Mungkin
ada yang terfikir mengajar bayi adalah usaha yang sia-sia. Tapi tidak
apabila bayi umur 5 bulan dah pandai pilih kad imbas. Bayi umur 18 bulan
dan dah mula ikut 1/2 suku kata, terutama huruf hijayah yang saya rasa
memang mersa bayi. Dan banyak suku kata digunakan juga dalam bahasa
melayu sepeti na ma sa ya ja wa. Ma ka ta ka ka na ka la. Dan 18 bulan
dah ikut hujung perkataan. Saya sangat teruja apabila saya kira
perkataan dan suku kata anak saya yang akan masuk 2 tahun pada bulan
depan, sudah melebihi 60 suku kata atau perkataan. Di mana sepatutnya
anak 2 tahun hanya boleh menguasai 50 suku kata. Insyallah mula
pendidikan awal bayi adalah yang terbaik untuk anak-anak. Dia pun tak
tertekan sebab kena belajar sambil bermain. Skrg dia sebelum tido sambil
main dengan buku. Semalam baru pergi seminar mengajar bayi, mulakan
dengan pendedahan bayi kepada kuasa pendengaran mereka. Dengar Al-Quran,
Minum Al-Quran, Makan Al-Quran, Main Al-Quran dan Tidur Al-Quran. Ilmu
baru setakat ini Main dan Tidur Al-Quran. Anak adalah amanah Allah saya
hanya berusaha menjaga Amanah tersebut sebaiknya. Insyallah.
No comments:
Post a Comment