Cuti bersalin yang rasmi ialah 3 bulan. Alhamduliiah, bagi aku memang cukup-cukup untuk rasa pulih sepenuhnya sebab mungkin dah berumur untuk bersalin anak pertama, setelah tanya adik-beradik lain mereka sakit hanya sekejap.
Kemudian tambah lagi sebulan, daripada cuti rehat tahunan. Tapi rasa masih tidak cukup untuk memulihkan penyakit buasir yang dialami selepas bersalin hari itu. 2 kotak jamu (Nona Roguy dan Herba Kencana) telah aku makan tapi tiada kesan dari segi buasir. Makan pun dan jemu berdiet..segala bentuk diet telah aku lakukan, sebab tak boleh makan pedas. Dah hampir sebulan mencuba Herbalife. Telah beberapa kali ke doktor, yang terakhirnya doktor menyarankn untuk membuat pembedahan. Semalam aku mencuba produk HPA pulak. Aku dah cuba 2 minggu diet tanpa nasi. Masa berpantang aku hanya makan bubur sahaja dan aku dah sambung sebulan selepas itu. Skrg aku tak makan nasi dan hanya makan buah2an, herbalife sahaja. Tapi masih juga berdarah dan juga sakit kalau duduk. Kena banyak berdoa dan bertawakal, hanya Allah yang menguji kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Cawan
Salah satu kegemaran ialah membuat kuih atau apa2 resepi macam kek ke guna cawan. Malas nak timbang2. Semalam dapat jumpa satu blog yang banyak resepi guna cawan. Masa nak salin resepi utk beli barang esok tiba2, hilang pages tersebut. Gabra sekejap. Jumpa pun balik. Ini website http://izahdaut.blogspot.com/search/label/Muffin
Sedang nak mencuba muffin pulak.
Sedang nak mencuba muffin pulak.
Air kelapa dan mengandung
Semasa mengandung saya mengalami masalah uri di bawah. Melalui carian di internet ada yang menggunakan air kelapa. Antara percaya atau tidak, jika jumpa kelapa saya beli dan minum airnya. Mungkin kebetulan atau kenyataan, pada minggu ke-34, uri telah naik semula ke atas.
Kemudian, seminggu sebelum saya ditentukan untuk melakukan pembedahan (minggu ke-38), saya telah membeli stok kelapa untuk seminggu. Ini kerana sebelum itu, saya menefon bidan untuk urut selepas bersalin nanti dan menasihatkan minum air kelapa supaya mudah bersalin. Kul 7 petang, saya telah merasa tanda2 untuk bersalin, sedangkan saya sepatutnya dibedah pada jam 7 pagi pada keesokkan harinya. Antara tanda yang terus saya kena pergi hospital ialah keluar darah dan lendir. Saya mula merasai sakit perut sejak pukul 4 petang. Alhamdulliah proses bersaloin menjadi mudah, daripada dijangkan untuk bedah tapi saya dapat bersalin dengan normal. Saya pergi ke hospital jam 8 malam dan terus di masukkan di bilik bersalin. Selamat bersalin jam 12 malam.
Selain daripada memudahkan bersalin, air kelapa juga ada kebaikan seperti bayi tidak mempunyai kerak di kepala dan juga mempunyai kulit yang cantik semasa dilahirkan.
Selain usaha-usaha, boleh juga dengan menambah doa kepadaNYA, seperti untuk masalah uri di bawah, boleh menambahkan masa semasa bersujud atau mungkin ditambah2 dengan amalan solat2 sunat.
Amalan makan sunnah yang bagus di amalkan semasa mengandung ialah kurma dan kismis.

Subscribe to:
Posts (Atom)