Hari ini semasa sedang memasak sup ekor, aku ingat aku dah mati dapur dan nak buka tudung periuk (guna pressure cooking- biasalah aku matikan dapur dulu). Setelah bersusah payah, aku pun bukak. Tiba2 meletup. abis satu dapur. Aku terus ke bilik ambik gel gamat dan sapu kat muka, panas ..Hanya Allah yang tahu. Dah lah aku kat rumah seorg2..aku berdoalah dalam hati. Aku nak sembahyang tapi aku tak pasti ada air sembahyang ke tak? aku gi bilik ambik tudung dan buat sujud syukur..dan berdoa kepada Allah....Hanya Allah tempat aku berserah ketika itu dan tawakal aku hanya padaNya..
kejadian dalam kul 6.30 petang..aku rasalah...masa tu aku tgh ambik kain, tak sempat pun aku nak bwk masuk kain tu...
Kemudian aku berbersih2kan dapur dan terasa muka panas, kejap aku lapkan muka..aku letak gel gamat, kemudian aku letak kicap, kemudian garam....bersihkan garam aku letak gel gamat lagi
Bila cik abg balik, aku cakap aku akan jadi si hodoh...aku lupa nak bagi gel gamat kat bwh muka ..laki aku tak hampir tak percaya..tapi ada kesan merah di bawah dagu...so skrg ini ada yang melecur (semasa catatan ini dilakukan..ianya dah melecur...di bahagian dagu) dan dengan kuasa Allah juga tempat lain hanya merah aje..
kemudian aku pun browser internet cari petua..mcm petua...
lepas tu aku ambik timun dan letakkan kat muka...rasa sejuk tak adalah panas sgt...
kemudian buka dgn kurma aje..tak ada selera aku nak makan. solat maghrib dan sambung kemudian sambung letak timun (ini petua aku cipta sendiri, ada yang kata letak air atau salurkan kat air sejuk dan yang kata jgn kenakan air..aku tawakal aje)...guna timun nak bagi sejuk...lagi pun timun baik utk muka...
lepas dah sejuk sikit aku cari lagi bahan kat internet..ada petua letak madu...kemudian aku makan sup ekor sikit..dan Aku gi ambik air sembahyang utk solat isyak..selepas isyak aku letak madu...betullah kurang sikit panas...semuanya dengan kuasa Allah...
skrg ini kul 12.36 pagi..aku tak tahu ok ke tak muka aku ini...tunggulah esok...cuma yang kat dagu aje yang dah melecur...
Ya Allah, engkau yang maha mengetahui atas setiap yang berlaku dan Allah yang maha berkuasa, berikan yang terbaik kepada ku dalam menghadapi apa yang berlaku, aku hanya mampu berdoa dan berserah kepadaMu selain itu, permudahkan urusan aku utk balik ke Malaysia pada hari jumaat ini.
6 comments:
salam
akak.. sabar ye. semoga akak sembuh di tempat melecur tu. semoga selamat balik ke Malaysia.
Ya Allah K Yati...
Terkejut sy dengar... harap2 akak cepat sembuh dan takde yg serius..
InsyaAllah sy doakan perjlanan akak puling ke M'sia dipermudahkan..
Salam kak yati..
Semoga cepat sembuh, insyaAllah
sakina
Terima Kasih Irtiyah, Ita dan Sakina. Baru balik dr GP and Dr kata ok dah tak perlu letak apa2..
Thanks
assalamualaikum...
baru baca cerita ni...kesian yati,tak apa dugaan dibulan ramadan tu. semoga cepat sembuh.
Ya Allah tak tahu pun...
Patutlah kak yati nak gi GP ari tu, tak tertanya lak kenapa...iskk sori..
semoga berbahagia di Malaysia dan selamat pulang kembali nanti, inshaAllah...
Post a Comment