Perkembangan Anas setakat ini (2 tahun 3 bulan)

Mengajar bayi memang memerlukan kekuatan yang tinggi. setakat ini memang x mampu nak suruh anas duduk diam sambil mengaji atau ikut bunyi sama..aku ajelah yang baca..

sebab mood kdang naik kadang turun.

Jadi kalau down aku bacalalah blog ini:
http://darwishndarwisya.blogspot.com/search?updated-max=2009-06-06T05:53:00-07:00&max-results=500&start=34&by-date=false

Darwisya Adrianna, umur 3 tahun (2009)Darwisya Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006 di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu serta sedang belajar Bahasa Arab. Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Suka menonton TV dan rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer.. Kini umurnya 3 tahun, dia sudah boleh memBACA Quran dan telah mengHAFAL 30 surah alquran (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi Darul Huffaz)













Darwish Adrian, umur 1 tahun (2009)

Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal 30 surah terakhir sebelum umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah.



Nota 8 July 2009 : Darwisya berumur 2 tahun 7 bulan sudah boleh membaca surah pendek. Sasaran saya adalah supaya anak saya menghafal sekurang-kurangnya 17 surah pada umurnya mencapai 3 tahun pada 27 Oktober 2009 nanti.Nota 21 Ogos 2009 : Alhamdulillah, sudah 17 surah yang di hafal oleh Darwisya setakat hari ini.



Nota 24 December : Alhamdulillah, sudah 30 surah dalam hafalan dan telah diuji oleh Akademi Darul Huffaz serta mendapat sijil 'Hafazan 30 Surah Terakhir' Akademi tersebut Nota 27 December : Darwisya sudah berumur 3 tahun 2 bulan. Selepas ini dia akan meneruskan membaca Al Quran hingga khatam. Sasaran saya supaya anak saya berkhatam pada umur 4 tahun. InsyaAllah.
Nota 2 February 2010 : Darwisya sudah berumur 3 tahun 4 bulan. Saya menukar sasaran daripada khatam al quran sebelum 4 tahun kepada menghafal surah-surah penting al Quran. Menghafal dan membaca keduanya sama penting. Tetapi saya ingin mengoptimakan latihan hafazan yang akan mempengaruhi kekuatan otak pada jangkamasa panjang pada ketika umur ini. Menurut kajian sains, perkembangan otak kanak-kanak adalah pada umur 0-5 tahun.

Perkembangan  Anas setakat ini (2 tahun 3 bulan)
1. dah kenal huruf dan bunyi huruf baris atas (cuma kadang2 terbalik sebut huruf dan nama huruf)
2. dah boleh sebut 3 baris atas, bawah, dommah. utk alif, ba, ta, sa, ja (tiba2 dia keluar sendiri sebab selalunya anas tak nak ikut bila aku ajar, jadi aku ajar dia, aku aje yang baca).
3. dah mula buku Furqan (buku 1) tapi dia jarang nak ikut aku baca..jadi aku ulang2 sahaja untuk baris atas. Nak buat hadiah makan/gula2..dia akan menangis sahaja. Nak susu, selalu mintak dia buat ayat lengkap Ibu, anas nak susu. Sekali aje dia ulang, nak mintak ulang 2/3 kali dia susah sikit.
4. dulu dah mula buku iqra (buku 1, a dan ba) tapi ada nampak hasil dia nak bunyi sambil main2..
5. tak apalah sabar ajelah, teruskan dgn video (sebab dia akan ikut), dan aku kena teruskan mengaji buku al-furqan depan dia. 
 
Tapi yang tidak diajar secara formal yang dia dah boleh dapat ialah number (BM/BI) BM dan masuk belas2, BI sampai 10 kot, ABC. 

Tapi aku nak dia pandai baca Quran sebelum bileh kenal yang lain2.

Setakat ini, malam pasang 1 al-quran semasa malam mulai bulan lepas, aku akan teruskan sehingga 3 bulan, baru nak ulangan (repeat utk Fatihah dlln). Ya Allah mempermudahkan urusan kami. 


 

No comments: