Anas dan buku IQRA

Alhamduliah, hari ini berhasil. Anas nampak aku ambik fail putih yang mengandugi nota-bota Al-furqanA (buku 1) yang aku dah fotostat dan masukkan dalam plastik, dia dah bersorak..heeeyy....nampak dah gembira nak belajar IQRA. Dapat 2 baris aje dia ikut utk mukasurat pertama buku IQRA a, ba., dia dah tak fokus dan dah tengok sana dan sini. Tapi aku teruskan aje  (maknanya..aku baca seorang...sampai abis m/s pertama dia pulak dan sibuk nak pindah2 ke m/s lain). Walaupun dia macam tak memberikan tumpuan, tapi aku yakin dia dengar..sebab dari semasa ke semasa tiba2 dia akan bunyi a,ba, a,

Lepas tu, biarkan dia main...agak2 1/2 jam kemudian,   aku buat pulak kat Buku Al-Furqan, dia ikut, ma, tapi bila sampai a, nampak gambar ayam, dah sibuk ayam, ayam pulak. Betul juga gambar ini dia jadi gangguan nak belajar. Sebelum nak tidoka dia, dia bukak komputer pulak, bukak little reader kejap, dapat 2 sesi pembelajaran tak ingat sesi mana, rasanya 3 dan 4. Lepas tu, matikan komputer sebab bateri pun nak habis, dia menangis pula  nak a, ba, jadinya bukak ajelah fail kejap..ajar a..ba..kejap aje pun...

Semalam belajar flash kad BM guna komputer, kemudian bukak komputer tengok kat youtobe, tapi dia pandai pilih, semua yang dipilih ialah a...ba..nasib baik banyak video yang serupa. Agak penting untuk kita memilih jenis video dari awal supaya dia minat dan suka jadinya dia akan pilih video yang dia b iasa dan suka sahaja. Aku rasa nak upload aje vidoe.

Agak mencabar juga nak ajar bayi, nak tukar dari flash card ke buku, pun satu cabaran. Tapi saya baca blog orang lain pun sama gak..terutamanya anak lelaki. Skrg anak berumur 2 tahun 2 bulan. Aku target by next month dia dah boleh fokus utk baca guna buku IQRA dan Al-fiurqan (buku 1)


No comments: