1946-2008 Tinggal Kenangan







Dari kanan: Ayin , Jana, Arwah Emak, Bapak

Pada 12.10.2008, semasa aku sedang menunggu untuk kapal terbang seterusnya ke Manchester. Satu SMS telah dihantar oleh Daus (ke rahmatullah lebih kurang jam 11 pagi waktu Malaysia). Aku diam seketika dan kemudian aku memberitahu cik abg yang aku balas balik sms " Kebumikanlah secepat mungkin dan aku hanya mampu berdoa dari sini". Kemudian aku menuju ke surau di Dubai International Airport untuk mencari ketenangan. Di surau aku bersolat dan membaca yassin dan kemudian menunaikan solat ghaib utk beliau.

Banyak kenangan manis semasa arwah bersama kami. Tapi kami bersyukur yang arwah diberi ujian selama 15 hari - kami semua seramai 12 adik-beradik sempat melawat dan memohon maaf kepadanya. Begitu juga dengan semua saudara mara dan kawan2 kenalannya. Seminggu menemankan di hospital adakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Aku hanya mampu memohon ke hadrat Illahi, sekiranya aku ada kekurangan semasa menjaga arwah sebab aku terpaksa mengawal pengambilan pemakanan..sedihnya..kalau aku tahu pasti aku bagi..tapi aku risau sebab kadar diabities semakin tinggi kalau tak kawal pemakanan. Tapi aku tak nampak dengan mata hati yang arwah akan meninggalkan kami. Dalam masa seminggu semua luka-luka arwah mak dah hilang. Tapi mungkin hati aku yang keras dan buta. Ya Allah, engkau lembutkan lah hati aku ini, tanamkan sikap yang baik dalam hati ini dan jauhkan drp sifat yang negatif.

Suara sewaktu subuh pasti dirindui oleh kami semua. Arwah selalunya akan kejutkan semua orang utk solat subuh, tapi kami kadang2 degil dan buat tak tahu...Nurul yang tinggal serumah dengan arwah pun ada kata " Mak dah seminggu kat sipital, senyap aje pagi2...terutama pukul 6 pagi". Bapak selalu bangun dan siap2 untuk gi surau.

Ketegasan dalam mendidik kami menyebabkan kami semua menjadi tabah dan mampu berdikari. Seorang kawan pernah bertanya kepada aku..aku tak pernah jumpa org mcm ko? aku tanya kenapa? sebab aku rasa ko boleh hidup kat mana2???.....aku faham, dia pelik tengok aku sebab masa aku buat master aku pilih kat university yang tak ada melayu..dan aku bukan terror BI pun. So bayangkan aku kena buat semua seorg2..aku dok hostel. Aku sampai UK aku pun bukan faham mat salleh nie cakap apa???.... Makanan aku mcm Mat salleh, makan roti, aku rasa makan memang utk nak hidup aje..nasi jarang2 sekali aku masak..malas aku nak masak dan makan seorg2..

Arwah yang sabar dalam mendidik kami dengan membiarkan kami membuat sendiri.Membiarkan anak2 membuat kerja rumah sendiri sebenarnya bukan mudah, sebab anak2 akan buat tapi lambat dan tak sekemas ibu/ayah. Pengalaman membuat kerja2 rumah dr usia kecil2 lagi menyebabkan kami semua tahu buat kerja2 rumah dan ianya mengajar kami berdikari, memasak, menjahit, mengemas, menjaga kambing, memotong rumput, menoreh, dan mungkin tak ada pengalaman menyawit. Pesanan dr seorang akak tu, Yati kalau mak tak ajar menjahit masih kecik2 mesti sampai skrg pun tak tahu menjahit. Aku menjahit semasa sekolah rendah sebab kena tolong arwah buat baju untuk adik2, bukan dgn kain baru pun,,,kadang2 dengan lebihan kain atau dr pakaian2 yang org bagi dan kena potong semula dan jahit semula untuk buat pakaian adik2.

Seawal umur 5 tahun aku dah kena jaga adik2 dan membasuh pinggan. Sikap mengagih2 kerja antara adik-beradik, antara amalan kami. setiap hujung minggu, pagi2 kami akan menoreh. Kalau hujan adalah yang paling best sbb tak payah gi memotong. Kami akan mengagihkan kerja mengemas rumah, ada yang membasuh kain (kami kena basuh pakai tangan - sebab kami tak mampu membeli mesin basuh), membasuh pinggan, mengemas ruang bilik, ruang tamu, dapur, mencari kayu api (manalah mampu nak guna dapur minyak tanah ke dapur gas ke...apatah lagi dapur elektrik), .....memasak dlln. Disebelah petang pulak, ada yng membersihkan kwsn sekitar rumah, membersihkan bawah rumah (sbb rumah kami kat atas so bawah rumah kena sapu dan bersihkan), mencari kayu api, membersihkan kandang kambing, mengembala kambing (mengeluarkan kambing dr kandang, menghalau ke kebun dan menjaga supaya tak gi rumah dan kebun orang dan menghalau balik semula masuk ke kandang), mencari rumput (siap ada pengalaman jari terpotong (sikit aje pun) semasa memotong rumput untuk kambing). Alhamdulliah....projek kambing telah dikomersial oleh Nurul (yang turut dibantu oleh bapak dan arwah).

Tapi semua pengalaman ini memang mendewasakan kami semua. Alhamdulliah kami seramai 12 orang semua boleh berdikari.

Kak long & Abg Sham: Nadia, Atik, Anis, Hidayat, Bestari
Kak Lela & Abg Ngah: Along Haziq, Ngah, Adira, Husna, Ifa
Kak Mim & Abg Shahrom: Along Faisal, Ngah, Ijam, Yana
Yati & Nasree:
Rani & Izan: Aceah, Fika, Amir
Minah & Najib: Ain,Wawa, mengandung
Man:
Nurul & wati: Uddin
Mijan:
Daus:
Jana:
Ayin:

Anak: 12 Menantu: 7 Cucu: 20 orang
Ya Allah berikan aku kekuatan dan memberikan aku ingatan yang baik




Berdiri dari kanan: Minah, Wati, Bapak, Arwah Mak, Nurul, Daus, Ayin
Duduk dari kanan: Jana, Kak Mim, Kak Lela, Kak Long, Rani
(Tiada dalam gambar: Man, Mijan dan Aku)






Antara ilmu yang paling ditekan agama dan Al-quran. Aku aje yang alpha. Arwah selalu mengajar mengaji dengan anak2 jiran. Ada satu ketika tu ramai juga budak mengaji kat rumah. Arwah juga pernah memenangi beberapa pertandingan mengaji al-quran. Aku pun masa sekolah rendah selalu juga masuk pertandingan mengaji ini. Semuanya tinggal kenangan.

Doa:

"Ya Allah ampunilah semua dosa-dosa makku dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (di dalam kubur) dan mandikanlah makku dengan air salji dan air dingin (embun) dan bersihkanlah makku daripada kesalahan (dosa) seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran dan gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik bagi makku dan sahabat yang lebih baik daripada sahabat makku dan masukkanlah makku ke dalam syurga dan lindungkan makku daripada seksa kubur dan seksa neraka". Amin dan Al-Fatihah untuk SAKDIAH BAHARI/YATIMAH

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

** INI KISAH YANG DIDAPATI DARI E-MAIL BERANTAI**..Kesahihanya tak dapat dikesan..

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif
(Setiap kata-kata itu adalah DOA)

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang
Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku
"The Hidden Messages in Water" karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan
tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya sbb:

1. Tempatkan Nasi sisa yang sudah didiamkan semalaman kedalam 2 botol dengan jumlah yang sama,
kemudian ditutup rapat.

2. Setiap botol di labelkan yang berisi kata-kata.

3. Botol A : "Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali
Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

4. Botol B : "Kamu Bodoh, Jelek, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku gila tidak mau dekat
dekat kamu"

5. 2 Botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan
pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian :



Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna
hitam dengan bau yang tidak sedap.

Sedangkan Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya
harum seperti ragi.

Nah Silahkan teman-teman mencubanya sendiri. Kalau di buku di katakan ada yang mencuba dengan tiga botol
dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyat beras dalam botol
yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata " Kamu Bodoh".

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang
-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan
dari getaran-getaran yang berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sadar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian
juga kendalikanlah pikiran-pikiran yang timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

Kisah Penjual Tempe

** INI KISAH YANG DIDAPATI DARI E-MAIL BERANTAI**..Kesahihanya tak dapat dikesan..

Kisah Penjual Tempe
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempe nya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi