1946-2008 Tinggal Kenangan







Dari kanan: Ayin , Jana, Arwah Emak, Bapak

Pada 12.10.2008, semasa aku sedang menunggu untuk kapal terbang seterusnya ke Manchester. Satu SMS telah dihantar oleh Daus (ke rahmatullah lebih kurang jam 11 pagi waktu Malaysia). Aku diam seketika dan kemudian aku memberitahu cik abg yang aku balas balik sms " Kebumikanlah secepat mungkin dan aku hanya mampu berdoa dari sini". Kemudian aku menuju ke surau di Dubai International Airport untuk mencari ketenangan. Di surau aku bersolat dan membaca yassin dan kemudian menunaikan solat ghaib utk beliau.

Banyak kenangan manis semasa arwah bersama kami. Tapi kami bersyukur yang arwah diberi ujian selama 15 hari - kami semua seramai 12 adik-beradik sempat melawat dan memohon maaf kepadanya. Begitu juga dengan semua saudara mara dan kawan2 kenalannya. Seminggu menemankan di hospital adakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Aku hanya mampu memohon ke hadrat Illahi, sekiranya aku ada kekurangan semasa menjaga arwah sebab aku terpaksa mengawal pengambilan pemakanan..sedihnya..kalau aku tahu pasti aku bagi..tapi aku risau sebab kadar diabities semakin tinggi kalau tak kawal pemakanan. Tapi aku tak nampak dengan mata hati yang arwah akan meninggalkan kami. Dalam masa seminggu semua luka-luka arwah mak dah hilang. Tapi mungkin hati aku yang keras dan buta. Ya Allah, engkau lembutkan lah hati aku ini, tanamkan sikap yang baik dalam hati ini dan jauhkan drp sifat yang negatif.

Suara sewaktu subuh pasti dirindui oleh kami semua. Arwah selalunya akan kejutkan semua orang utk solat subuh, tapi kami kadang2 degil dan buat tak tahu...Nurul yang tinggal serumah dengan arwah pun ada kata " Mak dah seminggu kat sipital, senyap aje pagi2...terutama pukul 6 pagi". Bapak selalu bangun dan siap2 untuk gi surau.

Ketegasan dalam mendidik kami menyebabkan kami semua menjadi tabah dan mampu berdikari. Seorang kawan pernah bertanya kepada aku..aku tak pernah jumpa org mcm ko? aku tanya kenapa? sebab aku rasa ko boleh hidup kat mana2???.....aku faham, dia pelik tengok aku sebab masa aku buat master aku pilih kat university yang tak ada melayu..dan aku bukan terror BI pun. So bayangkan aku kena buat semua seorg2..aku dok hostel. Aku sampai UK aku pun bukan faham mat salleh nie cakap apa???.... Makanan aku mcm Mat salleh, makan roti, aku rasa makan memang utk nak hidup aje..nasi jarang2 sekali aku masak..malas aku nak masak dan makan seorg2..

Arwah yang sabar dalam mendidik kami dengan membiarkan kami membuat sendiri.Membiarkan anak2 membuat kerja rumah sendiri sebenarnya bukan mudah, sebab anak2 akan buat tapi lambat dan tak sekemas ibu/ayah. Pengalaman membuat kerja2 rumah dr usia kecil2 lagi menyebabkan kami semua tahu buat kerja2 rumah dan ianya mengajar kami berdikari, memasak, menjahit, mengemas, menjaga kambing, memotong rumput, menoreh, dan mungkin tak ada pengalaman menyawit. Pesanan dr seorang akak tu, Yati kalau mak tak ajar menjahit masih kecik2 mesti sampai skrg pun tak tahu menjahit. Aku menjahit semasa sekolah rendah sebab kena tolong arwah buat baju untuk adik2, bukan dgn kain baru pun,,,kadang2 dengan lebihan kain atau dr pakaian2 yang org bagi dan kena potong semula dan jahit semula untuk buat pakaian adik2.

Seawal umur 5 tahun aku dah kena jaga adik2 dan membasuh pinggan. Sikap mengagih2 kerja antara adik-beradik, antara amalan kami. setiap hujung minggu, pagi2 kami akan menoreh. Kalau hujan adalah yang paling best sbb tak payah gi memotong. Kami akan mengagihkan kerja mengemas rumah, ada yang membasuh kain (kami kena basuh pakai tangan - sebab kami tak mampu membeli mesin basuh), membasuh pinggan, mengemas ruang bilik, ruang tamu, dapur, mencari kayu api (manalah mampu nak guna dapur minyak tanah ke dapur gas ke...apatah lagi dapur elektrik), .....memasak dlln. Disebelah petang pulak, ada yng membersihkan kwsn sekitar rumah, membersihkan bawah rumah (sbb rumah kami kat atas so bawah rumah kena sapu dan bersihkan), mencari kayu api, membersihkan kandang kambing, mengembala kambing (mengeluarkan kambing dr kandang, menghalau ke kebun dan menjaga supaya tak gi rumah dan kebun orang dan menghalau balik semula masuk ke kandang), mencari rumput (siap ada pengalaman jari terpotong (sikit aje pun) semasa memotong rumput untuk kambing). Alhamdulliah....projek kambing telah dikomersial oleh Nurul (yang turut dibantu oleh bapak dan arwah).

Tapi semua pengalaman ini memang mendewasakan kami semua. Alhamdulliah kami seramai 12 orang semua boleh berdikari.

Kak long & Abg Sham: Nadia, Atik, Anis, Hidayat, Bestari
Kak Lela & Abg Ngah: Along Haziq, Ngah, Adira, Husna, Ifa
Kak Mim & Abg Shahrom: Along Faisal, Ngah, Ijam, Yana
Yati & Nasree:
Rani & Izan: Aceah, Fika, Amir
Minah & Najib: Ain,Wawa, mengandung
Man:
Nurul & wati: Uddin
Mijan:
Daus:
Jana:
Ayin:

Anak: 12 Menantu: 7 Cucu: 20 orang
Ya Allah berikan aku kekuatan dan memberikan aku ingatan yang baik




Berdiri dari kanan: Minah, Wati, Bapak, Arwah Mak, Nurul, Daus, Ayin
Duduk dari kanan: Jana, Kak Mim, Kak Lela, Kak Long, Rani
(Tiada dalam gambar: Man, Mijan dan Aku)






Antara ilmu yang paling ditekan agama dan Al-quran. Aku aje yang alpha. Arwah selalu mengajar mengaji dengan anak2 jiran. Ada satu ketika tu ramai juga budak mengaji kat rumah. Arwah juga pernah memenangi beberapa pertandingan mengaji al-quran. Aku pun masa sekolah rendah selalu juga masuk pertandingan mengaji ini. Semuanya tinggal kenangan.

Doa:

"Ya Allah ampunilah semua dosa-dosa makku dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (di dalam kubur) dan mandikanlah makku dengan air salji dan air dingin (embun) dan bersihkanlah makku daripada kesalahan (dosa) seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran dan gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik bagi makku dan sahabat yang lebih baik daripada sahabat makku dan masukkanlah makku ke dalam syurga dan lindungkan makku daripada seksa kubur dan seksa neraka". Amin dan Al-Fatihah untuk SAKDIAH BAHARI/YATIMAH