Sejak raya aku rasa mengalami kekurangan susu yang ketara. Masa puasa oklah, susu cukup2 aje. Tapi kalau dah raya, makan macam2 tapi susu kurang juga. Puaslah makan yang sebelum ini utk mendapatkan stok susu semula. Ini kerana semasa cuti raya, mengalami 'black-out', habislah stok2 susu. Selalu makan sawi menjadi, ini tak ..lobak putih pun tak jadi juga.
Aku biasa berguru dgn internet, jadi mencarilah bahan di internet. Rupanya bahan2 yang ada kafein boleh mnegurangkan susu dan juga ais krim. Jadi aku terus tak minum apa minuman berkafein seperti teh, kopi dlln.
Alhamduliah dalam minggu lepas susu dah banyak semula dan boleh simpan stok susu. Yang paling best dah beli eletrik breat pump, so boleh pump lama sikit walaupn hasilnya tidaklah seberapa tapi tangan tak lenguh sangat.Sejam utk dapatkan 4 oz. Tadi tghari balik, nak cepat, guna manual dapat 2 oz dalam masa 5 minit. Selalunya banyak tu juga. Sebelum ini pun guna manual aje. Tapi dgn adanya breast pump yang elektrik dan rasa penuh stok susu, malam boleh perah dgn anggarannya dalam 4oz. Semalam aje dapat simpan 3 botol. Oklah buat stok.
Anas skrg dah mula makan bubur nasi. Hari tu bagi seminggu sekali (dalam 2 minggu). Minggu ini nak buat 3 hari sekali.
No comments:
Post a Comment