Bayi umur 2 tahun

Pada awal bulan Mac 2013, saya cuba menyusun semula jadual tidur Anas supaya tidur pada pukul 10.30 malam. Sebelum ini beliau ok, boleh tido awal tapi sejak awal tahun Anas semakin tido lewat, kadang2 jejak pukul 12 malam. Mungkin salah saya sebab kami tido depan TV. Jadi langkah awal kami perlu pindah semula tido di dalam bilik. Kira2 dalam kul 10 malam, saya telah memberikan amaran Anas sepuluh minit lagi kita gosok gigi untuk tido. Sebelum itu dia juga akan menangis sebab kehendaknya tidak dipatutnya seperti untuk menengok TV, tapi saya tetap bawak ke bilik. Kadang2 dia menangis juga awalpun telah matikan lampu dan gelap gelita. Tapi kali dia nak cuba berjalan juga walaupun telah gelap.

Pernah juga dia menangis hampir 3 jam, sebab lampu tak dihidupkan. Saya dah letih, saya nak gi dapur ambik air zam2 dan berikan dia minum dengan harapan dia akan ok. Tapi rupanya dia muntah. Setelah itu saya mandikan dan dia pun terus tido selepas itu.

Ada hari yang saya bawak ke padang permainan selepas saya ambik dia daripada balik kerja.

Tapi 2/3 hari sebelum wekend lepas, dia dah ok. tapi weken kami balik kg, jadi payah sikit sebab dia dah jumpa dgn sepupu dia dan sibuk nak main. Tapi alhamduliah malam tadi dia tido awal kul 8.30, mungkin sebab semalam keletihan sebab balik dari kg.



Harap2 selepas ini Anas dan ok. Sebenarnay dengan menyusun jadual yang tersusun untuk anak2, saya rasa hidup saya lebih senang dan tersusun, Jadi saya kena buat juga sebab saya dah biasa susun Anas sejak beliau dari bayi. Jadi saya tahu dia menangis utk apa..adakah untuk susu, makan dan lain.

No comments: