Anas dan minyak bawang putih

Jummat lepas, semasa makan nasi hardamaut (buat sendiri), anas tiba2 muntah. Lepas tu tak boleh makan dan minum apa pun. Tapi bagi Air zam2, dia tak muntah. Bagi susu muntah. Air kosong pun muntah. Malam tu buat bawang putih yang dibakar dan minyak zaiton, sapu di seluruh badan. Sebenarnya malam tu, dia tido dgn ayah dia kat luar (ruang tamu). Aku tido kat bilik. Kadang2 laki aku bawak masuk bilik. Sampai pagi 2 beranak ini tido kat luar. Dalam kul 5 baru buatkan minyak bawang putih. Alhamduliah, dia lena aje tido, walaupun sebelum tu muntah.

Takut juga dia muntah lagi, sebab kami siap2 nak pergi ke KL sebab ada kelas SPACE. Penat sungguhlah gi KL ini, sampai selasa pun masih rasa penatnya. Pagi tu anas sarapan donut dan karipap. Nampak dah tak muntah. Pagi tu bagi anas air panas campur madu campur halia. Puas baca di internet, yang halia boleh menhilangkan muntah.

Sebelum gerak gi makan kat kedai. Untuk anas bubur aje. Ahlamduuliah tidak muntah.

Dalam perjalanan ke KL, anas tido, masa tido sapu lagi minyak bawang putih di tapak kaki dan dada dan belakang badan dia.

Samapi KL, ok tak muntah lagi. Tapi malam tu dia muntah lagi kat hotel...nasiblah Scholar In UTM..hehhe..jadi malam tu sapukan lagi minyak bawang putih di kaki dan badan dia.

Alhamduliah dah tidak muntah lagi, balik dalam kereta, anas tido lagi, aku sapu lagi minyak bawang putih.

Alhamdulliah sehingga selasa dia tak muntah2 lagi. Tapi malam tadi muntah sebab dia menangis, nak ajak tido tapi tak nak.


No comments: