Menjadi pensyarah baru balik

...Mungkin ramai beranggapan yang tempoh berkhidmat diambil kira dalam kenaikan pangkat atau gaji di dalam kerajaan. Hakikat ianya sudah tidak relevant lagi. Selepas balik dari menghabiskan pengajian, saya memohon kenaikan pangkat. Alhamdulliah dapat tapi masalah gaji yang ditawarkan adalah serupa dengan pensyarah baru. Al-maklum lah skim pensyarah yang baru sekarang, bermula dengan tutor dan apabila balik dgn PhD akan ditawarkan DS51, di mana gajinya adalah sama dengan DS52. So skrg ini saya adalah pensyarah baru. Terdapat banyak isu dalam kes ini.

Saya rasa pihak majikan hanya anda akan dikira sebagai pensyarah setelah mendapat PhD.

Pengajaran kepada yang ingin menjadi pensyarah sebaiknya menyambung pengajian PhD secepat mungkin. Jika tidak mungkin anda akan di anak tirikan oleh majikan anda.

No comments: