Kecewa, Degil @ Sombong

Ditegur salah, janji dan tanggungjawab dipertikalkan. Tanggungjawab dia macamana? Ditegur..mengamuk. Rasa diri dah besar mungkin. Tapi laluan salah. Mcmana nak didik dan sedar untuk kembali ke pangkal jalan.

Aku takut, dia rosak dgn kesenangan maka terpaksa diuji untuk menguji tahap kematangan. Nampak sangat sifat keanak2an tapi sangat sukar dibentuk.

Aku risau sebab laluan salah, kalau dibiarkan, nanti siapa yang susah.

Meningatkan ayah yang telah tua dan uzur. Aku kuatkan diri untuk menegur tapi herdikan yang diterima. Semuanya ujian dr Allah. Tiada kasihan ke kepada ayah yang dah berusia dan tidak berkerja untuk dibebani.

Mengenangkan arwah mak yang telah tiada, menambah kesedihan diri.

Mereka telah 20an tapi masih tidak melalui laluan yang jelas. Suruh belajar, pergi kerja..mana tak keputusan periksa teruk...masalah sosial dlln...

Ada idea? bagaimana menegur remaja yang bermasalah ini. Solatnya ikut suka.

Hati keras, nilai iman semakin jauh. Masukkan iman kata ustaz, tapi bagaimana??

Perkongsian pengalaman di susuibu.com

Saya pun mengalami masalah untuk menyusukan bayi. Selepas dilahirkan, mlm tu, bayi hendak menyusu seperti biasa. Tapi siang tu sehingga 24 jam, dia langsung tak nak bangun dan tak nak menyusu langsung. Saya bersalin di hospital swasta, so ramailah nurse yang datang tolong utk kejutkan bayi saya utk menyusu. Hasilnya hari ke-2 yang sepatutnya saya keluar hospital, tapi bayi pulak kena kuning. Dr dah cakap dah kalau tak menyusu, bayi mungkin kena kuning. Tapi saya tak boleh buat apa, dgn bantuan nurse pun anak saya nak tido aje, dah basah2 muka dia, bukakan baju pun, dia tak nak bangun. Kemudian dia kena masuk wad. Agak sukar hendak menyusukan bayi apabila bayi pun di bilik khas. Cuma dalam 2/3 jam saya gi ke bilik bayi, kalau kena nurse yang rajin, rajinlah melayan, tolong ambik bayi utk disusukan. Kalau kena yang malas, nurse tu suruh pam aje.

Hari seterusnya, saya rasa tak puas hati dgn layan nurse tu, saya buat pelbagai alasan supaya boleh keluar hospital. Selepas keluar hospital, saya mula dgn aktiviti pam dan sumbat botol aje di mulut anak saya. Kemudian saya pergi ke knilik utk cek tahap kuning, naik pulak. Saya kejutkan dan sumbat botol setiap sejam. Sebab bayi yg kuning suka tido dan agak sukar utk menyusu secara direct. Sehingga tahap kuning normal, lega sikit tapi saya tetap dgn susu badan dan menyimpan stok susu pam dan guna botol. Akhirnya bayi saya menyusu botol selama sebulan lebih sebelum dapat semula terus dari badan. Saya telah mencuba jugak pelabagi cara utk cuba menysukan badan, tapi doa dan sabar..rasa kunci utamanya..

kalau tak jumpa nipple shield, guna aje puting botol yang biasa tapi lekatkan kat puting di breast kita dan suruh bayi hisap puting plastik yang biasa tu. Mak mertua saya yang ajar.

Tapi cabaran anak menyusu terus dr badan dan botol memang bercampur2. Skrg umurnya dah 7 bulan. Kadang2 dan banyak kali terjadi, anak saya ini dgn tiba2 dia tak nak langsung susu badan terus. Mungkin sebab saya kerja selepas 4 bulan, mcm2 cabaran yang dilalui. Kejap nak, kejap tak nak menysu badan. Tapi saya tetap teruskan susu badan samada secara terus atau botol. Sampai skrg anak saya masik lagi eksekutif breastfeed tanpa air kosong dan makanan tambahan seperti bubur dlln.

Lagi satu, bayi saya agak sukar utk menangis utk mintak susu hingga skrg, jadi saya kena pandai agak. Hari tu berat tak naik banyak terutama dr 5 buln ke 6 bln, hanya naik 100gm sahaja. Saya rasa ini kerana saya bagi susu mlm kul 10 mlm, sehingga subuh kul 6 pagi. Memang tak menangis. Skrg saya akan bagi dia susu pada kul 1, 3 dan 5 pagi tapi tu pun bergantung kalau saya sedar. Anak saya tido dgn lena. Siang pun sama, agak susah dia menangis utk susu, skrg saya agak2 aje, bagi setiap 2 jam. sebab takut berat dia. Mintak2 lepas nie oklah beratnya.

Tapi saya dah baca artikel, pasal berat bayi menyusu badan, memang akan naik dgn banyak pada 0-3 bln dan kemudian akan berkurang. Apa2 pun mungkin bergantung kepada bayi masing2.