Kira 3 bulan lepas, saya bagi BioLac tapi malam masih menyusu badan. BioLac ini susu keluarkan Erra Eda (yang keluarkan Examo), produk jualan langsung. Doktor di sini mencadangkan supaya anak saya diberikan NAN HA disebabkan dia jenis yang alahan. Kebenaran alahan yang ditentukan oleh doktor biasa bukan pakar. Dr yang mencadangkan HA disebabkan rekod anak saya yang susah nak balik kalau batuk dan selsema, di samping mudah ruam dan ada faktor genetik dari saya yang ada alahan, dr kata kalau batuk terlalu lama biasanya jenis batuk alahan. Disebabkan anak saya tak nak, NAN HA pada masa itu, di mana rasanya yang pelik, doktor cadangkan campur NAN HA dengan BioLac sebab dia memang dah minum BioLac untuk siang. Saya selang-seli bagi S26, untuk menambah selera makan, memang dr tak nak makan, lepas bagi S26 dijadi makan.

Sejak awal puasa (21.7.2012) saya terus bagi susu BioLac + NAN HA siang dan malam.  Pada 24.7.12, dia jadi cirit birit. Selepas tu saya terus tukar,  Dautch Lady pada 25.7.12 + NAN HA, lebih kurang 4/5 hari dia jadi  cirit birit. Pada 29.7.12, saya tukar Annum, keesokan harinya saya gi jumpa dr, dia kata Annum akan menjadikan alahan anak saya semakin teruk. Sememangnya sejak puasa dia mula batuk dan sejak bagi Annum memang menjadi selsema yang semakin teruk. Dr mencadangkan saya guna sahaja NAN HA.


Pada 31.8.12 saya terus dengan NAN HA sahaja tanpa campuran yang lain. 4/5 hari kemudian, keadaannya semakin serius dengan muntah setiap kali menyusu dan cirit birit iaitu pada 4.8.12, dan hari Sabtu tu saya jumpa Dr, dia cadangkan Enfalac HA,tapi keadaan anak saya masih sama muntah2 dan cirit birit. Selasa tu saya jumpa Dr pun, dia memang cadangkan HA juga.



7.8.12 Saya tukar susu kambing iaitu KARIHOME, pada mula ok, najis dah mula macam keras sikit tidak lagi cecair macam sebelumnya dan muntah telah hilang, tapi pada 10.8.12, anak saya jadi macam sembelit pulak, Ahad 12.8.12 saya gi klinik pakar kanak2, dia kata disebabkan anak saya sembelit, mungkin susu soya pun tak sesuai, dr cadangkan Pedia Sure, balik tu saya terus beli dan berikan, pagi tadi anak saya cirit birit juga. Saya biarkan utk beberapa hari, dalam seminggu nampak macam ok. Genap seminggu, jadi sembelit pulak pada 17.8.12, saya cairkan susu tersebut hanya 1 scoup utk 5oz, Pada 28.9.12 jadi sembelit pulak. 29.9.12 jadi muntah2, lepas minum susu, di samping anak saya kena batuk, batuk. Saya gi pakar kanak2, dia bagi ubat muntah dan cadangan susu fricso, anak saya terus muntah apabila saya bagi. Dr juga berikan sample susu snow, pada 30.9.12, saya berikan susu snow, ok, tak muntah.



No comments: