Anas muntah

Semalam cuba bagi Anas bagi makan bubur. Tapi buat nasi dan blender. Tapi ptg tu dia muntah2. Mungkin masih alahan. Tak apalah mungkin kena teruskan niat utk bagi susu terus. Tapi kadang2 kasihan tengok dia mcm bersunguh2 tengok org makan. Masa mula masuk 6 bln dah pernah bagi makan bubur beberapa kali, bagi betik. Tapi masa tu, Anas ok tak muntah-muntah. Tapi masa nak bagi memang dia mcm tak nak. Nak compare sebelum ini. Tak apalah teruskan dulu lah utk bagi penyusuan badan sepenuhnya.

Muntah Anas biasa warna kuning. Agak lembik dia aje petang tu. Tapi mlm dah ok. Bagi juga susu badan cuma dalam keadaan kepala yang tinggi dan seakan2 duduk. Tak bagi masa baring takut muntah lagi...sambil bagi tu usap2 belakang dia...biar dia sendawa. Tapi masa petang dan dia tgh lembik dan dia tak menangis tu tak bagilah susu.

Alahamdulliah, mlm tu dah ok dan tido mcm biasa.

Anas tumbuh gigi

Alhamdulliah..Anas dah mula tumbuh gigi. Dia tak demam cuma susah sikit nka susu. Masa hujung minggu tak perasaan sebab kalau susu badan dia ok aje, tapi kalau susu botol memang payah.

Pengalaman menyusukan badan sepenuhnya selama 8 bulan

Kali ini saya buat keputusan hanya kerana percaya ayat Quran dan Al-Quran adalah sumber ilmu terbaik. Saya yakin ada hikmah, kenapa Allah menyatakan dalam Quran, menyusukan anak sekurang-kurang 2 tahun. Niat saya semata kerana Allah.

Walaupun banyak suara sumbang saya biarkan sahaja. Nanti nak kerja, mcmana kalau tak bagi susu formula? Tak bagi makan? Kalau dulu-dulu, orang dah bagi makan? Tak tahulah, kalau belakang ada yang kata ..mak dia yang malas nak buat makanan nie? sebab ada yang kata sedara saya tu..dah setahun bagi makan nestum aje..kami kata sebenarnya mak dia yang malas masak? dengar dan senyap..pengalaman pengajar saya menjadi saya...

Walaupun telah dicadangkan oleh juruwarat untuk memberikan makanan tambahan sejak 6 bulan siap ajar lagi. Saya masih ingat ajarnya, masak dulu ikan tu, kemudian masukan beras, kemudian masukan sayur, kemudian kisar dan kemudian ditapis untuk diberi pada bayi berusia 6 bulan ke atas. Walaupun kenaikan berat anak saya tak banyak menurut jururawat selepas 3 bulan tapi kalau pergi klinik swasta ok sahaja. Doktor tu kata untuk 6 bulan pertama kenaikan perlu 2 kali ganda dari berat semasa kelahiran. Anak saya dah lebih pun. Kemudian lebih kurang 10 kg untuk umur setahun. Bulan lepas anak saya dah 8.3 kg. Syukur. Allah yang maha mengetahui dan maha agung.

Walaupun bermasalah untuk menyusu badan di peringkat permulaan iaitu hampir sebulan anak hanya minum dari botol sahaja (tapi dalam susu badan yang diperah). Tapi hasilnya sungguh memuaskan hati apabila anak hanya sekali sahaja sakit dan berat agak ok dan semangat kata orang lah..ramai yang kata semangatnya. Ok. Hati pun senang sebab anak jarang sakit.

2012

Pencapaian dan kenangan 2011
- kurniaan Allah yang tidak ternilai, dikurniakan seorang anak, April 2011
- cuti bersalin selama 4 bulan
- berjaya menyusukan sepenuhnya sehingga sekarang. terutama tanpa makanan tambahan
- mula kehidupan sebagai seorang ibu dan wanita berkerjaya. Mula aktviti berkejar untuk pergi kerja, balik tenghari untuk menyusu dan pergi kerja semula di sebelah petang. Kadang2 terasa mcm tak produktif.

Target 2012
- belajar nak kurangkan tido, tido awal dan bangun awal
- meningkatkan aktiviti tambahan untuk menambah baik hubungan denganNya
- hendak memulakan banyak aktiviti penulisan akademik dan bukan akademik

Hari ini 2.1.1012 bermula aktiviti baru bagi kami sekeluarga.