Aku ada menulis mengenai aku mengalami buasir selepas bersalin. Jangka masa untuk baik ada pelbagai. Dalam kes aku adalah dalam 6 bulan setelah puas menjaga makan. Aku tak boleh makan pedas langsung. Kalau makan, kadang2 sakit perut sangat (orang kata sakit perut macam nak bersalin). Aku cuba juga produk tertentu tapi yang paling berkesan dalam kes ialah produk HPA. Dalam HPA, ada 3 set, pil, teh dan krim. Tapi masa beli krim dah abis stok. Aku hanya makan pil sahaja. Beli teh dia tapi tak masuk tekak nak telan. Oleh itu aku makan pil sahaja. Alhamdulliah tidak habis sekotak dah baik. 4/5 kali juga sebelum tu dah ambik ubat drp doktor tapi berkesan utk 2/3 hari sahaja lepas tu datang balik.
Kali terakhir aku makan pedas dan terus sakit perut ialah masa raya, lepas tu aku terus makan nasi, dgn telur goreng dan kicap aje. Itulah makanan aku walaupun masa raya. Masa beraya rumah saudara mara kami beraya ramai2 jadinya tak perlukan aku minum dan makan yang disediakan. Air bergas juga perlu dielakkan.
Alhamduliah skrg dah baik sepenuhnya dan boleh makan pedas balik. Boleh membuang seperti sebelumnya tanpa ada apa2 masalah. Petua aku hanya elak kan makan pedas.
cabaran kalau makan pedas ialah kalau balik kg. Susah nak makan, semua orang masak pedas2 apa lagi kalau menggunakan cili kering aku memang kalah. tapi kadang nak jaga hati ambik juga, tapi lps tu tangguh sendirilah kesakitannya. Sekali tu, aku terpaksa buka puasa sebab sakit yang amat sangat.
1 comment:
kak amik ubt hpa yg mne. ficus ke?
Post a Comment