Genius Qayum

Perjumpaan ibu bapa yang lepas, alhamdulliah dengan pencapaian Anas. Tapi di tadika Genius Qayum, lebih kepada akademik, tapi kandungan islam tidak dimasukkan langsung dalam kurikulum. Untuk umur 3 tahun hanya diajar, A-M (utk sem1) dan 1-5 (sem 1), shape (BI)..square, rectangle, star, oval and cicle...tapi memang tiada elemem IQRA dan lain-lain.

Tapi alhamduliah anas dah pandai doa makan dan bacaan Fatihah.

Cikgu dia kata, pencapaian anas mcm budak 6 tahun, sebab dia dah boleh kenal semua huruf (A-Z), nombor (1-10), baca suku2 kata..sebab ada juga diajar suku kata dalam B.Ingerris, spt, i, the, on..Memang dia tak perasan sebenarnya anas dah pandai membaca Buku Bacalah Anakku buku 1, apa yang berserak (terbitan PTS), ..dan beberapa perkataan BI  ..spt go (perasan dia baca dalam baju yang dipakai ada tulisan go), lego (perasaan bila ank sedara pakai baju, anas baca). Tapi ada juga kelemahan seperti bunyi huruf dan lain. Anas juga dapat tangkap huruf yang sama seperti A..apple dlm BI..tapi E..epal dalam BM..

Mungkin ini semua berkat ajar Quran awal pada anas. tapi sedih sebab anas tak belajar IQRA di tadika.

Kelemahan bila masuk sekolah ini, lagi susah nak ajar mengaji tapi senang sahaja kalau lagu kanak2 dia ikut, spt, nenek sebongkok 3, enjut2 semut, pecah telur dan cicak merayau.

Ya Allah mudahkan urusan aku mengajar anas mengaji...Ya Allah berikan aku petunjuk untuk hantar anas tadika yang lebih menekankan aspek agama dan hafalan Quran...dalam senarai Tadika Tahfiz Raudatul Iman, Tadika Darul Ilmu, PASTI, Tadika Iman...manalah nak hantar ini.


Perjuangan belum selesai

http://www.ukm.my/news/index.php/en/extras/1464-discrimination-against-hiring-of-malay-graduates-.html

Ini realiti di Malaysia, melalui pemerhatian semasa kerja sambilan di kilang (seperti SHARP dlln) semasa cuti semster, sebahagian bangsa cina senang aje naik. Saya pernah tanya, akak macam senang sahaja diorg lain, akak tu kata memang dia kata dalam bebarapa bulan, biasa mereka akan dinaikan di jawatan penyelia.

Satu senario yang di mana pengurus kilang (international kilang- Jepun) adalah cina yang berkelulusan SPM, walhal ramai melayu yang ada kelulusan ijazah malahan ada kelulusan dari luar negara.

Satu lagi yang menarik di kilang yang bertaraf antarabangsa ini, menawarkan gaji yang berlainan antara eksekutif cina dan melayu.