susahkan nak cari taska. Nak cari yang islamik tapi kadang2 nama aje ...cikgu dan pengasuh x pulak. Kalau ada yang betul2 islamik terlalu penuh dan pengasuh ada yang garang sangat..nak marah2 aje..bukan tak boleh marah tapi kalau anak-anak taska di kata rotan atau pukul rasanya tak sesuai.
Dulu tak pernah kena pukul dan rotan ke? selalu kena gak tapi memang bila dah besar jadi keras kepala dan keras hati. kalalu boleh nak elak nak pukul budak bawah tujuh tahun sebab mereka x betul2 faham arahan dan juga menurut banyak kajian kanak2 anak keras hati nak lagi nakal kalau selalu di pukul.
Kalau di UK dulu, memang kanak2 jarang dimarah mereka pulak jarang menangis di tempat awam, mungkin sebab cuaca sejuk dan mereka dilayan seperti puteri. dalam islam ada 3 peringkat membesarkan anak, 0-7 dilayan bak anak raja, 7-14 menjadi hamba kepada kita- maknanya kita dah boleh memberikan arahan dan menyuruh dan lepas 14 tahun menjadi kawan...
Bila membaca mengenai pekembangan otak bayi, sayang pulak kalau tak berikan pendidikan yang awal kepada mereka. taska skrg macam peralatan dan juga pelajar dah jadi ramai.Tapi ada juga ibubapa lain yang memilih Taska Pemata Raudatul Iman ini sebab memang banyak menekan islamik dan hafalan quran.
Dah 3 tahun, dah ada pilihan untuk hantar tadika..tapi tadika mana? kalau ada nak yang betul islamik tapi susah nak cari untuk budak 3 tahun.
Kenapa pulak nak tadika yang mula dgn islam dan al-quran sebab sebagai seorang islam aku memang nak jadikan anak aku seorang yang hafal al-quran. Skrg ini anas dah 2 tahun, aku memang ajar dia iqra dan alif ba ta tp tak pernah ajar secara formal number dan ABC tapi Anas dah tahu. di taska sebelum 2 tahun dia dah boleh kenal number dan skrg dah kenal ABC. sebab tu aku nak cari taska yang lebihkan kepada Al-Quran sebab al-quran adalah ilmu pertama yang aku nak anak aku kenal dan dengan kenal Al-Quran, aku rasa dia lagi terang hati untuk menerima ilmu2 lain.
Akrg aku ajar dia, a,i,u..kadang2 anas tak ikut pun aku cakap, tapi tiba2 dalm minggu lepas dia sebut a,i,u sampai sa..terkejut gak...
kalau di UK banyak playgroup di komuniti center dan kelas kindergarden di sekolah2 memang bermula dan usia 3 tahun. Tapi di Malaysia kalau 3 tahun dah hantar tadika macam pelik kan..hehhehe..tapi ada terbaca artikel di India, ibu bapa berebut hantar tadika bermula umur 2 tahun lagi.
Ya Allah bantulah dan berikan aku idea untuk menghantar Anas ke tadika mana?
Umur kanak2 taska biasa 0-3 tahun, mana tadika ada yang dah mula pada umur 3,4,5,6 tapi kebanyakan mengambil pelajar 5 dan 6 tahun.