Anas dan demam
Anas demam bermula pada 5 September hari tu. Betul lepas raya, dah aku pun kena masuk kerja. Dgn aku sekali MC adalah. Sebab aku pun demam juga. Mula pergi klinik panel aje, dia bagilah ubat demam, batuk dan selsema. Aku pun batuk dan selsema tak baik, seminggu lepas tu gi pakar puteri, biasalah dr kata alahan, dapat ubat macam biasa. Aku mintak dr cek Anas sekali, dia kata sama mcm aku juga alahan. Jadinya dr bagi ubat anti-biotik dan satu lagi ubat. 2/3 hari lps tu baik. Tapi kemudian datang balik. Aku pun mencari bahan di internet, ramai mencadangkan tidak elok bagi antibiotik untuk bayi bawah 6 bulan. Dan untuk batuk dan selsema tak payah makan antibiotik. Antibiotik hanya utk serangan bakteria (contohnya demam). Tapi selsema dan batuk hanya serangan virus yang akan baik dgn sendirinya. Aku pun risau sebab dah 3 minggu Anas batuk dan selsema tak baik. Aku ada pergi klinik panel lagi, sebab Anas mengalami ruam yang teruk selepas balik kampung. Lps tu aku bagi tahu selsema dan batuk dia tak baik. Dr bagi ubat lagi. Adalah aku bagi sekali. tapi tak baik2 gak. Aku pun usaha cari laternatif lain. Aku tanya kwn, dia biasa bagi madu. Aku pun cuba, tapi masa tu aku bagi petang, malam tu Anas panas lagi, aku pun tuam dan bagi daun bunga raya. Tapi malam esoknya lepas maghrib aje demam lagi. Aku terpaksa suruh cik abg beli paracetomal dan terus bagi. Alhamdulliah demam dah ok. Keesokannya aku bagi lagi madu tapi kali hanya setitik aje di waktu pagi selepas Anas bangun tido. Alhamdulliah setelah 3 hari, batuk dan selsema dah berkurangan. Aku tak tahulah nak terus bagi madu ke tak? Tapi kalau aku nampak dia batuk atau selsema lagi. Aku bagi. Pagi tadi pun aku masih bagi. Ubat2 dr yang terakhir tu, aku hanya bagi sekali saja. Sebab ada juga pendapat bayi bawah 6 bulan atau setahun tidak elok diberi ubat batuk atau ubat selsema. Aku yakin dalam Islam madu adalah terbaik, jadi aku bagi ajelah madu, sambil selawat dan berdoa kepada Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment