Pengalaman saya kalau utk 3/4 jam, ok, lps tu kita pam balik. Saya selalu mengepam sebelum gi kerja dalam kul 9 pagi, dan terus pergi kerja. Saya tidak mengepam di tempat kerja. Kul 1 tgh saya bergegas balik ke rumah utk menyusu dan mengepam susu utk petang pulak. Biasanya anak saya minum sebelah dan sebelah saya akan pam. Dapat 2/3 oz. Lps tu dlm kul 2 saya balik semula utk kerja dan balik kerja kul 5 ptg, tapi kalau saya nak elak sesak di jalan saya perlu balik 5-10 minit awal, dapatlah saya tepat kul 5 sampai rumah. Kalau saya dr office kul 5, alamak kul 5.30lah saya samapi rumah. Di sebelah malam baru saya bagi anak saya menyusu badan dan sekali lagi saya akan mengepam. Biasanya malam saya guna pam elektrik, dapatlah 4/5oz. Saya rasa kalau 3-4 jam tidak mengepam masih ok, cuma kadang2 rasa penuh sikit. Walaupun tak banyak tapi saya berazam hendak menyusu badan sepenuhnya sebab saya rasa ianya yang terbaik. Anak saya kadang2 2 oz oun tak habis, tapi kadang 4oz boleh sekali minum, tapi buat masa skrg saya buat 2 oz utk simpanan/stok. Anak saya juga lelaki yang baru berusia 6 bulan. Memandangkan saya pun mendapat anak di usia hampir 40an, saya guna peluang ini sebaiknya sebagaimana cadangan dalam Islam.
Doakan semoga saya dapat menerusi menyusu badan secara eksekutif selama yang mungkin.
Bila dah ada anak?
Apa pulak soalan, bila dah ada anak. Apa perasaan? Aku sebenarnya nak jawab tapi aku takut yang jawapan aku terlalu berat. Pengajaran yang aku dapat ialah semuanya ketentuan Allah (Qada dan Qadar). Anak juga anugerah dan ujian daripada Allah. Takut juga tak mampu mendidik menjadi insan soleh yang bakal membantu di akhir nanti tapi bukan itu juga tujuan utamanya..tapi bagaimana menjaga amanah Allah sebaiknya dan mengaja ujian anak yang diberikan anak. Menurut pendapat sendiri, membesarkan anak agak senang, semua anak yang normal akan membesar secara semulajadi tapi untuk mendidik mereka menjadi insan yang terpili oleh Allah itulah ujiannya. Takut gagal di mana-mana peringkat terutamanya di zaman remaja di mana ibu bapa hilang kawalan dan mudah terpengaruh oleh kawan2.
Pengalaman aku membesar sebagai seorang remaja, cukup mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya.
Tapi aku kena berdoa dan bergantung sepenuhnya dengan Allah.
Ujian 11 tahun menunggu kelahiran insan istimewa ini mungkin sudah cukup untuk aku belajar dan belajar.
Skrg kul 4 pagi, tapi si kecik ini tak nak tido pulak, biarlah dia main sendiri. Bagi susu tak nak. ALhamduliah aku masih lagi memberikan susu badan sepenuhnya. Pencarian ilmu tentang penyusuan sepenuhnya pun cukup penting.
Ya Allah, bantu dan berikan aku kekuatan untuk mendidik anak-anak aku ini. Hanya Engkau tempat aku memohon perlindungan.

Subscribe to:
Posts (Atom)