Anas Demam Kali ke-3
Memang mencabar..utk bagi baby exclusive breasfeed..Anak saya 10 bulan. Ada campur makanan tapi tak tetap. Mcam2 cabaran yang terpaksa dilalui. Semalam dia demam..nie kali ke-3 dia demam. Isnin lepas saya hantar dia ke Taska, dia tak nak menyusu melalui botol..maklum tempat baru. Sebelum ini hantar BS. Pengasuh Taska kata bagi makan sbb dia tak susu, saya kata bolehlah kalau nak bagi bubur kosong yang blend. Tapi dia bagi bubur yang ada sayur. Dua malam anak saya kembung perut dan berak2 pada waktu 2 dan 4 pagi. Keesokan harinya demam pulak. Semalam saya pesan tak nak bagi makan dulu, masa nak ambik memang pengasuh taska kata tak minum susu dan makan (tapi semalam saya hantar separuh hari aje 2-5 ptg aje), saya diam aje tapi masa nak balik saya kata anak saya memang susah susu, tapi sebelum ini dah dua kali masa nak tumbuh gigi, dia tak nak minum susu kat rumah dan BS, tapi alhamdulliah tak demam dan masuk angin. Moga2 ada hikmah sebalik demam, sebab nak teruskan penyusuan eksekutif tanpa makanan. Saya nak tanya ada tak sape yang eksekutif breasfeed (w/o solid food) sehingga 2 tahun ini, yang berkerja? Maklumlah kalau kita bekerja cabaran lagi besar, sebab memerlukan bantuan BS, Taska atau orang lain ungtuk tolong jagakan anak kita. Mereka mesti pelik kalau baby tak makan lagi..selepas 6 bulan.....macam2 sindiran? tajam jugak? Macamana nak buat? Ada sape2 nak share?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment