Pada mulanya semasa dilahirkan bayi tidak mengalami sakit kuning. Ianya bermula apabila bayi tidak mahu menyusu dan asyik tido sahaja. Semua nurse dan ketua nurse pun tolong kejutkan bayi tapi bayi tetap juga tido. Kemudian susu awalan yang dikenali sebagai kolostrum pulak agak pekat dan susah nak keluar di samping aku pulak tak pandai lagi menyusukan bayi. Setelah 24 jam bayi tidak menyusu, dan keesokan harinya disahkan kuning dengan bacaan 9. Menurut kata adik aku sebenarnya 9 itu, bacaan yang normal tapi disebabkan aku di siptital swasta dan mungkin mereka nak duit, jadinya bayi aku dimasukkan di bawah lampu. Pagi tu aku dan suami dan termenung. Hari ketiga dan septutnya aku dah balik tapi bayi pulak kena tahan )aku pun tak faham kenapa aku kena tahan2 ahri, biasanya kalau normal sehari aje). Apabila bayi dah dimasukkan di bawah lampu, tidak banyak yang aku boleh buat. Siang tu setiap 2 jam aku datang ke bilik 'nursing" untuk menyusukan bayi. ALahamdulliah nurse tu nak layan dan ajar cara utk menyusu dan kalau bayi tido dia akan suruh pump susu tersebut. Tapi di sebelah malam, nurse lain yang bertugas, aku agak kecewa sebab mereka nak tak nak aje melayan aku. Disebabkan layan yang tidak puas hati, aku cari jalan utk keluar dr sipital gak.
Akhirnya keesokan harinya aku buat keputusan yang keluar aje dr hospital apatah lagi apabila bacaan bukan menurun tapi menaik (jadi 10 pulak). Sebenarnya bayi diletakkan dibawh lampu supaya bayi panas dan akan dahaga dan minum. Tapi sebenarnya untuk megelakan bayi kuning (bukan semasa lahir)...ini berdasarkan pengalaman dan petua orang2 lain bagi..aku rasa bayi perlu menyusu sekerap mungkin supaya kekotoran di dalam badan bayi semasa dalam kamdungan dapat dikeluarkan secepat mungkin. Kan semasa bayi lahir, najisnya berwarna hitam. Menurut doktor biasa pun, kuning perlu dikurangkan melalui najis dan dengan memberikan susu yang kerap kepada bayi, menjadikan bayi akan kerap membuang najis.
Satu lagi aku tak puas hati dengan doktor pakar kanak2 di puteri hospital ialah tidak menemui kami langsung dan menerang apa yang patut tetapi mengenakan kadar bayaran consultant yang tinggi..sama dgn doktor bersalin...lainlah dr bersalin yang sambut bayi, menjahit, melawat di wad dlln. Ini yang paling tak puas hati di hospital puteri di samping tidak jujur tentang tahap2 kuning. Bila di tanya tahap mcmana sakit kuning yang teruk, nurse akan jawap ikut doktor. Kalau ikut mereka nak tahan aku lagi, aku aku buat mcm2 alasan utk keluar. Semasa nak keluar, ada ke nurse tu kata, kalau kat hospital kerajaan 17 baru kena tahan. Kalua di UTM, 10-15 tu dah normal. Geram aje aku. Tapi diorg siap buat surat rujukan ke tempat lain sebab aku kata aku nak berpantang di batu pahat sebab tu aku kena balik. Hakikat sebenarnya aku rasa diaorg tahan ikut kekosongan hosptial, sebab masa Ahad tu memang nursing room tu penuh dgn katil2 bayi tu..ini bermakna mereka tiada pesakit (bayi). Sebab tu berhati2 dgn hospital swasta ini..mereka mungkin hendak duit daripada merawat...
Selepas bacaan naik dan berdasarkan apa yang aku alami, aku faham bacaan naik disebakan bayi kurang menyusu dan bayi perlu aktif. Mcmana aku nak kejutkan sedangkan bayi dlm bilik khas dan sukar utk aku buat apa2.
Setelah balik di rumah, hati masih risau..kat mana aku nak cek kuning dlln. Di samping tu, aku ikutkan mcm petua seperti mandikan bayi dgn ubat cina (bunga batik), susu kambinglah, air epal lah, air sengkuang cina..air2 buah dan susu kambing..akuklah kena makan..dgn harapan apabila bayi minum susu..dia akan dapat. Ada mencadangkan boleh bagi terus kat bayi, tapi aku was2.
Apa yang terjadi selepas seminggu, bacaan bukan semakin turun tapi semakin naik (13), aku buat rawatan di klinik UTM sahaja sebab di sana ada makmal yang boleh buat ujian terus. Aku gi ke klinik panel tapi doktor tak berani nak ambik darah. Doktor suruh aku datang 4 hari kemudian. Antara strategi yang aku buat ialah menyusukan bayi setiap jam. Nasihat dr. ialah ba=erikan susu sekerap mungkin dan kuning tersebut akan keluar melalui najis bayi. Aku dah tak mandikan dgn herba cina lagi sebab big boss tak bagi. Ini memang letih sebab setiap jam nak bagi susu dan pagi2 kalau cuaca elok aku pun jemurkan anak aku ini. Alhamdulliah dan turun 11 selepas 4 hari.
Selepas tu, doktor tidak buat temujanji lagi. Menurut seorang kwn, dia kata kalau kuning dah turun dan tidak akan naik lagi. Tapi apabila orang datang ramai yang kata masih kuning, aku risau gak. Akhirnya bawak juga ke UTM sekali lagi untuk buat ujian darah. ALhamduuliah dan menjadi 7...lega rasanya. Kali ini hendak ambik darah pun senang...melalui tangan. Sebelum itu melalui kaki, kasihan bayi menangis2 sebab nurse tu tekan2 utk keluarkan darah. Disebabkan kasihan tengok bayi, aku pun lambat sikit utk buat ujian.
Kesimpulan yang aku dapat ialah..hendaklah menyusukan (tak kira susu badan atau susu formula) kepada bayi anda sekerap mungkin untuk mengurangkan kuning atau mengelakannya. Ada juga petua dr seorang akak tu...dia mempunyai pengalaman bersalin di hospital yang sama tapi dia kena bedah dan anak diberikan susu formula. Tapi semasa aku pulak, sipital telah menjadi sipital rakan bayi..di mana susu badan digalakan dan tidak dibenarkan susu formula dan botol. Tapi klu aku tahu aku seledup aje susu formula dan botol janji anak aku tak kuning. Aku dah termiss komunikasi dgn cik abg suruh dia bawh pump..supaya aku boleh pumup aje ..sebab masa tu aku kat wad dan boleh bagi kat nurse utk bagi kat bayi...tapi tak apalah ini kan pengalaman pertama...Sebab akak tu pun selepas seminggu baru dapat menyusukan bayi dia dgn susu badan. Dia pun dpt petua dr kwn yg lain. Aku rasa inilah kaedah yang paling tepat untuk mengurangkan tahap kuning bayi, di samping memang kaedah yang dicadangkan oleh doktor di UTM bukan di pakar puteri tu.
Lamanya tak update
Biasalah sekarang dengan kehidupan baru iaitu kehadiran baby baru yang dinamakan Muhammad Anas. Esok dah kena suntikan untuk 2 bulan. Kejap sahaja masa berlalu. Masih bercuti bersalin tapi dah habis pantang. Maklumlah sekarahg cuti bersalin adalah 3 bulan, saya pun tidak melepaskan peluang untuk mengambil sebanyak mungkin sebab saya tak pasti berapa kali saya boleh ambik cuti bersalin lagi. Ini baru yang pertama kali. Ini bermakna cuti bersalin saya hanya tinggal sebulan sahaja, macam tak cukup sahaja. Syukur dan alhamdulliah kerana semuanya dipermudahkan waluapun hanya kami bertiga berpantang di rumah sendiri. Cuma pada minggu pertama ditemani oleh mak mertua.
Kalau minggu pertama dan kedua tu memang letih tak terkata sebab baby suka bangun malam dan kita pun tak tahu nak buat apa? lepas tu baby ada kuning kena kejut dan bagi susu setiap jam ..terpaksa jua dibuat eksperiman selepas percubaan untuk bagi 2 jam sekali gagal..di mana tahap kuningnya makin naik. (9-10-13-11-7) Saya masih tu tak pandai lagi nak memyusukan badan secara terus kepada baby..jadinya saya perah dan bagi botol kat anak. Tapi baby yang kuning memang suka tidur dan agak mencabar untuk kejutkan dan bagi susu kat baby utk setiap jam.
Selepas kuning turun ke 11, saya ubah pulak kekerapan penyusuan kepada 2 jam semula.
Berpantang sepengetahuan dan semampu saya..internet banyak membantu untuk mencari maklumat. ALhamduuliah ada kawan cadangkan tukang urut, dapat berurut selama 7 kali.
Alhamdulliah, selepas menghampiri 2 bulan ini, jadual dah agak tersusun. Anak pun dah pandai tido malam dan keperluan susu hanya 2/3 jam sekali. Kadang2 di waktu malam jejak sehingga 4 jam. Barulah lena tido. Antara strategi kami ialah mengejut2 baby tido di waktu siang, kami cuba kurangkan tido bayi di waktu siang supaya bayi boleh tido lebih lena di waktu malam..ini pun setelah kami buat eksperimen, Tapi hari tu ada jumpa kwn di klinik, beliau pun ada bagi petua supaya bayi dikejutkan tido diwaktu siang suapay lena di waktu malam. Tapi akak tu kata lagi baby boleh diatur supaya tidak menyusu selama 8 jam di waktu malam dengan memberi banyak susu sebelum tido tapi setakat ini tak mungkin lah sebab bayi baru nak masuk 2 bulan.
Anak sekarang masih lagi minum susu badan dan saya tengah membuat eksperimen, makanan apa yang membuat susu jadi banyak. Saya perhatikan, pengeluaran susu badan banyak dikaitkan dengan pemakanan yang diambil. Sekarang ini saya serasi dengan saya ialah sawi tapi lobak merah tidak memberikan banyak kesan. Contohnya hari ini, saya hanya bersarapan dengan milo dan roti, dan makan spegahati pizza hut dan tak makan apa2 di di waktu petang dan malam, tapi susu memang banyak. Jika dibandingkan dengan 2/3 hari lepas saya makan ikan dan sayur bayam diikuti sotong dan bayam. Kalau susu dipam pun tak sebanyak kalau saya makan sawi. Walhal saya makan tghari dan petang di samping makan biskut oat dan air milo atau horliks. Mungkin seserasian makan bergantung kepada individu. Ini ekspermen yang mungkin sesuai utk saya shj.
Antara patua lain http://www.anamarzablog.com/2009/03/petua-banyakkan-susu-badan_23.html

Subscribe to:
Posts (Atom)