Air kelapa dan mengandung

Semasa mengandung saya mengalami masalah uri di bawah. Melalui carian di internet ada yang menggunakan air kelapa. Antara percaya atau tidak, jika jumpa kelapa saya beli dan minum airnya. Mungkin kebetulan atau kenyataan, pada minggu ke-34, uri telah naik semula ke atas.

Kemudian, seminggu sebelum saya ditentukan untuk melakukan pembedahan (minggu ke-38), saya telah membeli stok kelapa untuk seminggu. Ini kerana sebelum itu, saya menefon bidan untuk urut selepas bersalin nanti dan menasihatkan minum air kelapa supaya mudah bersalin. Kul 7 petang, saya telah merasa tanda2 untuk bersalin, sedangkan saya sepatutnya dibedah pada jam 7 pagi pada keesokkan harinya. Antara tanda yang terus saya kena pergi hospital ialah keluar darah dan lendir. Saya mula merasai sakit perut sejak pukul 4 petang. Alhamdulliah proses bersaloin menjadi mudah, daripada dijangkan untuk bedah tapi saya dapat bersalin dengan normal. Saya pergi ke hospital jam 8 malam dan terus di masukkan di bilik bersalin. Selamat bersalin jam 12 malam.

Selain daripada memudahkan bersalin, air kelapa juga ada kebaikan seperti bayi tidak mempunyai kerak di kepala dan juga mempunyai kulit yang cantik semasa dilahirkan.

Selain usaha-usaha, boleh juga dengan menambah doa kepadaNYA, seperti untuk masalah uri di bawah, boleh menambahkan masa semasa bersujud atau mungkin ditambah2 dengan amalan solat2 sunat.

Amalan makan sunnah yang bagus di amalkan semasa mengandung ialah kurma dan kismis.

1 comment:

Anonymous said...

TQ sis for sharing..Saya prgnt 3 bulan, baru hr ni terjumpa blog sis..dah add kat list favourite..hehe TQ, kalau ada info ape2 lagi share lah ye..comel sgt bby anas..:)