Anas dan demam

Anas demam bermula pada 5 September hari tu. Betul lepas raya, dah aku pun kena masuk kerja. Dgn aku sekali MC adalah. Sebab aku pun demam juga. Mula pergi klinik panel aje, dia bagilah ubat demam, batuk dan selsema. Aku pun batuk dan selsema tak baik, seminggu lepas tu gi pakar puteri, biasalah dr kata alahan, dapat ubat macam biasa. Aku mintak dr cek Anas sekali, dia kata sama mcm aku juga alahan. Jadinya dr bagi ubat anti-biotik dan satu lagi ubat. 2/3 hari lps tu baik. Tapi kemudian datang balik. Aku pun mencari bahan di internet, ramai mencadangkan tidak elok bagi antibiotik untuk bayi bawah 6 bulan. Dan untuk batuk dan selsema tak payah makan antibiotik. Antibiotik hanya utk serangan bakteria (contohnya demam). Tapi selsema dan batuk hanya serangan virus yang akan baik dgn sendirinya. Aku pun risau sebab dah 3 minggu Anas batuk dan selsema tak baik. Aku ada pergi klinik panel lagi, sebab Anas mengalami ruam yang teruk selepas balik kampung. Lps tu aku bagi tahu selsema dan batuk dia tak baik. Dr bagi ubat lagi. Adalah aku bagi sekali. tapi tak baik2 gak. Aku pun usaha cari laternatif lain. Aku tanya kwn, dia biasa bagi madu. Aku pun cuba, tapi masa tu aku bagi petang, malam tu Anas panas lagi, aku pun tuam dan bagi daun bunga raya. Tapi malam esoknya lepas maghrib aje demam lagi. Aku terpaksa suruh cik abg beli paracetomal dan terus bagi. Alhamdulliah demam dah ok. Keesokannya aku bagi lagi madu tapi kali hanya setitik aje di waktu pagi selepas Anas bangun tido. Alhamdulliah setelah 3 hari, batuk dan selsema dah berkurangan. Aku tak tahulah nak terus bagi madu ke tak? Tapi kalau aku nampak dia batuk atau selsema lagi. Aku bagi. Pagi tadi pun aku masih bagi. Ubat2 dr yang terakhir tu, aku hanya bagi sekali saja. Sebab ada juga pendapat bayi bawah 6 bulan atau setahun tidak elok diberi ubat batuk atau ubat selsema. Aku yakin dalam Islam madu adalah terbaik, jadi aku bagi ajelah madu, sambil selawat dan berdoa kepada Allah.

Susu kurang

Sejak raya aku rasa mengalami kekurangan susu yang ketara. Masa puasa oklah, susu cukup2 aje. Tapi kalau dah raya, makan macam2 tapi susu kurang juga. Puaslah makan yang sebelum ini utk mendapatkan stok susu semula. Ini kerana semasa cuti raya, mengalami 'black-out', habislah stok2 susu. Selalu makan sawi menjadi, ini tak ..lobak putih pun tak jadi juga.

Aku biasa berguru dgn internet, jadi mencarilah bahan di internet. Rupanya bahan2 yang ada kafein boleh mnegurangkan susu dan juga ais krim. Jadi aku terus tak minum apa minuman berkafein seperti teh, kopi dlln.

Alhamduliah dalam minggu lepas susu dah banyak semula dan boleh simpan stok susu. Yang paling best dah beli eletrik breat pump, so boleh pump lama sikit walaupn hasilnya tidaklah seberapa tapi tangan tak lenguh sangat.Sejam utk dapatkan 4 oz. Tadi tghari balik, nak cepat, guna manual dapat 2 oz dalam masa 5 minit. Selalunya banyak tu juga. Sebelum ini pun guna manual aje. Tapi dgn adanya breast pump yang elektrik dan rasa penuh stok susu, malam boleh perah dgn anggarannya dalam 4oz. Semalam aje dapat simpan 3 botol. Oklah buat stok.

Anas skrg dah mula makan bubur nasi. Hari tu bagi seminggu sekali (dalam 2 minggu). Minggu ini nak buat 3 hari sekali.

Buasir dan aku

Aku ada menulis mengenai aku mengalami buasir selepas bersalin. Jangka masa untuk baik ada pelbagai. Dalam kes aku adalah dalam 6 bulan setelah puas menjaga makan. Aku tak boleh makan pedas langsung. Kalau makan, kadang2 sakit perut sangat (orang kata sakit perut macam nak bersalin). Aku cuba juga produk tertentu tapi yang paling berkesan dalam kes ialah produk HPA. Dalam HPA, ada 3 set, pil, teh dan krim. Tapi masa beli krim dah abis stok. Aku hanya makan pil sahaja. Beli teh dia tapi tak masuk tekak nak telan. Oleh itu aku makan pil sahaja. Alhamdulliah tidak habis sekotak dah baik. 4/5 kali juga sebelum tu dah ambik ubat drp doktor tapi berkesan utk 2/3 hari sahaja lepas tu datang balik.

Kali terakhir aku makan pedas dan terus sakit perut ialah masa raya, lepas tu aku terus makan nasi, dgn telur goreng dan kicap aje. Itulah makanan aku walaupun masa raya. Masa beraya rumah saudara mara kami beraya ramai2 jadinya tak perlukan aku minum dan makan yang disediakan. Air bergas juga perlu dielakkan.

Alhamduliah skrg dah baik sepenuhnya dan boleh makan pedas balik. Boleh membuang seperti sebelumnya tanpa ada apa2 masalah. Petua aku hanya elak kan makan pedas.

cabaran kalau makan pedas ialah kalau balik kg. Susah nak makan, semua orang masak pedas2 apa lagi kalau menggunakan cili kering aku memang kalah. tapi kadang nak jaga hati ambik juga, tapi lps tu tangguh sendirilah kesakitannya. Sekali tu, aku terpaksa buka puasa sebab sakit yang amat sangat.

konvo

sesuatu yang sedih atau gembira.

Aku pernah merajuk tak nak pergi konvo masa habis diploma. Ini kerana aku tak mendapat sokongan keluarga untuk sambung belajar ke ijazah.

Aku pernah borak dgn arwah mak, dia kata kalau dikenang2 zaman dulu, ada yang agak mengelikan hati sebab memang arwah mak tak mengalakan kami sekolah. Daripada sekolah lebih baik kami pergi ke kebun untuk membantu beliau menoreh.

Aku degil juga tak bagi sambung diploma, aku pun kerja setahun dan sambung degree dgn duit gaji aku sendiri tapi lepas dah sambung degree, biasalah mohon biasiswa MARA.

Lepas degree aku gi juga konvo bersama arwah mak dan bapak aku. Tapi aku tak happy pun sebab aku kejadian malang lain pulak dalam hidup aku. Tapi hidup kena teruskan.

Sebab tu masa aku nak sambung master dan PhD, saat akhir aku baru bagitahu keluarga. Sebab bila semuanya dah ok dan di saat akhir, diorg mungkin tak boleh kata apa kan..terpaksa bagi kot. Lagipun aku gi dgn biasiswa pihak2 tertentu iaitu MOSTI dan MOHE. Tapi masa PhD aku ingat ada juga orang nak telefon tak setuju aku sambung. Aku biarkan ajelah.

Masa master, mana ada konvo sebab aku kan buat kat UK. Tak kan nak gi UK utk konvo. Tak mampu aku. Samalah kes dgn phd. Konvo hanya dalam kenangan yang tak wujud utk diploma, master dan PhD.

menulis krn musim konvo bagi universiti-universiti di Msia.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA....EHHEHE..ADA ORG KE...MANA TAHU ADA YANG TERUSIK ATAU TERSENTUH DI HATI, MAAFKAN SAYA.