Lamanya tak jumpa Penyelia

Setiap kali, perjumpaan pelajar dan penyelia secara formal, pelajar dikehendaki mengisi borang "supervision record".
Rupanya terakhir jumpa ialah 5.12.08.
heheh...lamanya tapi perjumpaan secara informal banyak kali dilakukan samada di lab atau perjumpaan kejap di bilik beliau.

Betul ke jalanku

Pening juga memikirkan harta pusaka yang sikit ini. Sebahagian telah diagih ikut sama rata tanpa berbincang sesama adik-beradik atau waris. Mereka lupa yang arwah mak masih meninggal seorang ibu (nenek kami) yang uzur dan tiada bahagian yang dibahagikan. Aku kat UK ini, mana lah tahu apa2, tiba kata dah bagi. Pening2.Setelah ditelefon, beberapa orang ada yang tahu mengenai,ada yang kata aku tak tahu apa2, ada kata semua dah setuju ada yang kata "cuma sikit aje". Walau pun apa alasanya, semuanya Amanah Allah yang kita kena tunaikan dengan Amanah seperti dinyatakan dalam Surah An-Nisa. Pening aku. Aku terpaksalah terangkan yang semua kena bagi ikut faraid dan pejabat tanah ada menguruskan harta pusaka yang di bawah RM600 000. Pejabat tanah akan mengurus semua bentuk harta samada tanah, rumah, kereta, wang, binatang ternakan, barang kemas dan lain-lain. Untung di Malaysia, ada badan yang menguruskan dengan bayaran minimum dan dapat melaksanakan hukum Allah. Tapi manusia tetap nak buat hukum sendiri.

Mungkin ada pembaca yang boleh komen untuk bagi idea, bagaimana hendak menyelesaikan dengan cara terbaik (mengikut hukum Islam) dan merapatkan ukhwah antara adik-beradik, nenek, bapak.

Harta Pusaka

Aku bukan dr keluarga yang berada. Tapi sikit harta peninggalan arwah mak hendaklah diuruskan dengan sebaiknya. Pening juga nak uruskan, terutama aku kat sini. Tanpa kehadiran aku, adik beradik yang lain pun tak dapat nak buat apa. Heheeh..

Sebab kita manusia, kadang-kadang mudah membuat hukum sendiri. Pembahagian secara sama rata adalah bukan cara Islam. Islam mengariskan beberapa panduan. Insyallah aku akan berusaha menegakan panduan yang kecil dalam Al-Quran. Penerangan mengenai harta pusaka terdapat didalam Surah An-Nisa.

Maklumat tambahan yang telah dirujuk di internet ialah:
dari : http://www.e-bacaan.com/emailb40.htm

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

dari web USM : http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

http://tanah.perak.gov.my/hebahan/pusaka_Kecilsiri13.pdf

http://uruspusaka.com/tutorial/

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2009/artikel/pusaka.pdf

BBQ di Grave Park

Terima kasih kepada Zulfa yang memanggil teksi untuk kami semua. Organizer yang sangat baik. Terima kasih juga kepada Jan dan Fatihah selalu pengerak utama. Aku hanya memegang peranan biasa.

Terima kasih dan maaf kepada semua. Semoga ukhwah kerana Allah, perkekalan selamanya.

Banjir di Sheffield

Semalam hujan dari pukul 3.30 - 7.30 petang. Rupanya Sheffield dilanda banjir dalam masa beberapa jam hujan lebat. Dalam perjalanan ke kerja petang itu memang jalan dah 'jam' dan jalan ada yang dipenuhi air. Kemudian SV datang tempat kami, suruh balik awal. Apa lagi balik lah..

Kementerian Pelajaran buka talian isu SPM

Kementerian Pelajaran buka talian isu SPM


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.

****di atas ialah keratan dari Berita Harian (7/6/2009)

Mengikut New Strait Times, 70% pelajar yang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris (BI)manakal 30% ialah yang gagal.Kita kena berpandangan jauh. Memang BI penting dalam dunia yang bersaing tinggi pada masa sekarang tetapi pelajar yang terpinggir samada di luar bandar adalah penting untuk diambil kira. Mungkin langkah-langkat tertentu atau program tertentu perlu diperkenalkan di peringkat Kementerian Pendidikan. Contohnya di UK (United Kingdom). pihak kementerian memberikan peruntukan khas untuk sekolah meningkatkan tahap sekolah mereka.

Saya cadangkan supaya cadangan untuk diwajib matapelajaran BI untuk 5 tahun akan datang. Dalam pada masa sekarang pihak kementerian pelu mencari cara terbaik untuk mengukuhkan BI di kalangan pelajar-pelajar terutama di peringkat sekolah rendah atau prasekolah, seperti program membaca (ini diamalkan di UK dengan sebuah buku sehari).

Selain itu saya hendak mencadangkan supaya kerajaan mampu penyediakan pendidikan sewal mungkin seperti mana di negara maju. Kebanyakan negara maju menyedikan program pra sekolah sejak kanak-kanak berusia 3 tahun (di UK, Sweden, Germany, France dan Japan).

Penulisan Tesis

Kebanyakan orang mungkin tidak mempunyai masalah penulisan yang kritikal. Pada aku memang sangat susah nak menulis dengan baik. Tapi aku akan cuba yang terbaik aku aku mampu. Hari ini aku membaca buku kritikal reading and writing untuk postgraduate. Banyak membantu. Dulu ada member ada bagi tahu setiap kali menulis kita kena kaitkan dengan literature review. Memang pun. Sebab tu semalam aku membaca balik LR dan bab-bab results yang telah ditulis. Hendak mengaitkan hasil kajian kita dan kajian yang sebelum dan kena bagi sebab kena result macam ini dan macam itu. Memcabar juga.

Ya Allah, engakulah pemilik segala ilmu di dunia. Berikan ilmu PhD dan penulisan yang sedikit ini kepada ku. Jadi akan sentiasa mengingati mu, jauhkan dr rasa angguh, sombong dan bangga diri dengan memiliki PhD ini. Semoga ilmu ini dapat aku menyampaikan dan meningkatkan syariat mu Ya Allah..Amin