Lamanya tak update

Biasalah sekarang dengan kehidupan baru iaitu kehadiran baby baru yang dinamakan Muhammad Anas. Esok dah kena suntikan untuk 2 bulan. Kejap sahaja masa berlalu. Masih bercuti bersalin tapi dah habis pantang. Maklumlah sekarahg cuti bersalin adalah 3 bulan, saya pun tidak melepaskan peluang untuk mengambil sebanyak mungkin sebab saya tak pasti berapa kali saya boleh ambik cuti bersalin lagi. Ini baru yang pertama kali. Ini bermakna cuti bersalin saya hanya tinggal sebulan sahaja, macam tak cukup sahaja. Syukur dan alhamdulliah kerana semuanya dipermudahkan waluapun hanya kami bertiga berpantang di rumah sendiri. Cuma pada minggu pertama ditemani oleh mak mertua.

Kalau minggu pertama dan kedua tu memang letih tak terkata sebab baby suka bangun malam dan kita pun tak tahu nak buat apa? lepas tu baby ada kuning kena kejut dan bagi susu setiap jam ..terpaksa jua dibuat eksperiman selepas percubaan untuk bagi 2 jam sekali gagal..di mana tahap kuningnya makin naik. (9-10-13-11-7) Saya masih tu tak pandai lagi nak memyusukan badan secara terus kepada baby..jadinya saya perah dan bagi botol kat anak. Tapi baby yang kuning memang suka tidur dan agak mencabar untuk kejutkan dan bagi susu kat baby utk setiap jam.

Selepas kuning turun ke 11, saya ubah pulak kekerapan penyusuan kepada 2 jam semula.

Berpantang sepengetahuan dan semampu saya..internet banyak membantu untuk mencari maklumat. ALhamduuliah ada kawan cadangkan tukang urut, dapat berurut selama 7 kali.

Alhamdulliah, selepas menghampiri 2 bulan ini, jadual dah agak tersusun. Anak pun dah pandai tido malam dan keperluan susu hanya 2/3 jam sekali. Kadang2 di waktu malam jejak sehingga 4 jam. Barulah lena tido. Antara strategi kami ialah mengejut2 baby tido di waktu siang, kami cuba kurangkan tido bayi di waktu siang supaya bayi boleh tido lebih lena di waktu malam..ini pun setelah kami buat eksperimen, Tapi hari tu ada jumpa kwn di klinik, beliau pun ada bagi petua supaya bayi dikejutkan tido diwaktu siang suapay lena di waktu malam. Tapi akak tu kata lagi baby boleh diatur supaya tidak menyusu selama 8 jam di waktu malam dengan memberi banyak susu sebelum tido tapi setakat ini tak mungkin lah sebab bayi baru nak masuk 2 bulan.

Anak sekarang masih lagi minum susu badan dan saya tengah membuat eksperimen, makanan apa yang membuat susu jadi banyak. Saya perhatikan, pengeluaran susu badan banyak dikaitkan dengan pemakanan yang diambil. Sekarang ini saya serasi dengan saya ialah sawi tapi lobak merah tidak memberikan banyak kesan. Contohnya hari ini, saya hanya bersarapan dengan milo dan roti, dan makan spegahati pizza hut dan tak makan apa2 di di waktu petang dan malam, tapi susu memang banyak. Jika dibandingkan dengan 2/3 hari lepas saya makan ikan dan sayur bayam diikuti sotong dan bayam. Kalau susu dipam pun tak sebanyak kalau saya makan sawi. Walhal saya makan tghari dan petang di samping makan biskut oat dan air milo atau horliks. Mungkin seserasian makan bergantung kepada individu. Ini ekspermen yang mungkin sesuai utk saya shj.

Antara patua lain http://www.anamarzablog.com/2009/03/petua-banyakkan-susu-badan_23.html

3 comments:

nurhanzs co said...

Salam K Yati..
Tahniahh... dah selamat semuanya..
Nak tgk aaa gambo baby..pleaseeee!

Org ckp nak bykkan susu.. kena byk minum fresh milk or horlick.. kalau mak sy dulu bg sy mkn lobak putih byk2..tp dia ikut org gak sbnrnya..

apapun tahniah sekali lagi

Aryati Bakri said...

Terima kasih Asnita. Memang lobak putih ok gak. Tapi kadng tak gi pasar..sukar juga nak cari lobak kat kedai sayur org2 kita.

Fresh milk dan horlick..minum gak tapi tak berapa berkesan.

Tulah nak buat kajian sendiri..hehhe..

Lamanya tak jumpa Ita, cepat2 lah balik MSia. Semoga Allah mempermudahkan urusan pengajian Ita di sana.

Suhaila said...

Alhamdulillah, tahniah untuk baby boy akak yang baru lahir. Moga menjadi anak yang soleh. Sorry la terlewat ucap :)