm nak kejar aje. Bila pengasuh tahu saya dah cuba bagi makan anak saya dia pun mula bagi biskut, bagi bubur (siap buatkan lagi). Tapi kasihan tengok dia, dia memang meleleh air liur nampak orang makan. Tapi saya tidak tetap lagi bagi makan. Tapi kalau saya bagi bayi makan agak sukar, bayi asyik muntah. Memang cabaran besar untuk memberikan bayi susu ibu sahaja dalam persekitaran yang tidak membantu. Tak apalah, saya masih bagi susu ibu dan makanan tambahan.

Sebenarnya sejarah penyusuan ibu secara eksekutif saya tidak mudah juga. Banyak juga tercampur dengan tekanan semasa.

Hari pertama: Anak nak menyusu
Petang hari pertama: Bayi tidak hendak menyusu langsung, bayi saya agak sukar utk dipaksa buka mulut pun tak nak. Dia nak tido. Akhirnya hampir 24 jam dia tak minum susu.
Hari kedua: disahkan kuning di mana punca utama ialah tidak menyusu. Sebab bayi baru lahir, kena menyusu supaya semua kotoran boleh dikeluarkan melalui najis.
Hari ketiga: masuk bawah lampu
Hari keempat: buat mcm alasan utk keluar hospital, petang itu dpt keluar juga.
Hari kelima: Balik rumah, saya pam dan bagi kat bayi susu ibu setiap sejam. Saya akan kejutkan, tapi agak mudahkan sikit nak sumbat berbanding menyusu terus, agak sukar.
Sebulan pertama: hampir sepenuhnya minum susu pam sahaja. Bayi tidak pandai sangat hendak menhisap. Dah cuba mcm2 cara. Tapi sentiasa mencuba. Akhirnya bayi pandai hisap susu terus dari badan. Alhamduuliah. Dah kurang aktiviti mengepam.
Bulan 1, 2, 3: Berat bayi naik dgn banyak. Mcam2 kata orang tapi takut pulak ada seseorang kata tu, nanti anak besar mcm anak dia sampai sekarang overweight, dia kata minum susu ibu. Antara percaya dah tidak, saya mula bagi air kosong. Tak banyak pun sikit sahaja. Tapi memang ada kesan yang negatif, berat bayi naik dalam 100g sahaja dr bulan 4,5,6.Air kosong ini menurut nurse, akan menghakis khasiat2 makanan bayi. Air kosong bagus utk orang dewasa tapi tidak bagus untuk bayi terutama zaman sekarang sebab air kita telah tercemar.
Bulan 4,5,6: kenaikan berat bayi hanya kebih kurang 100g utk setiap bulan.
Bulan 6: jururawat bising, apa lagi kata tak bagi makan lagi. Lepas tu, dia kata bulan 9 kena monitor berat. Saya bagilah bayi makan beberapa kali bubur nasi, bubur lobak dan betik.
bulan 7,8: baca sana sini, dicadangkan kalau nak naikkan berat badan bayi banyak bagi susu disebelah malam, saya pun cuba, Alhamduliah berkesan. Berat dan naik semula semasa berat bulan ke 9.
Bulan 9, timbang berat. Alhamduliah agak ok. walaupun nurse bising sebab tidak bagi makan. Saya cuba juga bagi makan, tapi bayi muntah. Biasalah tekanan semasa teruatama dari keluarga.
Bulan 10, Saya cuba bagi sikit, nampak bayi dah mula terima. Tapi keadaan anak saya kalau nampak makan memang beria hendak makan saya tidak sampai hati pulak. Memang menjerit walaupun saya telah bagi susu sebelumnya. Tapi saya hanya hendak memperkenalkan kepada makanan bukan secara tetap dan berjadual.

Saya bercadang hendak memberikan bayi makan sehingga 2 tahun tanpa makanan tambahan tapi tidak berjaya. Kemudian sasaran bertukar ke setahun, tapi nampaknya percubaan utk menyusu badan secara eksekutif tidak berjaya. Tapi saya masih lagi tidak memberikan bayi susu formula. Sekarang, saya akan cuba bagi susu badan sepenuhnya dengan bantuan makanan tambahan sehingga bayi seusia 2 tahun atau lebih. Ya Allah permudahkan urusanku ini.

Satu Perkongsian: Mendidik bayi kenal dan tahfiz Quran

Blog : www.darwishndarwisya.blogspot.com
Website : www.islamicparentingnetwork.net
Facebook Page : Islamic Parenting Network

Assalamualaikum yati,

Saya ingin bertanya yati, apakah senario yang diwujudkan oleh seorang ANAK yang menyebabkan IBUnya mengadu ”nak pengsan rasanya, nak menangis pun ada” ?

Cuba fikirkan..

Saya tidak salahkan yati jika berfikir yang negatif. Memang ramai berfikiran begitu kerana dunia akhir zaman ini pelbagai cerita disekeliling kita dan di dada akhbar tentang perilaku anak yang tidak sedap di dengar, terjadi di sana-sini.
Sebenarnya ia adalah emel dari salah seorang peserta kursus saya, Puan Sharifah Shuwaidah. Saya copy n pastekan sebahagiannya dibawah ini untuk dibaca semula...

”Semenjak kami memainkan CD al Quran didalam kereta n dirumah, anak saya mula menghafal n kurang tengok TV. Dan yang paling menyentuh hati bila saya cuba hendak menukarkan TV channel, saya ditegur supaya jangan tukar, kerana dia hendak mendengar al Quran!

Alhamdulillah, nak pengsan n menangis pun ada.. Ya Allah, Puan Lina, memang besar pahala Puan dan saya rasa sedikit demi sedikit doa saya dimakbulkan Allah SWT. Anak yang saya maksudkan itu baru berumur 2 setengah tahun
Saya amat2 terhutang budi dengan puan kerana telah banyak menolong saya serta keluarga. Saya harap satu hari nanti saya dapat membalas jasa puan. Kalau tak didunia mungkin diakhirat”

Ya Allah, terima kasih atas ilmuMu. Saya kerdil diri ini. Saya cuma berkongsi ilmu. Dan hanya Allah yang memilih kepada siapa dan kanak-kanak mana yang akan diberikan "rasa cinta" kepada al Quran itu. Alhamdulillah kanak-kanak diatas itu adalah di antaranya berkat dari doa ibunya. Rasa terharu saya membacanya. Tak sampai 2 minggu selepas kursus sudah nampak akan kesannya. Semoga Puan Sharifah tetap istiqomah. Saya ada galakkan kepada semua bekas peserta kursus saya membantu menyebarkan apa yang telah mereka belajar dalam kursus saya dengan kawan-kawan dipejabat, jiran tetangga, sanak saudara dan sebagainya. Kalau nak lebih pahala lagi, fotostat nota saya tu dan hadiahkan kepada mereka (mungkin kalau re-fotostat ia akan jadi tak berapa terang, tapi takpelah tu). Untuk penerangan lanjut, boleh minta mereka jenguk ke blog saya di http://www.darwishndarwisya.blogspot.com.

Ramai juga yang meminta saya untuk mengadakan kursus ditempat lain, tetapi bagi saya belum masanya dengan anak-anak saya yang masih kecil ni. Jadi dengan cara peserta saya menyebarkannyalah yang akan menyebabkan ilmu ini lebih cepat diketahui oleh orang ramai. Dan datanglah pahala itu kepada orang yang menyebarkannya dan juga kepada saya pemulanya.. InsyaAllah, bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus saya, ia akan diadakan pada 3 Mac 2012 ini dan untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.islamicparentingnetwork.com.my/. Semoga akan lahir lebih ramai ahli Quran bertebaran di serata muka bumi Allah ini.


Ikhlas dari,

Lina Karim
h/p: 019 230 8080

===============================================================================================

Peluang mendidik anak hanya datang sekali sahaja seumur hidup! Didiklah mereka sebaiknya..

Anas Demam Kali ke-2

6/2/2012 Anas demam selepas balik dr kg. Mungkin terlalu penat, sebab kat kg tak tido langsung sepagi dan hanya tido sekejap masa petang tu. Beria dia nak main dgn sepupu dia. Bagi ubat paracetomol yang ada dlm peti sejuk, tapi suhu tak turun2. Ptg tu, telefon klinik, doktor ada kul 6.30,kalau gi dah nak maghrib pulak. Dalam kul 5.00 suruh suami di klinik, ambik ubat aje...lepas tu bagi ubat dan mlm dalam kul 11 mlm bagi ubat sekali lagi...Alhamdulliiah baik.

Apalagi laki aku dok bising sebab aku dok kata kat semua org anak aku tak makan apa2 lagi, hanya susu ibu, lagipun aku kata Anas x pernah demam, kalau ada pun sekali. Org tanya lagi..tumbuh gigi? aku kata setakat ini tumbuh gigi pun Anas tak demam. Aku skrg ini tengah berkempen dgn adik ipar dan adik aku supaya bagi susu badan sepenuhnya, terutamanya 6 bulan pertama. Senang anak jarang demam. Perah aje susu dan simpan dalam peti sejuk. Aku hanya berniat hendak menyampaikan ajaran Al-Quran..menyusukan anak sekurang2nya sehingga 2 tahun. Maklumlah dalam minggu lepas aku menerima 3 anak sedara yang hanya selang sehari sahaja.

Atau pun Anas nak tumbuh gigi lagi. Asyik keluar air liur aje dan susah nak susu.

Kebolehan Seorang Bayi

Sebelum ada anak pun berminat juga dengan pendidikan kanak-kanak. Selalu membuat pemerhatian sekeliling, dan selalu cakap dengan suami, membesarkan anak macam senang, bagi makan, minum, pakai dan besar tapi mendidik anak memang susah. Ini kes 10 tahun tak ada anak, dan biasa tekanan orang luar. Jadi buat ceritalah menyenangkan hati sendiri. Sejak ada anak ini, pelbagai perkara dicari dan digali. Memang bayi ini sesuatu yang unik dan 'amazing'. Sebagaibagaimana ada sesesorang kata "Baby can do it, belong your expectation and unpredictable'. Watch these video, and then you can think about. Two video from two different prespective.

Didikan Al-quran


Jamie playing multiball


Tengok video, ini macam nak berhenti kerja, dan berikan sepenuh perhatian pada bayi. Tapi kerjaya bukan alasan tapi masa yang berkualiti itu lebih penting.