Dah lama tidak menulis di blog.

Alhamduliah, pada tahun ini bersamaan tahun 1423 hijrah..betul ke? kami berpeluang menunaikan haji.

Cabaran balik lagi besar rupanya. Di sana setiap pagi bangun untuk solat subur di Masjid. Di sini ..susah sungguh.

Aku ini banyak betul kelemahan..demi kelemahan..


Menggalakkan anak meminati buku

Saya telah mencuba membagi kertas kosong, kertas iklan, pampelet, majalah lama  kepada anak saya sejak beliau pandai duduk. Mula2 memang dia koyak, renyuk2kan, masukkan mulut dan lain-lain aktiviti kepada semua kertas tersebut. Tapi hasilnya beliau cepat menghargai kertas dan jarang mengoyak lagi. Saya tidak berapa ingat sejak bila dia pandai menghargai kertas tapi saya rasa dalam 2-3 bulan dia dah pandai menghargai kertas.

Sekarang umur dia dah nak masuk 2 tahun, perubahan saya saya lihat:

1. Dia lebih minat kepada buku, saya sengaja meletak buku dalam kotak mainan tapi dia selalu ambik buku dan memberikan kepada saya untuk membaca. Malahan dia pandai memilih buku di rak buku di mana saya sendiri tidak perasaan kewujudan buku tersebut dan sekarang menjadi buku kegemaran dia. Hampir setiap hari dia ambik dan bagikan pada saya utk di baca bersama2.

2. Dia tidak kesah pada mainan, dia juga tidak meminta mainan semasa di kedai, di pusat membeli belah dan lain2, tapi dia akan kata 'nak' pada  buku, biasa saya akan belikan sahaja. Biasanya semasa kami sekeluarga berjalan2 di Angsana, terdapat satu gerai kecil yang menjual 'ana muslim', selalu dia akan ambik buku di situ dan kata 'nak', Jadi saya akan beli, demi untuk beliau meminati buku. Satu lagi di sebelah ATM machine, terdapat satu kedai majalah, dan dalam kedai tersebut ada macam2, makanan(jajan), main2 kecik dan majalah, buku dlln. Tapi Anas tetap pilih buku.

3. Saya pernah susun satu kotak mainan dan sebelahnya rak buku yang baru beli, saya letak buku2 anas dan buku saya, tapi Anas lebih suka mengambil buku dari mainan.

4. Pagi bangun tidur pun dah ambik buku.

Harap Anas tetap meminati buku selamanya.