Cantiknya ketentuan Allah

Rupanya Allah menyediakan wadah yang cantik untuk kita. Doa mak untuk anak-anak semasa di dunia antara paling makbul. Sebab itu, syurga di tapak kaki mak. Bila mak telah tiada di dunia, rupanya doa anak-anak terus sampai kepada mak dan bapaknya. Cantiknay ketentuan Allah. Kepada yang ada mak dan anak-anak, jagalah Amanah Allah sebaiknya untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Hukum Sedeqah Pahala Amalan Kepada Si Mati

http://www.zaharuddin.net/content/view/184/90/

Hukum Sedeqah Pahala Amalan Kepada Si Mati

Oleh

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Apakah hukum seseorang menghadiahkan pahala amalan ibadahnya kepada orang mati iaitu seperti membaca al-Fatihah buat si mati dan seumpamanya, tidak kira samada dari kalangan ahli keluarganya atau selainnya..adakah pahala tersebut sampai kepada si mati ?

Jawapan :

Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-

1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.

2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.

3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.

Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-

a- Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-

1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.

2- Doa & istighfar.

3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah :-

a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )

b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )

c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya" ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain)

Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :

* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).

* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani ( w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha ( w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).

Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-

1) Ijma' , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir.

2) Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.



b- Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah' semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -

* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

1) ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))

Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )

2) ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))

Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )

3) Hadith Nabi SAW

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)

Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.

Imam ahmad mengatakan :

" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "

Ertinya : Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)

Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : " sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh samapi kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)

Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.

Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.

Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.... Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)

Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar. Wallahu'alam.
Mengenai ketentuan Wasiat, Islam membatasi wasiat dalam hal orang yang dituju dan dalam hal besarnya wasiat. Seseorang yang masih hidup tidak diizinkan untuk memberikan wasiat kepada ahli waris yang mendapat bagian warisan, tetapi dibolehkan untuk berwasiat kepada orang di luar ahli waris yang menerima bagian warisan. Banyaknya harta yang diizinkan untuk diwasiatkan pun dibatasi hanya sampai 1/3 (sepertiga) bagian dari seluruh harta, karena wasiat melebihi jumlah sepertiga akan menzhalimi (merugikan) para ahli waris yang berhak atas harta warisan itu sehingga harus atas izin seluruh ahli waris. Sabda Rasulullah SAW, “Sepertiga itu sudah banyak,”. Hal ini berbeda dengan hukum waris buatan manusia (seperti dalam Kitab Undang-Undang Hukum Perdata Barat) yang memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pemberi wasiat dalam berwasiat harta, jadi tidak membatasi besarnya wasiat.

maklumat http://www.vhrmedia.com/Pembagian-Warisan-Menurut-Hukum-Islam-konsultasi1189.html


Mewasiatkan harta kepada ahli waris adalah tidak sah mengikut hukum syarak walaupun tidak melebihi 1/3 atau dengan keizinan ahli waris yang terlibat. Diriwayatkan dari Said Bin Abi Waqas r.a bahawa dia pernah bertanya dalam sakitnya "Ya Rasulallah saw, bahawa hartaku banyak dan tidak ada yang diwarisi harta itu kecuali anakku yang perempuan, bolehkah aku mewasiatkan hartaku semuanya ?". Rasulallah saw menjawab:"Jangan. Dia bertanya lagi." Kalau dua pertiga bagaimana?. Baginda menjawab."Jangan.Aku bertanya lagi."Bagaimana kalau 1/2?. Beliau menjawab," Jangan.Aku bertanya lagi, "Sepertiga?. Baginda menjawab."Ya boleh dan sepertiga itu banyak.Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam kemiskinan meminta-minta kepada manusia."
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/calculator/sifarbi.nsf/602233a70762c39948256eda003beb31/$FILE/sistem%20pesaka%20islam%20portal.pdf

Syarat Wasiat

1. Memenuhi tuntutan syariat
2. tidak diwasiat kepada ahli waris
3. tidak mewasiatkan sesuatu yang haram
4. tidak melebihi 1/3 harta si mati (urusan jenazah, dan hutang si mati)
Bahagi Pusaka Samarata



Pandangan Islam - Harta Pusaka

Surah Al-Nisa

Di dalam surah al Nisa’ ayat 11-14 bermaksud: “Allah mensyariatkan bagimu tentang (pemberian pusaka untuk) anak-anakmu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk kedua ibu bapa, masing-masing satu perenam daripada harta yang ditinggalkan; jika yang meninggal itu mempunyai anak, jika yang meninggal itu tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (saja), maka ibunya mendapat satu pertiga, jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara ibunya mendapat satu perenam sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat dan sesudah dibayar hutangnya. Orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak tahu siapa di antara mereka yang lebih dekat manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Dan bagimu (suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak, Jika isterimu mempunyai anak maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat dan sesudah dibayar hutangnya.

Isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak, maka isteri memperoleh seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat dan sesudah dibayar hutangmu. Jika seseorang mati baik lelaki atau perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak tetapi mempunyai seorang saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu, maka bagi masing-masing daripada kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara seibu itu lebih daripada seorang maka mereka bersekutu dalam sepertiga, sesudah dipenuhi wasiat dibuatnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat kepada ahli waris. Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai syariat yang benar dari Allah.

Hukum itu adalah ketentuan Allah. Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan besar. Dan barang siapa yang menderhaka Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-Nya, Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan baginya seksa yang menghinakannya.

Perkara ini tidak memerlukan tafsiran kerana ia sudah jelas. Menyeru supaya hukum faraid ini ditafsirkan semula membawa erti meminda ayat hukum diturunkan Allah. Apatah lagi apabila kita mengatakan undang-undang itu ketinggalan zaman. Ia amat jelas mencabul kesucian al-Quran itu sendiri.

sumber dr http://peguamsyarie.org/?p=511

Pendidikan dalam Islam

PROF. DR. SIDEK BABA [1/6]


PROF. DR. SIDEK BABA [2/6]


PROF. DR. SIDEK BABA [3/6]



PROF. DR. SIDEK BABA [4/6]


PROF. DR. SIDEK BABA [5/6]


PROF. DR. SIDEK BABA [6/6]

Ulasan buku Prof Kamil

Beliau dibesarkan dalam sistem pendidikan negara yang telah berubah. Sekolah rendah dan menengah telah ada segenap tanah melayu dan menyambung pelajaran di MRSM. Sekolah yang telah diwujudkan untuk membantu orang-orang Melayu. Pastinya ramai yang mendapat kebaikan dengan wujudnya sekolah asrama penuh dan MRSM.

Beliau juda sangat meminati bidang penulisan yang memudahkan beliau menyiapkan tesis dalam tempoh 32 bulan (selepas viva dan selesai PhD). Tempoh sebenar untuk penyelidikan ialah 24 bulan. Beliau tidak menghadapi masalah dengan penyelidikan dengan penyelia dan lain-lain. Saya melihat kelebihan beliau dr segi penulisan dan kemahiran bersosial memberikan kelebihan kepada beliau.

Beliau skrg merupakan Pengarah UiTM Johor (Segamat). http://muhdkamil.net/kehidupan/

Ulasan buku Prof Sidek

Beliau mempunyai semangat yang sangat kuat. Dengan sistem pendidikan tidak menyembelahi orang-orang Melayu pada masa itu. Beliau terpaksa menaiki basikal sejauh 45 batu utk pergi ke sekolah menengah. Dengan penggunaan BI di sekolah menengah menyebabkan beliau banyak tertinggal dalam pelajaran. Hanya semangat, beliau meneruskan pengajian sehingga LCE. Kemudian pekerja sebagai guru dan menyambung pengajian master di USA dan kemudian mendapat tawaran biasiswa dr Kementerian Pelajaran untuk menyambung pengajian di peringkat PhD.

Kagum dengan semangat beliau telah menghabiskan PhD selama 3 tahun (walaupun di US biasa mengambil masa 5 tahun- 2 tahun kelas dan 3 tahun penyelidikan). Penulisan tesis dilakukan selama 7 bulan sahaja.

Beliau juga aktif dengan kerja-kerja dakwah sepanjang hayat beliau (insyallah) kecuali menghentikan semua aktiviti selama 7 bulan (tumpuan untuk menyiapkan penulisan tesis) dan meninggalkan anak dan isteri di Malaysia untuk tempoh tersebut (7 bulan).

Sekarang beliau telah pencen dan menjadi pensyarah kontrak di UIA.

Antara koleksi penulisan beliau:
http://drsidekbaba.blogspot.com/
Subsidi makan
July 15th, 2009 (http://muhdkamil.net/kehidupan/)

Hari ini Prof Kamil bercerita tentang subsidi makanan UiTM dan ITM. Untungnya mereka. Kami di UTM, tiada kemudahan macam itu. Kami perlu berjimat cermat untuk menanggung perbelanjaan makanan. Masa tahun 1 (tanpa biasiswa), terpaksa makan sekali sehari (untung masa tu hanya RM1.++) utk sekali makan. Biasa makan dalam kul 11++ untuk menampung sarapan, tghari dan malam. Masa Tahun 2 di KL, kadang-kadang makan petang dengan RM1.00 (untuk separuh nasi goreng). Nasiblah makcik tu baik, bagi beli separuh aje. Biasiswa setelah ditolak segala yuran, biasanya tinggal 600utk 6 bulan (sebelum semester akan datang). Dengan duit RM600 inilah, digunakan utk makan, belanja buku, peralatan untuk assigment dan belanja lain-lain. Walaupun cuti akhir semester akan balik kg, tapi tak ada juga duit belanja sebab adik beradik ramai 12 orang dan hampir semua masih kecil2 (adik ada 8) dan masih bersekolah. Ayah hanya bekerja kampung dengan gaji yang tidak menentu. Mak biasa menolong menambah pendapatan dengan menoreh getah. Menamam sayuran, lada (kadang2 utk keperluan sendiri) dan jika berlebihan kami akan jual.


Dengan latar belakang saya, saya memang tak setuju kouta bumiputra dihapuskan dan juga penggunaan BI di sekolah atau universiti. Ianya akan menutup peluang orang-orang yang miskin seperti kami. Aku rasa di luar saya ramai lagi anak2 yang miskin seperti keluarga kami..lihat dalam TV3. Silap2 ada yang tidak percaya.

Remarks: Kekayaan dan kemiskinan dalam Islam adalah ujian Allah.

Mencari semangat yang hilang

Skrg sedang membaca Prof Dr Sidek Baba (2007),Seteguh tekad, Alaf 21, Kuala Lumpur

dan

Muhd Kamil Ibrahim (2004) PhD kecil tapi signifikan, UiTM, Kuala Lumpur
Sains, Matematik dalam bahasa Melayu mulai 2012
08/07/2009 2:50pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan kebangsaan akan diajar dalam bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan Kabinet itu berkata, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Katanya, pelaksanaan bermula secara bertahap iaitu bagi tahun satu, tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat.

Perubahan dasar itu bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi.

- Utusan
Fatal shooting 'was gang-related'

Three men are being treated in hospital
A man has died and three others have been injured in what police have described as a gang-related shooting in Sheffield.

South Yorkshire Police said the man, who has not been named, was shot dead in Brunswick Street, in the Broomhall area of the city, on Wednesday night.

The three other men were taken to hospital for treatment.

Police said the shooting was an "isolated and targeted attack" involving two groups of people.

Ch Supt Paul Broadbent, who is leading the investigation, told a news conference he believed the shooting to be gang-related.

Mr Broadbent said Sheffield did not have a higher rate of gang-related crimes than other cities.

He said people had come forward with information about the incident but he was still appealing for witnesses to contact police.

One of the injured men is said to be in a serious but stable condition.

The other two suffered less severe injuries and were taken to the minor injuries unit at the Royal Hallamshire Hospital.

The unit was closed on Thursday morning while police carried out investigations there but it has reopened.

di ambil dr BBC http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/south_yorkshire/8129801.stm