YA Allah, engkaulah yang maha berkuasa dan berikan kami kekuatan. Ya ALlah, lindungilah Anas drp sakit dan berikan kesihatan yang terbaik buat Anas dan juga mendapat tumpangan Taska yang terbaik utk Anas.
Mula hantar rumah orang, Anas jadi takut dan asyik menangis selepas orang tu ambik budak baru.
Kemudian di Taska, asyik demam pulak.
hantar rumah orang, masalah lain pulak, anak dia kena kudia buta pulak, Anas pun dah berjangkit.
Sebab anas sakit, terpaksalah cik abag yang jaga..lama gak adalah dalam sebulan. Nasib baik gak ayahnya business sendiri...alhamdulliah..adalah alternatif nak jaga anas, kalau kecemasan.
Skrg hantar balik anas di Taska....ari ni masuk hari ke tiga...Alhamdiulliah..ada perubahan positif
1 day - menangis, pagi tak nak susu tapi diorg bagi guna sudu, alhamduuliah petang dah nak minum guna cawan yang ada straw dan pagi dah tido
2 day - menangis masa hantar tapi dia org nangis kejap aje...dah minum susu, makan dan petang pun nampaknya dah tido sebab masa aku ambik dia sdg tido
3 day - masa hantar, dia menangis degn seorang pengasuh, org tu kata Anas ok dgn Cik Wa, tunggulah cik Wa, alhamduuliah..Anas dah ok dgn cik Wa..hanya menangis manja aje...
Ptg ini, kena tanya jadual makan Anas di Taska sebab esok dah nak cuti.