Selamat Pengantin Baru kepada Osman

Osman adalah adik lelaki aku yang sulung. Sebelum ini semua perempuan (5 perempuan barulah dikurniakan anak lelaki). Sebenarnya aku ada seorang abg (yang telah meninggal semasa aku dalam hari lagi). Abag aku ini meninggal disebabkan lemas dalam parit.

Hari ini adalah majlis kenduri di rumah aku. Inilah majlis perkahwinan pertama tanpa arwah mak. Diorg kata hanya jemput saudara mara dan org kg. Aku tak bayangkan berapa ramai. Tapi korban seekor lembu juga (nurul yang sponsor- semoga murah rezeki).

Majlis di pihak perempuan adalah pada 6/6/09. Di masa yang sama tedapat juga majlis perkawinan sepupu di Taman Pulai Utama (sebelab taman uni, skudai). Di kg pun, ada juga jiran buat kenduri pada 6/6/ ini (tempat wak suminah). Petang rewang tu, kasihan tak ada orang rewang kat rumah aku, sebab orang kg semua dah kepenatan. Makcik dan pakcik sebleah bapak pun kepenatan sebab rewang kat rumah makcik. Diorg sampai rumah aku dalam lepas maghrib dan isyak.

Sepatutnya 7/6 ini terserentak dengan seorang makcik kat pt yaani. Nasib baik di buat bulan 8. Terima kasih kerana memahami sebab makcik akulah yang jadi tulang belakang kalau kenduri sejak arwah mak dah tak ada.


Terima ksih juga kepada kak mim yang menolong membuat kuih..dibantu dengan Minah, Jana dan Rani. Diorg buat kempeyen, tumpi dan selayang. Dulu kerja2 uat kuih mesti diketuai oleh arwah mak yang kadang dibantu oleh kawan-kawannya.

Rindu pulak ak berkumpul ramai2.

E-Thesis

http://www.shef.ac.uk/content/1/c6/08/92/69/ethesesFAQs.doc

Adil

Adil dari pandangan Islam ialah adil berdasarkan keperluan.

Di tanahair sibuk dengan isu kuota, pada padangan saya memang adil dan perlu di pertahankan sebab orang bumiputra memang miskin dan perlu dibantu. Dalam semua negara mengamalkan isu perlindungan kepada rakyat mereka sendiri. Di UK ini pun, syarat kemasukan universiti dilonggarkan kepada keluarga yang tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Rupanya di UK ini pun gaji untuk penduduk tempatan dan orang luar juga berbeza. Contohnya kerja sebagai 'clenear' (inilah bidang pekerjaan yang banyak di masukki oleh pelajar2 Msia di sini), gaji orang Msia adalah kebiasaan pada paras minimum, manakala orang british rupaya lebih tinggi. Perbezaan dalam sebulan hampia 50 pound..banyak tu..gaji seminggu gaji kalau guna gaji mimimum.Ini contohnya yuran di univerisiti di UK.

" Fees are lower in Wales for Welsh and other EU students, while in Scotland most undergraduate degrees are free for Scottish students and other EU students, but £1,735 a year for those from elsewhere within the UK. " taken from BBC (http://news.bbc.co.uk/1/hi/education/7892350.stm - accessed by 6 June 2009)



Oleh sebab itu sebagai rakyat peribumi Malaysia, sepatutnya kita kena pertahankan. Bukan untuk menutup daya saing orang bumiputra tapi melindungi. Bayangkan juga kuota dihapuskan, di mana rakyat peribumi sekarang??? Baru2 keluar di surat khabar 40 orang kaya Malaysia yang mewakili 40% kekayaaan Msia, bayangkan apa kekayaaan yang peribumi ada? Siapa kan orang paling kaya (dalam 40 itu hanya seorang aje orang peribumi)..Adil ke kalau kita bagi sama rata semua dengan kaum-kaum di Malasyia. Agak kalau kita mintak kekayaan 40% yang mereka memiliki tu, akan diberikan oleh mereka???. Fikir-fikir kan..

Mereka telah maju dihadapan, orang peribumi masih tak mampu memiliki universiti sendiri, mereka mempunyai 5 universiti swasta bukan berdasarkan keutungan yang ditaja oleh syarikat-syarikat mereka. Peribumi hanya mampu untuk memasuki universiti tempatan kerana yuran yang rendah. Ini pun penduduk peribumi terpaksa bersaing dengan mereka yang pandai, bijak dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Tapi bagi rakyat perbumi, hendak makan pun susah. Teringat zaman saya, hendak gi sekolah pun mak tak galakan, baik tolong dia menoreh. Tapi logik mereka susah. Sebab tu pada masa sekarang pun ada anak2 tak sekolah tapi menolong mak dah ayah mereka. Tapi zaman saya beruntung sebab ada kuota, saya dapat masuki universiti dengan akhir pangkat 1 dan hampir masuk pangkat 2. Tapi itulah, peluang rakyat peribumi untuk memajukan diri dan keluarga dan seterusnya masyrakat.

Jika isu ini, tidak diatasai dengan baik, pastinya orang kaya semakin kaya dan orang miskin bertambah miskin.

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

Tadi baca balik mengenai kata-kata negatif dan positif yang telah dimasukkan dalam blog pada setahun yang lalu(2008).
Betul juga. Sebab tu di UK nie, Mat salleh sentiasa bercakap benda yang positif. Thanks you, love, You are brilliant, amvilous (sp tak pati ler.malas nak cek ler)..dan lain2. Sebab manusia akan jadi lebih baik kalau diberikan dengan kata positif.

Ianya adalah pengalaman berbeza semasa membesar di tanah air. Kata2 negatif selalu di gunakan samada di rumah, di sekolah. Kalau melihat ke belakang, aku juga mengikut juga teknik ini telah digunakan oleh aku semasa mengajar. Rasa bersalah. Berkat usia yang tersia ini (yang dikurniakan oleh Allah), aku harap dapat mengutip pengalaman yang berguna dan memukar imej apabila balik berkhidmat di tanah air.

Lagipun sebaik hati ialah hati yang lembut dengan saudaranya, hati yang tabah dengan dugaan dan hati yang rendah atau malu dengan penciptanya..

Mintak maaf kepada semua

Saya hanya manusia yang lemah. Saya memohon kepada semua pembaca untuk memaafkan kesalahan saya samada disengajai atau tidak. Kepada semua anak2 murid, maaflah kalau pernah melukakan hati semua, memarahi atau terlalu garang. Niat di hati hanya mendidik anak bangsa, supaya menjadi bangsa yang berguna dan terhormat. Kepada kawan-kawan jika tersilap kata-kata samada ada yang tersentuh di hati. Harap-harap dapat dimaafkan.


Ya Allah, engkaulah yang maha kuasa, penyayang dan pengasih. Maafkan semua kesalahan hambaMu yang lemah ini.

Learning from experience

Cuma nak share pengalaman supaya berhati2 untuk menghantar paper ke mana2 journal /conference (in casa their idea of our research-might be stolen by other person). Please rekod all the related dokumen (email and other evidence).

Walaupun saya kena tapi bukanlah dia buat 100% sama tapi idea ada lari sikit. Dah sakit hati sebab diorg start buat penyelidiakn pun pada 2008, di mana tahun yang sama paper saya mula di hantar ke journal tersebut. Sebab apa saya curiga, sebab kerja2 penyelidikan dilakukan oleh salah seorang editor journal tersebut. Paper saya disimpan dan second review pada May 2009 tapi paper diorg dicetak pada April 2009. Journal ini diindek oleh scopus dan web of science. Cuma berhati2 sebelum kena.

Keinginan Manusia

Hasil daripada usrah hari ini. Manusia terbahagi kepada 4 golongan
1. Nafsu semata
2. bergantung kepada orang
3. bergantung kepada nafsu, diri sendiri, orang dan pencipta
4. bergantung kepada pencipta