Jelebu

Dari minggu lepas Johor, Melaka, dan Selangor dilanda Jelebu. Antara punca utama pembakaran hutan di Indonesia dan juga cuaca yang sangat kering. Minggu lepa, balik kg, parit pun kering

Little Reader

semalam cuba Anas dengan Little Reader, dah seminggu gak tak bukak, sebelum ini ada tunjuk jugak kat dia. alhamduliah dia dah boleh pilih soalan kuiz tu dengan betul. Alhamduliah..buat aktiviti sekejap aje dgn dia pun..

betul ke aku ini???

InsyalAllah betulkan niat..insyaAllah..


Huruf Hijaiyah Courseware dan Kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun

Rasa seronok sangat apabila kanak-kanak ini menujukkan reaksi yang positif dan gembira sambil belajar huruf hijaiyah. Mereke menjerit suka dan kegembiraan. Apatah lah semasa ujian dilakukan, mereka menunjukan peningkatan. Ujian yang dilakukan adalah memilih kad imbas yang bersesuaian.


AKHIRNYA

Alhamduliah, malam tadi Anas nak ikut bunyi huruf hijayiah guna buku Al-Furqan. Dapatlah baca 1 m/s. Alhamduliiah. Kena teruskan usaha.

Anas berumur 2 tahun 2 bulan

Kena tekadkan semangat dan teruskan usaha

1. Kena baiki diri - meningkatkan hubungan dengan Allah.\
2. berdisplin mendidik Anas membaca buku Al-Furqan (sehari semuka) walaupun anas hanya ikut sebut 2/3 huruf sahaja.

Usaha dan displin tangga kejayaan. Jangan fikir pada hasilnya tapi usahanya pasti ada nilai di sisi Allah, lagipun kita hanya mencari redha Allah.,..Insyalllah..

Jadual waktu Anas

Cita2 aje ada tapi selalu x menjadi kenyataan.

Ini perancangan masa akhir 2011



Sejak dr kecik tunjukan flash card (alif-ya)

Malam pasang CD Quran dan kemudian ayat2 juzuk 30 




Umur Anas Tarikh  Aktiviti Pencapaian
Akhir 6 bulan 1/10/2011 mula kenalkan 5 huruf (a,ba,ta,sa,ja) tidak mampu membezakan huruf
umur masuk 7 bulan 11/10/2011 mula kenalkan 2 huruf sahaja (a, b) mampu beza a,ba

Awal 2012
Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai,  genius 
Tanamkan dalam minda yang kita teruja melihat setiap inci perkembangan anak
Perancangan Pagi, bukak CD Iqra'
Petang, CD Iqra'
Malam, ajar huruf dan baris atas
Catatan Berkenalan dengan flash card
 Tapi tukar plan, sebab agak sukar nak menyuruh Anas menyebut, jadinya tukar lepada bacaan/bunyi huruf yang asas-asas semasa di kereta, rumah, malam (campur dengan ayat Quran yang lain -juz amma), masuh lagi set yang  sama sehingga Jun 2013

June 2013

Learning Planning for Anas 11 June 2013 to 11 July 2013
Date
IQRA/
Furqan (Pg)
Al-Fatihah, 3 Qul
Flash Card (BM)
Flash Card (Quran)
Bedtime story
Video
Drawing
Little read/Math
11/6
1/1-5 (me)
Before sleep
komp
Fa, da, sa
Bunga
IQRA Zamri
ta
-
12/6
1/1-5 (me)
Before sleep
-
-
Luqman, N.Ismail
English (Vol 4)
-
Sec 3 and 4

Anas dan buku IQRA

Alhamduliah, hari ini berhasil. Anas nampak aku ambik fail putih yang mengandugi nota-bota Al-furqanA (buku 1) yang aku dah fotostat dan masukkan dalam plastik, dia dah bersorak..heeeyy....nampak dah gembira nak belajar IQRA. Dapat 2 baris aje dia ikut utk mukasurat pertama buku IQRA a, ba., dia dah tak fokus dan dah tengok sana dan sini. Tapi aku teruskan aje  (maknanya..aku baca seorang...sampai abis m/s pertama dia pulak dan sibuk nak pindah2 ke m/s lain). Walaupun dia macam tak memberikan tumpuan, tapi aku yakin dia dengar..sebab dari semasa ke semasa tiba2 dia akan bunyi a,ba, a,

Lepas tu, biarkan dia main...agak2 1/2 jam kemudian,   aku buat pulak kat Buku Al-Furqan, dia ikut, ma, tapi bila sampai a, nampak gambar ayam, dah sibuk ayam, ayam pulak. Betul juga gambar ini dia jadi gangguan nak belajar. Sebelum nak tidoka dia, dia bukak komputer pulak, bukak little reader kejap, dapat 2 sesi pembelajaran tak ingat sesi mana, rasanya 3 dan 4. Lepas tu, matikan komputer sebab bateri pun nak habis, dia menangis pula  nak a, ba, jadinya bukak ajelah fail kejap..ajar a..ba..kejap aje pun...

Semalam belajar flash kad BM guna komputer, kemudian bukak komputer tengok kat youtobe, tapi dia pandai pilih, semua yang dipilih ialah a...ba..nasib baik banyak video yang serupa. Agak penting untuk kita memilih jenis video dari awal supaya dia minat dan suka jadinya dia akan pilih video yang dia b iasa dan suka sahaja. Aku rasa nak upload aje vidoe.

Agak mencabar juga nak ajar bayi, nak tukar dari flash card ke buku, pun satu cabaran. Tapi saya baca blog orang lain pun sama gak..terutamanya anak lelaki. Skrg anak berumur 2 tahun 2 bulan. Aku target by next month dia dah boleh fokus utk baca guna buku IQRA dan Al-fiurqan (buku 1)


Milestone Mengajar Bayi

Pencapaian bayi mungkin tak sama tetapi pada dasarnya ada pencapaian tertentu. saya memulakan penggunaan kad imbas/flash card kepada anak saya agak awal. Jadinya pencapaian dia pada umur 5 bulan dan boleh pilih kad, 18 bulan dah boleh sebut hujung ayat dan 24 bulan dah mula ikut bacaan yang ada panjang. Rupanya pencapaian anak saya juga selarinya dengan http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/mengajar-bayi-menghafal.html, di mana anak juga 18 bulan dan boleh sambung hujung ayat.

Mengajar anak umur 2 tahun

Pada masa saya hendak pindah guna kad imbas ke buku, dia asyik naik marah dan menangis. Saya biarkan sahaja dia menangis, dan saya baca seorang. Mula2  buku IQRA, dia akan tarik2. Jadinya ada yang dah koyak Lepas tu saya fotostat dan masukan dalam fail dengan menggunakan plastik untuk masukkan kertas dalam fail tersebut. Jadi kalau dia nak tarik pun, dia akan tarik plastik sahaja. Mulanya saya guna kertas yang difotostat dan saya letakkan tip di tepi supaya tidak koyak..tapi agak sukar untuk menarik perhatian dia supaya duduk diam. Anak umur 2 tahun ini dah mula aktif dan agresif.

Walaupun dia  tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar tapi di masa lapang dia dan mula bunyi a, ba, a. So saya rasa agak berkesan juga.

Akhirnya saya guna fail dan berlampik plastik. Nampak macam ok. Walaupun mula2 dia menagis dan mengamuk tapi saya teruskan baca tanpa hiraukan dia. Kemudian saya baca bersama-sama anak patung. Tak lama kemudian, dia akan datang.

Saya juga menggunakan dinding dengan menampal huruf -huruf baris atas, bawah dan hadapan.

anak saya adalah anak tunggal dan lelaki yang saya rasa agak aktif dan agresif. kalau adik abang/akak mungkin lebih senang.

Saya nak cuba tampal palstik fail di dinding dan kemudian ajar dia. tapi tak buat lagi sebab saya perlu fotostat alif-ya sehingga 3 set.


Semata2 kerana Allah.....

Menulis semata kerana nak menyampaikan sesuatu ilmu yang datangnya dari Allah.