Pengalaman menyusukan badan sepenuhnya selama 8 bulan

Kali ini saya buat keputusan hanya kerana percaya ayat Quran dan Al-Quran adalah sumber ilmu terbaik. Saya yakin ada hikmah, kenapa Allah menyatakan dalam Quran, menyusukan anak sekurang-kurang 2 tahun. Niat saya semata kerana Allah.

Walaupun banyak suara sumbang saya biarkan sahaja. Nanti nak kerja, mcmana kalau tak bagi susu formula? Tak bagi makan? Kalau dulu-dulu, orang dah bagi makan? Tak tahulah, kalau belakang ada yang kata ..mak dia yang malas nak buat makanan nie? sebab ada yang kata sedara saya tu..dah setahun bagi makan nestum aje..kami kata sebenarnya mak dia yang malas masak? dengar dan senyap..pengalaman pengajar saya menjadi saya...

Walaupun telah dicadangkan oleh juruwarat untuk memberikan makanan tambahan sejak 6 bulan siap ajar lagi. Saya masih ingat ajarnya, masak dulu ikan tu, kemudian masukan beras, kemudian masukan sayur, kemudian kisar dan kemudian ditapis untuk diberi pada bayi berusia 6 bulan ke atas. Walaupun kenaikan berat anak saya tak banyak menurut jururawat selepas 3 bulan tapi kalau pergi klinik swasta ok sahaja. Doktor tu kata untuk 6 bulan pertama kenaikan perlu 2 kali ganda dari berat semasa kelahiran. Anak saya dah lebih pun. Kemudian lebih kurang 10 kg untuk umur setahun. Bulan lepas anak saya dah 8.3 kg. Syukur. Allah yang maha mengetahui dan maha agung.

Walaupun bermasalah untuk menyusu badan di peringkat permulaan iaitu hampir sebulan anak hanya minum dari botol sahaja (tapi dalam susu badan yang diperah). Tapi hasilnya sungguh memuaskan hati apabila anak hanya sekali sahaja sakit dan berat agak ok dan semangat kata orang lah..ramai yang kata semangatnya. Ok. Hati pun senang sebab anak jarang sakit.

3 comments:

mak encik | SZ said...

Alhamdulillah...
semoga baby Anas dapat khasiat susu ibu cukup tempohnya...
betul tindakan akak tu,, kalo kita asek dengar cakap2 orang (yg negatif) memang tak ke mana la kita :)

Unknown said...

saya setuju dgn statement akak...saya akui bukan mudah pengalaman menyusukan anak secara 'eksklusif' di persekitaran yang tidak menyokong kita...saya pun dah laluinya dulu ,kini dan rasanya sampai bila2 kot...sbb persepsi masy dan wkn2 tetap melihat menyusu bdn anak menyusahkan.....apapun jika itu yg kita pilih...redha dan tawakkal kpd allah....amin......dia MAHA MENGETAHUI....

Aryati Bakri said...

salam...memang mencabar..terutama dalam masyrakat yang tidak menyokong penyusuan ibu. Seolah2 kita pulak yang buat salah...pelik..tapi niat ekna kuat dan betul...tapi kadang2 hilang juga keyakinan..betul ke tindakan aku ini???