Cuti

Cuti bersalin yang rasmi ialah 3 bulan. Alhamduliiah, bagi aku memang cukup-cukup untuk rasa pulih sepenuhnya sebab mungkin dah berumur untuk bersalin anak pertama, setelah tanya adik-beradik lain mereka sakit hanya sekejap.

Kemudian tambah lagi sebulan, daripada cuti rehat tahunan. Tapi rasa masih tidak cukup untuk memulihkan penyakit buasir yang dialami selepas bersalin hari itu. 2 kotak jamu (Nona Roguy dan Herba Kencana) telah aku makan tapi tiada kesan dari segi buasir. Makan pun dan jemu berdiet..segala bentuk diet telah aku lakukan, sebab tak boleh makan pedas. Dah hampir sebulan mencuba Herbalife. Telah beberapa kali ke doktor, yang terakhirnya doktor menyarankn untuk membuat pembedahan. Semalam aku mencuba produk HPA pulak. Aku dah cuba 2 minggu diet tanpa nasi. Masa berpantang aku hanya makan bubur sahaja dan aku dah sambung sebulan selepas itu. Skrg aku tak makan nasi dan hanya makan buah2an, herbalife sahaja. Tapi masih juga berdarah dan juga sakit kalau duduk. Kena banyak berdoa dan bertawakal, hanya Allah yang menguji kepada sesiapa yang dikehendakinya.

2 comments:

nurhanzs co said...

Salam Kak...
Bawak banyak2 bersabar yer..
Buasir mmg amik masa yg lama utk baik.. Slps 3 thn bsalin sy masih susah buang air + bdarah.. 4 thn ok sket sbb dah tak bdarah but still phobia bila kena pi toilet..Alhmdulillah thn ke-5 baru sy rasa lega.. Thn ke-6 pegnen semula dan alhmdulillah takde masalah tu. Teruskan minum banyak2 air + mkn serat..

iu rf said...

semoga cpt sembuh kak ati...
bykkan minum air koson..
sy pn mhdapi mslh buang air bsr,tp ble minum air koson byk alhamdulillah kurang sket sakitnya..

insyaallah, semoga cpt sihat kak..