Anas di Genius Qayum

Assalamualiakum...

Semalam Anas dan Nani dah masuk ke Taska Raudatul Iman.

Alhamduliah semuanya ok.

Kenapa yang keluar dari Genius Qayum, kalau nak cari tadika yang english medium tapi bukan yang islamik bolehlah, Tadika ini tak ada mengaji utk umur 3 tahun tapi hanya kenalkan huruf apabila masuk 4 tahun. Lebih kepada akademik biasa bukan islamik.

Di taska raudatul iman, ada doa pagi, sebelum balik pun ada doa. Ada solat, ada kelas mengaji..walaupun keadaan agak daif, tapi terpaksa diteruskan sebab nak dulukan ilmu islam dari ilmu2 dunia yang lain-lain.


Genius Qayum

Perjumpaan ibu bapa yang lepas, alhamdulliah dengan pencapaian Anas. Tapi di tadika Genius Qayum, lebih kepada akademik, tapi kandungan islam tidak dimasukkan langsung dalam kurikulum. Untuk umur 3 tahun hanya diajar, A-M (utk sem1) dan 1-5 (sem 1), shape (BI)..square, rectangle, star, oval and cicle...tapi memang tiada elemem IQRA dan lain-lain.

Tapi alhamduliah anas dah pandai doa makan dan bacaan Fatihah.

Cikgu dia kata, pencapaian anas mcm budak 6 tahun, sebab dia dah boleh kenal semua huruf (A-Z), nombor (1-10), baca suku2 kata..sebab ada juga diajar suku kata dalam B.Ingerris, spt, i, the, on..Memang dia tak perasan sebenarnya anas dah pandai membaca Buku Bacalah Anakku buku 1, apa yang berserak (terbitan PTS), ..dan beberapa perkataan BI  ..spt go (perasan dia baca dalam baju yang dipakai ada tulisan go), lego (perasaan bila ank sedara pakai baju, anas baca). Tapi ada juga kelemahan seperti bunyi huruf dan lain. Anas juga dapat tangkap huruf yang sama seperti A..apple dlm BI..tapi E..epal dalam BM..

Mungkin ini semua berkat ajar Quran awal pada anas. tapi sedih sebab anas tak belajar IQRA di tadika.

Kelemahan bila masuk sekolah ini, lagi susah nak ajar mengaji tapi senang sahaja kalau lagu kanak2 dia ikut, spt, nenek sebongkok 3, enjut2 semut, pecah telur dan cicak merayau.

Ya Allah mudahkan urusan aku mengajar anas mengaji...Ya Allah berikan aku petunjuk untuk hantar anas tadika yang lebih menekankan aspek agama dan hafalan Quran...dalam senarai Tadika Tahfiz Raudatul Iman, Tadika Darul Ilmu, PASTI, Tadika Iman...manalah nak hantar ini.


Perjuangan belum selesai

http://www.ukm.my/news/index.php/en/extras/1464-discrimination-against-hiring-of-malay-graduates-.html

Ini realiti di Malaysia, melalui pemerhatian semasa kerja sambilan di kilang (seperti SHARP dlln) semasa cuti semster, sebahagian bangsa cina senang aje naik. Saya pernah tanya, akak macam senang sahaja diorg lain, akak tu kata memang dia kata dalam bebarapa bulan, biasa mereka akan dinaikan di jawatan penyelia.

Satu senario yang di mana pengurus kilang (international kilang- Jepun) adalah cina yang berkelulusan SPM, walhal ramai melayu yang ada kelulusan ijazah malahan ada kelulusan dari luar negara.

Satu lagi yang menarik di kilang yang bertaraf antarabangsa ini, menawarkan gaji yang berlainan antara eksekutif cina dan melayu.

Kinestatik kanak-kanak yang suka bergerak kalau belajar

1. Tampal flash card atau poster di dinding, mintak anak sebut atau di peringkat awal kita tunjuk pada anak, dan sebut sekali, dan mintak dia sebut jugak.
2.  Tampal file plastik di dinding, guna cara yang sama dengan 1. Tapi boleh tukar muka surat mengaji setiap hari.
3. Main sembunyi2 kan, bunyikan, mintak anak ambik dan sebut bunyinya lagi.
4. Buat belon dan tulis huruf hijiriah dan mintak anak pilih belon tersebut.
5. Buat flash card dan tampal dengan kartun atau sesuatu yang disukai anak, jadi masa nak mengajar ajak anak " jom mengaji dengan 'ben10' ke upin dan ipin.
6. Masukkan flash card dalam file dan dalam file ada kertas plastik untuk masukkan fotostat mengaji dari buku. Contohnya fotostat buku Al-Furqan, letak dalam plastik file,  kedan luarnya tampal karaktor kesukaan anak seperti kartun.
7. Guna flash card dan buku, dan gunakan anak patung untuk anak pulak yang ajar mengaji. Ini kalau kes anak tunggal. contohnya ajar anak, cuba anas ajar kucing mengaji.
8. Kotak beracun.
9. Bowling dengan kotak2 segiempat sama dan ditampal dengan huruf. Kemudian minat anak langgar dengan kereta atau bola, dan mintak ank ambik kotak yang jatuh dan sebut huruf tersebut.Minatak anak susun kotak smabil sebut,
10. Tampal kad di kereta.
11. Selit kad dalam kocek.
12. tampal kad di badan dan lambung anak untuk ambik kad, dan sebut.
13. Main larikan, sambil2 tunjuk flash card.
14. main blok huruf, boleh buat lori, kereta, rumah dlln.
15. Masukkan semua kad, dalam kotak, goncang2 dan mintak anak pilih kad dan sebut.
16. puzzle, boleh bermain  dengan anak, anak boleh buat sendiri atau main bahagi 2 dan main bergilir2.
17. tampal sticker kecil pada dinding, kertas atau buku. Contohnya dalam buku deria seperti tampal kakiku di bahagian kaki.
18. tulis huruf2 hijiriah dalam kotak.


Jenis-jenis kad
1. huruf tunggal.
2. bunyi huruf
3. kad al-furqan
4. kad imas khadijah
5. buat sendiri kad dari buku
6. Kad yang guna sukukata

Mengaji dapat pahala

Anas sepetang bersama video Al-Furqan, lepas maghrib ayah dia nak tukar TV, tiba dia kata " mengaji dapat pahala"


rawatan IUI

Dr Mohanraj Krishnasamy
Hospital KPJ, Jln Abdul Samad, JB

7.4.2014
Pergi untuk berrunding dngan dr. Caj yg dikenakan
Cons - 60
Pro - 50
Admin -8
Lab (test darah) - 58
Pharamacy - 480. 96

Jumlah 656.95

5.5.2014

Hari ke dua datang bulan. Buat test darah dan scan bawah.

Cons - 60
Pro - 50
Admin -8
Lab (test darah-2 org) - 159
Pharamacy (femara)- 115

Jumlah 392



5 minit sehari

5 minit sehari


Anak ada insan istimewa dan tidak semua memilikinya. Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengan mudah lepas setahun dapat lagi satu. Ada yang tiada langsung. Ada yang tunggu lama sehingga berbelas tahun. Tapi kenapa? Dalam Al-quran,…semuanya ujian dan tanda orang yang bersyukur kepada Allah. Tapi setelah ianya lahir, anak adalah insan yang sangat comel, tapi apa yang telah aku berikan sejak lahir, susu, makan, mandi dan keperluan lain. Pernah tak terfikir untuk memberikan pengisian rohani sepert i mengaji, membaca dan lain-lain. Tak apalah mereka kecik lagi. Tapi setelah anak 5 atau 6 tahun, aku mula bising sebab anak aku tak fokus nak belajar? Pernah terfikir apa aku bagi pada anak kecik ini. Tak mampukan aku luang 5 minit untuk bersama anak kecil ini untuk mengaji dan membaca. Bayangkan selama 5 tahun anak ini tidak didedahkan dengan buku, membaca, tiba-tiba nak suruh diam membuat kerja sekolah. Tiada ke perasaan kasihan ke?. Jadi kalau kasihan luangkan masa 5 minit sehari untuk mengaji dan membaca bersama anak ini. Tahukah aku otak anak kecil ini umpama span yang boleh menyerap semua ilmu. Tapi tahukan aku ramai juga anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah dengan masalah pembelajaran yang sukar. Statistik yang memeranjatkan dan merisaukan ialah setiap 1 dari 5 kanak-kanak sekarang akan mengalami masalah pembelajaran di mana ianya dianggarakan hampir 20% dari jumlah penduduk. Sayangilah anak kecil anda dengan meluangkan masa 5 minit sejak dari kandungan, lahir dan masih anak tatih, bersama-sama anak ini untuk mengaji. Kenalkan mereka dengan ilmu sejak dalam kandungan. Sibuk kan aku sehingga tiada masa walaupun 5 minit untuk anak ini. Kita hanya usaha tapi hasil serah kepada Allah. Semoga usaha kecil ini dapat membantu anak mencintai ilmu.

Pengalaman bersama Taska Raudatul Iman

Anas mula masuk pada umur 10 bulan. Biasalah mula2 demam, batuk dan selsema dlln..tapi bila dah besar ok sikit. Aku suka sebab suka hati nak datang kul berapa. Lepas tu taska tu agak senyap aje..tak pernah dengar suara pengasuh terjerit.

Taska ke rumah pengasuh

.ikut masing2..mula2 hantar rumah pengasuh, tiba dalam 9 bulan dia menjerit2..dr keluar rumah..sampai berhenti2 nak pujuk dia...rupa2 pengasuh ambik budak baru..umur dlm 6 thn..cuma kat rumah pengasuh ini..agak tak tahan sebab anak2 diaorg suka dgn anas dan asyik menyakat dan anas suka mengigau2..tapi berhenti sbb menangis2 tak nak pergi...last2 cari taska tapi kata nak cuba seminggu..oklah dlm perjalanan tak nangis...cuma masa nak tinggal dia menangis..so pindahkan ke taska..taska lebih selesa nak menyusukan tengahari...sebab semua org pekerja kan...lagipun tghari ramai bayi2 yang tido..sbb akan menyusukan tghari..anas x nak susu sgt kat taska..jadi ptg nak balik pun susukan dulu baru balik rumah..hihihii...tapi taska masalah sakit..masa gi ke pakar puteri..doktor pakar  kata klu anak dah biasa dgn suasana di taska..mcm org kg nanti dia jadi lasak..dia kata masa di taska atau di tadika atau mula sek..akan berhadapan dgn anak sakit..sbb tidak biasa dgn mcm org..tapi kasihan kan kecik2 dah sakit2.. sebenarnya masa2 kerap sakit pindah ke rumah org juga ...tapi anak org tu kena kudis pulak dan jangkit kat anas..last2 masuk taska balik...tapi alhamdulliah sejak pindah ke tadika (3thn), ini so far tak pernah mengahadpi masalah anak sakit... x pernah lagii demam, kalau ada batuk dan selsema sikit..tapi pilihan sendiri ye...tapi ada taska yang concern pasal demam dia tak bagi hantar..ada kwn hantar anak dia..jadi kuranglah jangkitan penyakit...

Anas di Tadika Genius Qayyum

Alhamduliah semuanya dah ok setelah 3 bulan sekolah. Biasalah mula-mula menangis tak nak masuk sekolah. Bulan kedua bolehlah masuk sekolah dengan tenang kalau teacher ani yang kat depan pintu. Alhamdulliah, bulan ini dah tidak kesah siapa ambik kat pintu, jadi aku dah boleh lalu aje tak payah hantar. Minggu pertama mula hantar awal sebab ada kawan kata sebelum kul 8.00 pagi, jadi dari rumah kul 7.30 pagi tapi tengok anas menangis2 dan ramai juga hantar lambat, jadi mulalah keluar rumah kul 8.00. Minggu lepas, minggu paling lambat, siap kena kunci lagi..hihihih..sebenarnya mak dia yg malas nak gi pagi2.

alhamdulliah, pergi pagi pun dah senang. Sebelum ini, nak pakai baju sekolah pun tak nak..adalah 2/3 kali pakai baju biasa. Semalam bunyi juga nak gi Taska balik..Dulu anas di Taska Raudatul Iman.

Tak kesah anas di Taska dan tadika mana-mana pun. Janji dia happy.

 Aku kata aku memang akan teruskan anas di Tadika Genius Qayyum sebab susah nak cari tadika 3 tahun yang Islamik. Tapi ramai x ambik budak 3 tahun dah..biarlah aje..SABAR..tunggu samapi 5 tahun kot baru cari Tadika lain.

Sebab pasal akademik tak risau sangat sebab aku dah ajar Anas dari kecik, yang asas dah boleh lah..nombor dah kenal, baca dan boleh, eja nama sendiri pun dah boleh, mengaji dah boleh..yang best malam tadi..dia kata "esok mengaji lagi ye"..hihihihi..nampak dia dah suka mengaji...

Skrg buat plan baru..lepas maghrib..1 m/s al-barqy ..malam al-furqan mula balik ms1 buku 1...

Terima Kasih Allah...

Perkongsian di FB

Assalamualaikum...anak saya lelaki berusia 3 thn..dah masuk tadika.pesan dgn dia klu nak kencing...ckp dgn teacher..tp dia kata teacher marah....saya nak buat mcmana....nak bincang dgn cikgu ke tak.......dah 2 minggu jd mcm ini..klu saya buat pemerhatian di hujung minggu...memang dr pg sampai tgh dia tak kencing....risau gak..sbb anak saya di tadika dr kul 8 pg hingga 5 ptg,,kadang2 sampai kul 6...