Hari ini teruja hendak menulis masalah PhD dan hubungan dengan penyelia. Biasalah cari kat google, jumpa 4 related blog..with Malaysian experience
http://afandiahmad1679.blogspot.com/search?q=penyelia
http://norzaidi.blogspot.com/2008/06/ciri-ciri-penyelia-phd.html
http://khglife.wordpress.com/2010/01/21/pengalaman-itu-cukup-berharga-phd/
http://intansalwani.blogspot.com/2008/04/tips-memilih-supervisor.html
Rata-rata menyatakan yang PhD sangat berkaitan dengan penyeliaan. Saya juga mengalami pengalaman yang sama. Contohnya sokongan dan latihan penulisan tesis dari awal pengajian hingga tamat pengajian menjadikan saya dapat melalui proses PhD dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, penyelia saya juga biasanya akan memberikan feedback di atas setiap bahan penulisan yang saya hasil. Setiap kali pertemuan, saya akan menulis draft bab penulisan saya, beliau akan membaca dan semasa pertemuan kami akan membincangkan kandungannya dan komen dari beliau. Selain itu tempoh maklum balas juga agak singkat. Keseluruhan tesis saya hanya dibaca dalam masa 5 hari sahaja. Biasanya kami akan memberikan draft tesis sebelum membuat temu janji dengan beliau, biasanya seminggu awal tapi kalau beliau sibuk, beliau akan maklumkan sebab apa beliau sibuk dan beliau akan berjanji untuk tarikh yang baru (tapi sangat jarang berlaku). Biasa tarikh pertemuan telah ditetapkan awal, di samping tarikh untuk hantar draft tesis tersebut di mana lebih awal dari tarikh pertemuan. Kadang2 beliau akan memberikan dulu komen beliau sebelum kami bertemu supaya perbincangan kami lebih fokus. Biasa beliau akan menulis komen di draft tesis tersebut. Ini memudahkan saya untuk membuat pembetulan selepas perbincangan dilakukan. Oleh sebab itu, setiap kali pertemuan kami akan membincangkan draft tesis dari sebulan pengajian hingga tamat pengajian. Tentulah masa mula-mula saya tiada draft. Tapi alhamdulliah selepas sebulan, saya telah ada result dan draft tesis. Tapi inilah bab paling saya hendak dapat pelepasan dr penyelia sebelum ke projek seterusnya iaitu 8 bulan untuk menulis satu chapter. Oleh sebab penulisan tesis saya telah bermula dari awal pengajian.
Saya berpendapat terdapat 2 ciri utama di perlu difikirkan oleh pelajar PhD. Satu adalah kemampuan mereka dalam penyelidikan yang akan dijalankan dan yang kedua kemampuan penyelia memberikan idea dan panduan dan penyeliaan dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Jika kedua-dua tidak serasi atau berlawanan harus, adalah lebih baik bertukar penyelia, ini kerana jika sukar untuk mendapatkan kerjasama yang sewajarnya. Mungkin pelajar dan penyelia ada kelebihan tertentu. Keburukan kalau buat bidang yang bukan kemahiran penyelia, dia tidak berminat dgn penyelidikan yang pelajar jalankan menjadikan dia pun mungkin malas nak membaca laporan yang dihantar oleh pelajar. Kalau pelajar tak tahu nak buat apa yang dicadang oleh penyelia lagi menyusahkan diri sendiri. Oleh sebab itu, lihat2 peraturan di mana-mana universiti, biasanya menyediakan kemudahan untuk menukar penyelia supaya anda dapat membuat penyelidikan dengan menyeronokan. Apatah lagi perjalanan penyelidikan selama lebih kurang 3 tahun (kebanyakannya lebih lama lagi) banyak dilakukan berseorangan. bayangankan kalau anda membuat penyelidikan sesuatu yang tidak diminati ..mungkin anda sendiri cepat bosan.
Sama juga dengan penyelidikan akademik, saya rasa pun nak fokus dengan benda yang saya minat dan yang saya boleh buat..sekurang2 kalau tiada pembantu..mungkin saya boleh buat data collection and writing paper sendiri. Saya nampak masa depan penyelidkan saya, yang mana sekarang ini saya mungkin akan pekak telinga kalau org komen sebab saya masih baru dalam menerusi penyelidikan ini...terutama selepas balik PhD. Sebelum ini ada tapi dalam area lain. Setelah bekelumbang 3.5 tahun dalam penyelidikan (semasa PhD), saya akan cuba utk meneruskan juga...harap dapatlah grant penyelidikan. Banyak area penyelidikan saya dijalankan di negara membangun tapi masih kurang di Malaysia (terutamanya di negara-negara membangun).
No comments:
Post a Comment