Klinik kerajaan ke swasta

Peninglah kepala fikir. Hari tu dah decide nak bersalin kat kerajaan sebab ada masalah uri kat bawah, darah tinggi (tak makan ubat tapi kena monitor) dan kencing manis (pun sama kena monitor dulu).

Hari tu ada jangkitan kuman, alhamdulliah dah makan anti-botik dah ok.

Kepada kawan-kawan boleh bagi cadangan, mana lebih baik bersalin di hospital kerajaan ke swasta.

3 comments:

mak encik | SZ said...

as salam kak,

alhamdulillah saya selamat melahirkan ketiga-tiga anak di hospital swasta,
tetapi anak kedua saya ada masalah pernafasan selepas lahir terus dihantar&dirujuk ke NICU hospital kerajaan kerana hospital swasta tu tak cukup/lengkap peralatan.

pendapat peribadi saya, penting tengok bajet/peruntukan/ongkosnya ...
kelebihan hospital swasta dari segi servis/layanan je la kak...ehehee

peralatan/fasiliti hospital kerajaan sebenarnya lebih bagus/canggih...tentang kos takde masalah...lagi pun akak pun keje gomen kan.

walaubagaimanapun bergantung kepada pilihan akak&family pilih yang mana. :)

Aryati Bakri said...

Salam... sz,

Boleh tanya kenapa pulak anak 3 bersalin ke swasta balik?

mak encik | SZ said...

assalam kak,
ehee.. #3 pun di swasta juga sebab dah biasa check up di hospital tu & mmg dah dijadualkan untuk bersalin melalui pembedahan (bayi songsang)

:)