Alhamdulliah, bermula sabtu lepas dah tak bagi Anas minum susu badan secara terus. Kasihan dan sedih nak pisahkan susu badan. Susu yang terbaik utk semua anak2 sehingga umur tahun. Tapi rasanya nak terus pam jugak lah. Hari pertama sabtu tu, Anas menangis setiap waktu menentek, setiap 2/3 jam. Letih jugalah Sabtu tu, aku pulak tak puasa so rasa oklah. Tapi kasihan gak kat suami sebab hari pertama puasa. Dia tak nak minum susu malam tu tapi hanya minum air kosong. Siang Sabtu memang dah berjaya 100% dengan botol. Alhamdulliah..hari kedua dah ok, dah pandai minum sendiri, dah pandai ambik botol, tunjuk kat kita untuk buatkan susu. Terima Kasih Allah kerana memudahkan urusan ini.
Sebelum ini buat sikitdemi sikit dengan mengurangkan waktu menyusu dan bagi susu formula, saya tidak bagi dia siang, dan masa nak tido. Tapi Anas asyik merengek aje nak susu badan, tak kira siang ke malam, kalau dia bersama saya, tapi kalau kat Taska katanya ok aje. Dapatlah jugak campur2 susu badan dan susu formula tapi adalah kalau siang tu dia ada juga menangis nak sekali atau dua susu badan. Kali ini saya tidak bagi langsung siang dan malam, dan hasilnya hanya dengan latihan selama sehari dan macam lebih berkesan berbanding dengan saya mengurangkan setiap kali waktu penyusuan. Dia asyik nak mengempeng aje, bila ada saya tidak kira siang atau petang. Tapi semua Allah yang permudahkan.
Skrg, susah dia nak serasi lagi dengan Taska, minggu lepas, pengasuh taska berubah tempat dari yang jaga bayi ke jaga anak tatih dan sebaliknya. Anas menangis sahaja sepanjang minggu lepas. Hari ini nampak muka lama pulak, tapi macam malas sahaja nak tanya. Biarlah 2/3 hari lagi. Rasa mcam nak buat kerja kat rumah aje ..heheh..boleh lah , kalau buka company sendiri.Ya Allah, kuatkan semangat Anas, semoga dia dapat menyesuaikan diri di Taska.

No comments:
Post a Comment