Subsidi makan
July 15th, 2009 (http://muhdkamil.net/kehidupan/)
Hari ini Prof Kamil bercerita tentang subsidi makanan UiTM dan ITM. Untungnya mereka. Kami di UTM, tiada kemudahan macam itu. Kami perlu berjimat cermat untuk menanggung perbelanjaan makanan. Masa tahun 1 (tanpa biasiswa), terpaksa makan sekali sehari (untung masa tu hanya RM1.++) utk sekali makan. Biasa makan dalam kul 11++ untuk menampung sarapan, tghari dan malam. Masa Tahun 2 di KL, kadang-kadang makan petang dengan RM1.00 (untuk separuh nasi goreng). Nasiblah makcik tu baik, bagi beli separuh aje. Biasiswa setelah ditolak segala yuran, biasanya tinggal 600utk 6 bulan (sebelum semester akan datang). Dengan duit RM600 inilah, digunakan utk makan, belanja buku, peralatan untuk assigment dan belanja lain-lain. Walaupun cuti akhir semester akan balik kg, tapi tak ada juga duit belanja sebab adik beradik ramai 12 orang dan hampir semua masih kecil2 (adik ada 8) dan masih bersekolah. Ayah hanya bekerja kampung dengan gaji yang tidak menentu. Mak biasa menolong menambah pendapatan dengan menoreh getah. Menamam sayuran, lada (kadang2 utk keperluan sendiri) dan jika berlebihan kami akan jual.
Dengan latar belakang saya, saya memang tak setuju kouta bumiputra dihapuskan dan juga penggunaan BI di sekolah atau universiti. Ianya akan menutup peluang orang-orang yang miskin seperti kami. Aku rasa di luar saya ramai lagi anak2 yang miskin seperti keluarga kami..lihat dalam TV3. Silap2 ada yang tidak percaya.
Remarks: Kekayaan dan kemiskinan dalam Islam adalah ujian Allah.
No comments:
Post a Comment