Rezeki Anak

Kami telah berkahwin lebih dari 10 tahun. Setiap pasangan ada masalahnya seperti kami juga, kami tiada anak selama tempoh tersebut. Kami menyambung juga rawatan semasa di UK. Kali terakhir jumpa doktor ialah Mei 2010 dan mintak pihak hospital membuatkan surat untuk di bawah di Malaysia. Tak sangka bahagian 'fertility' membuat surat yang lengkap untuk setiap kali pertemuan. Kami balik ke Malaysia pada Ogos 2010, selepas viva pada Julai 2010. Alhamduliah kepada Allah kerana semua kerja-kerja PhD dapat diselesaikan sebelum 3 tahun setengah di UK. Sekarang ini UTM masih tak tolak lagi elaun yang aku tak guna (kes terlebih bayar elaun cuti belajar-sebab tamat sebelum tempoh) dan juga elaun baru selepas daftar kerja (sebab dulu elaun kecik jadi aku ambiklah elaun sewa rumah di UK) dan elaun Cola yang tidak dibayar sepanjang cuti belajar. Alhamduuliah final tesis dihantar pada 13.8.2010 dan balik Msia pada 15.8.2010.

Balik ke Msia, kami merujuk kes kami ke pakar puteri johor. Tapi doktor tu tak nak ambik kes kami dan di tolak ke pakar johor, sebab dia yang rekomenkan aku pun gi. Tapi memang rezeki kami, apabila doktor scan, dia kata aku mengandung dalam lingkungan 5 minggu. Kemudian aku kena buat prengancy test. Kami antara percaya dan tidak, balik kami singgah ke farmasi untuk beli prengancy test lagi sekali. Alhadmulliah masih positif.

Selepas 10 tahun dengan segala macam masalah, tapi bila Allah yang maha pemberi rezeki, kata 'kun faya kun'. Inilah dia ketentuanNYa. Syukur dan amin.

Doa-doakan lah kawan-kawan semoga anak ini selamat dilahirkan pada pertengahan tahun depan.

8 comments:

Unknown said...

dua kalung tahniah Dr Aryati.....insyaallah....kalau ada rezeki tak kemana......take care Doc....

Anonymous said...

tahniah dr Aryati saya doakan semoga semuanya selamat amin2....take care..kat utm ya faculty apa ya..

mamajannah said...

salam,
Allahu Akbar..Alhamdulillah..
akak tahniah Allah makbulkan doakan akak,saya doakan akak dan kandungan sihat..:) tak tahu nak cakap apa rasa hepi sangat baca berita ni..

mama IeMaNs said...

alhamdulillah, satu persatu ALLAH makbul doa2 aryati....tahniah dari kami sekeluarga....

Moon said...

:))))

Aryati Bakri said...

Terima Kasih kepada mama3hz, Anonymous,mamajannah, mama Lemans dan Moon. Semoga Allah mempermudahkan semuanya.

Irtiyah said...

Salam

Saya baru perasan entri ini. Apapun tahniah diucapkan pada kak yati.

Semoga semua berjalan lancar dan selamat. Terima kasih sebab sudi beri nasihat dan tunjuk ajar masa sama2 sekapal dulu.

Alhamdulillah. Doakan saya dan kawan2 lain ya.

Aryati Bakri said...

Salam Irtiyah,

Semuanya rezeki dari Allah. Kalau ikutkan akak tak sempat pun buat rawatan2 apa2. Mungkin dah sampai masanya. Oleh itu, banyak2 bersabar. Mungkin Allah tahu apa yang terbaik dan ujian dari padaNYA.

Wasalam..