Semalam cuti jaga Anas

Kalau anak2 sakit nak hantar Taska pun tak sampai hati. Sikap anak yang suka masukkan semua benda dalam mulut kot yang menjadi punca kena sakit. Ya Allah, engkau hilangkan sikap Anas yang suka masukkan semua benda dalam mulut.

Semalam nampak dah ok, ada tu sekali minum susu 9oz dan dia nak lagi, buatkan juga lagi 9oz, Alhamdulliah dah ok, tak muntah lagi,

Tapi petang semalam tak nak makan. Nak kena jaga waktu makan dia memang susah betul.

Cuma malam tadi dia muntah sebab menangis semasa ayahnya keluar, rasanya dia jolok jari. kalau merajuk suka jolok jari.

Tadi kul 5, baru susu. Alhmaduliah ok.

Tido pun dah x bunyi sangat. Patutlah selama tido mcm orang mendengkur dan susu tak boleh lebih 6oz, kalau tak memang muntah. BAtuk siang agak kurang, tapi batuk di waktu malam, dan susu di waktu pagi selalunya diikuti dengan muntah. Harap2 lepas ini oklah. Ya Allah, engkau lindungi anak aku ini, dia terlalu kecil untuk menghadapinya semua, bantulah aku juga untuk menjadi ibu yang bertanggungjawab untuk menjaga amanah ini.

oklah dah azan subuh. Wasalam

No comments: