Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Kehilangan Rakan Sekerja - Al-Fatihah

Berita kehilangan: PM Dr Mohd Noor Md Sap (Passing of a great Teacher)

Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada jam 3 pagi ini (1 Julai, 4 bulan 13 hari selepas hari kemalangan.) yang akan disemadikan di Muar.

Beliau merupakan pensyarah di FSKSM,UTM. Pernah beberapa kali menjadi ketua jabatan dan menjadi ketua Editor bagi Jurnal Teknologi Maklumat (UTM). Beliau pernah dianugerahkan guru IT Malaysia.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa PM Dr Mohd Noor, dibebaskan dari seksaan kubur dan dimasukkan di dalam syurga Firdaus bersama-sama orang-orang yang beriman dan soleh. Ya Allah, engkau permudahkan segala urusan beliau dan keluarganya.

Beliau meninggal seorang isteri dan beberapa orang anak. Anak sulung beliau berusia 12 tahun supaya menjadi seperti beliau.

Al-Fatihah.

p/s: cara kehilangan yang sama dengan arwah mak (Ya Allah engkau menghapuskan dosa-dosa makku dan dimasukkan Syurga dan dibebaskan dr seksaan kubur). Cuma dugaan arwah mak agak pendek sikit, selama 2 minggu selepas kemalangan. Sayu hati bila mengenangkan. Hanya Allah yang mampu bagi yang terbaik bagi setiap hambanya.

Utk Ayu




Ini gambar kami, kami masih macam dulu. Keluarga Ayu yang semakin berkembang. Semoga dapat mendidik anak-anak soleh dan solehah.

BBQ di Grave Park

Terima kasih kepada Zulfa yang memanggil teksi untuk kami semua. Organizer yang sangat baik. Terima kasih juga kepada Jan dan Fatihah selalu pengerak utama. Aku hanya memegang peranan biasa.

Terima kasih dan maaf kepada semua. Semoga ukhwah kerana Allah, perkekalan selamanya.

Banjir di Sheffield

Semalam hujan dari pukul 3.30 - 7.30 petang. Rupanya Sheffield dilanda banjir dalam masa beberapa jam hujan lebat. Dalam perjalanan ke kerja petang itu memang jalan dah 'jam' dan jalan ada yang dipenuhi air. Kemudian SV datang tempat kami, suruh balik awal. Apa lagi balik lah..

Adil

Adil dari pandangan Islam ialah adil berdasarkan keperluan.

Di tanahair sibuk dengan isu kuota, pada padangan saya memang adil dan perlu di pertahankan sebab orang bumiputra memang miskin dan perlu dibantu. Dalam semua negara mengamalkan isu perlindungan kepada rakyat mereka sendiri. Di UK ini pun, syarat kemasukan universiti dilonggarkan kepada keluarga yang tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Rupanya di UK ini pun gaji untuk penduduk tempatan dan orang luar juga berbeza. Contohnya kerja sebagai 'clenear' (inilah bidang pekerjaan yang banyak di masukki oleh pelajar2 Msia di sini), gaji orang Msia adalah kebiasaan pada paras minimum, manakala orang british rupaya lebih tinggi. Perbezaan dalam sebulan hampia 50 pound..banyak tu..gaji seminggu gaji kalau guna gaji mimimum.Ini contohnya yuran di univerisiti di UK.

" Fees are lower in Wales for Welsh and other EU students, while in Scotland most undergraduate degrees are free for Scottish students and other EU students, but £1,735 a year for those from elsewhere within the UK. " taken from BBC (http://news.bbc.co.uk/1/hi/education/7892350.stm - accessed by 6 June 2009)



Oleh sebab itu sebagai rakyat peribumi Malaysia, sepatutnya kita kena pertahankan. Bukan untuk menutup daya saing orang bumiputra tapi melindungi. Bayangkan juga kuota dihapuskan, di mana rakyat peribumi sekarang??? Baru2 keluar di surat khabar 40 orang kaya Malaysia yang mewakili 40% kekayaaan Msia, bayangkan apa kekayaaan yang peribumi ada? Siapa kan orang paling kaya (dalam 40 itu hanya seorang aje orang peribumi)..Adil ke kalau kita bagi sama rata semua dengan kaum-kaum di Malasyia. Agak kalau kita mintak kekayaan 40% yang mereka memiliki tu, akan diberikan oleh mereka???. Fikir-fikir kan..

Mereka telah maju dihadapan, orang peribumi masih tak mampu memiliki universiti sendiri, mereka mempunyai 5 universiti swasta bukan berdasarkan keutungan yang ditaja oleh syarikat-syarikat mereka. Peribumi hanya mampu untuk memasuki universiti tempatan kerana yuran yang rendah. Ini pun penduduk peribumi terpaksa bersaing dengan mereka yang pandai, bijak dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Tapi bagi rakyat perbumi, hendak makan pun susah. Teringat zaman saya, hendak gi sekolah pun mak tak galakan, baik tolong dia menoreh. Tapi logik mereka susah. Sebab tu pada masa sekarang pun ada anak2 tak sekolah tapi menolong mak dah ayah mereka. Tapi zaman saya beruntung sebab ada kuota, saya dapat masuki universiti dengan akhir pangkat 1 dan hampir masuk pangkat 2. Tapi itulah, peluang rakyat peribumi untuk memajukan diri dan keluarga dan seterusnya masyrakat.

Jika isu ini, tidak diatasai dengan baik, pastinya orang kaya semakin kaya dan orang miskin bertambah miskin.