Ciptaan Allah

Manusia diciptakan dari tanah
Jin dan Syaitan dr api
Malaikat dr cahaya...

semalam baca terjemahan Al-Quran..baru dapat info
Haiwan dr air

Al-Quran sumber ilmu yang unggul. Matlamat Ramadan tahun ini nak habiskan terjemahan Al-Quran.

Puasa di Sheffield

Pada hari pertama puasa bersahur pada jam 3.00 pagi sebab imsak dalam kul 4.00 pagi. Kemudian berbuka dalam kul 8.30 malam. Kalau di tanahair mesti mati kutu yang tunggu berbuka. Tapi masa di sini tak terasa sangat di samping cuaca yang sejuk dan nyaman. Kemudian petang kerja dan balik dalam kul 7.00 baru nak masak. Alamak hari ini tak keluarkan lauk pulak. oohh hari ini ada buka beramai-ramai di rumah Dato' bandar tapi rasanya tak dapat join. Semalam masak best sikit, ayam percik (resipi myresipi..resipi pasar malam). Best gak...abis seekor makan 3 orang. Semalam ada tetamu.

Skrg dah lewat sikit boleh makan lagi dalam kul 4.20 dan buka 8.20. Cepatkan perubahan masa di UK ini.

Renew Passport di London

Tuesday, August 25, 2009

Hari ini bangun kul 2 pagi utk pergi ke Meadhall pada jam 3 pagi. Mlm tadi call teksi, tak ada yang nak hantar atau ambik penumpang pada awal pagi. Naik bas megabus ke London pada jam 3.45 sepatutnya tapi rasanya bas sampai dalam kul 4.00 dan sampai london dlm kul 7.00++. Dalam keadaan mamai turun dr bas sebab tido (rasa mcm tak betul aje nak jalan)..Cari toilet kat coach station..yang ada ialah unisex. Cari public toilet tak jumpa..last2 jumpa toilet dan train station.

Lepas tu terus jalan kaki ke Pejabat Kastam (nama full name rasa Malaysia High ...lupa lah...eheh) di London. Sampai2 kat situ ada 1 keluarga sedang menunggu. Mereka dr Succexx. Kami pun dok membaca sampailah buka dalam kul 9 pagi. Sampai2 kena basuh tangan, ambik no, fotocopy IC, isi borang, ambik gambar dan gi ke kauter nak buat passport. Kejap aje siap...lepas tu kami (pergi dgn kawan)...blur nak cari arah tujuan, last2 cari tourist information center, tanya central mosque kat london, diorg bagi peta dan tunjuk naik bas apa..kami keluar balik dan fikir mcmana nak gi...kalau jalan kan tak larat sebab puasa..lastnya masuk balik kat tourist information center untuk beli tiket bas (ambik daily...muarh jugak..baru 3.80 aje). Kami gilah gi lonodn mosque utk rehat dan tido. Masuk2 nampak kedai buku, tengok2 lepas tu..terus naik atas dan tido. sebelum zohor bangun dan bersiap2 utk solat zohor dan solat berjemaah..nampak ramai jugak para jemaahnya.

Lps tu keluar nak gi kastam semual untuk ambik passport (kul 3)..kami keluar dlm kul 2 rasa awal sgt ami pun turun dr bas dan jalan2 ...dapatlah beli sourveninor sikit..beli kat area2 Madan Tuduse...(tak pernah masuk pun...heheh).kemudian naik bas dan pusing keliling nak cari pejabat kastam semula. Last2 jumpa selepas bertanya dengan orang. Sampai dlam kul 3.15...tak lama lepas tu ...dapatlah ambik passport...dan cari bas ..gi ke MSD ...cari makanan utk bwk bekal untuk buka puasa dalam bas. Naik bas dalm kul 6 dan sampai sheffield dalam kul 10 malam. Balik rumah makan ayam percik, sedap jugak...heheh..

Research method

http://www.socialresearchmethods.net/kb/analysis.php

Correlation test

Pening pulak kepala, tak boleh correlation test sebab data yang sedikit.

RAE and Publication

Kepada Bapak Yang Paling Disayangi

Aku tak tahu
Kenapa sejak semenjak
Ini aku sentiasa merinduiMu
Tapi jarak memisahkan kita
Semoga Allah mempertemukan kita
Minggu terakhir Ramadahan
Bagaimana agak Ramadan tapi
Isteri buat Bapakku
Dan Ramadan tanpa
Emak buat
Kami 12 beradik
Orang yang paling terasa
Kehilangan
Pastinya
Bapak
Nurul
Daus
Wati dan
Udin, Anak sedara yang kecil mungkin tak mengerti apa-apa

Bagaimana Raya tahun ini
Tanpa Emak
Air Mata dah nak mengalir..
Ya Allah, engkau berikan kekuatan kepada aku, bapak,12 adik-beradik aku,
Ampun semua dosa emak aku dan bebaskan dr seksaan kubur, mudahkan di padang mashyar
dan dimasukkan syurga firdaus bersama2 orang yang beriman.

IVF Harapan Baru Pasangan Mandul

IVF Harapan Baru Pasangan Mandul

Rasa sedih, rendah diri dan tertekan sering membelenggu pasangan yang masih belum mempunyai anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Masalah ini lebih sarat bersarang dalam jiwa wanita lantaran ia sering dijadikan alasan suami mencari orang baru.

Suami pula janganlah cepat menyalahkan isteri sebelum anda berdua menjalani pemeriksaan kesuburan; walaupun ramai lelaki agak berat hati untuk diperiksa — bimbang masalah itu berpunca daripada mereka.

Isu anak tidak seharusnya menjadi punca rasa rendah diri, tertekan atau keretakan rumah tangga kerana perkembangan teknologi perubatan kini mampu membantu anda mengatasi masalah ini.

Persenyawaan In-Vitro

Antaranya ialah Teknologi Reproduktif Bantuan (ART) iaitu kaedah alternatif yang boleh membantu pasangan mendapatkan zuriat. Teknik ART yang paling popular ialah persenyawaan in-vitro (IVF, iaitu persenyawaan luar rahim).

Desakan naluri untuk memiliki anak sendiri jugalah menyebabkan ada sesetengah pasangan sanggup membeli telur wanita lain untuk disenyawakan secara IVF sebelum dimasukkan ke dalam rahim isteri walaupun terpaksa membayar harga yang mahal.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana negara kita mempunyai pelbagai teknologi perubatan terkini yang mampu membantu pasangan mendapatkan anak sendiri dan lebih penting ia sah di sisi agama.

Pasangan yang ingin mempunyai anak hendaklah membuat perancangan rapi dan menjalani rawatan sewajarnya terutama bagi mereka yang berkahwin lewat.

Masalah anak bukan hanya terletak pada perempuan. Ada ramai lelaki yang tidak mempunyai sperma langsung dalam air mani mereka. Bagaimanapun, perkara ini masih boleh dibantu dengan menjalani biopsi testikular iaitu pengambilan sperma dari buah zakar kerana ada kes sperma terhalang di sini.

Sperma yang diambil dari buah zakar boleh menghasilkan anak yang sihat dan sempurna. Masalahnya, kebanyakan lelaki takut sakit dan ini menyebabkan ramai tidak mahu bekerjasama sedangkan wanita sanggup dibedah demi mendapatkan anak.

Syarat-syarat IVF

Pendermaan ovum hanya dibenarkan di kalangan pasangan bukan Islam (pasangan berkenaan mesti disahkan tidak ada benih langsung dan harus menjalani sesi kaunseling). Teknik IVF yang dibenarkan bagi pasangan Islam mestilah menggunakan sperma suami dan ovum (telur) isteri sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang Islam.

Pun begitu, bagi pasangan yang ingin menjalankan IVF juga tertakluk pada syarat tertentu seperti bilangan sperma suami terlalu sedikit (kurang 15 juta/ml), saluran tiub fallopia isteri tersumbat, ketidaksuburan yang tidak dapat dikesan (pada suami dan isteri), tiada anak selepas tiga hingga lima tahun berkahwin, isteri atau suami menghidap barah dan jalani rawatan kemoterapi serta rumah tangga bahagia.

Wanita juga perlu menjalani beberapa pemeriksaan dan jika didapati menghadapi masalah kualiti telur dan telur mempunyai kerak tebal dipanggil zona pellucida, maka teknik pengeraman bantuan (assisted hatching) akan digunakan bagi mengeluarkan kerak ini sebelum telur dimasukkan ke dalam uterus.

Bagi pasangan yang mempunyai simpanan embrio dalam bank embrio tetapi sudah bercerai, suami atau isteri meninggal juga wajib memaklumkan pusat kesuburan untuk embrio berkenaan dimusnahkan kerana mengandung selepas bercerai atau kematian pasangan adalah melanggar etika. Bahkan embrio pasangan Muslim juga tidak boleh didermakan atau dipindahmilik.

Pre-Implantation Genetic Diagnosis (PGD)

Saintis telah memperkenalkan teknologi IVF terkini yang dipanggil Pre-Implantation Genetic Diagnosis (PGD), iaitu teknik yang membolehkan analisis genetik dilakukan ke atas sel embrio sebelum dipindahkan ke dalam uterus wanita. Tujuannya untuk membuat penyaringan kecacatan kromosom ke atas wanita yang menghidapi penyakit keturunan, memilih embrio yang normal dan mengelakkan penyakit genetik seperti Sindrom Down, Patau, Edward atau Klinefelter.

Kaedah PGD lebih cepat dan selamat yang membolehkan proses pemeriksaan sel embrio dilakukan menggunakan pancaran laser bagi menggantikan penggunaan asid Tyroid dalam teknik IVF.

Bagaimana IVF dan PGD Dilakukan?

Secara ringkasnya, IVF bermakna persenyawaan telur (yang diambil daripada isteri) dan sperma dilakukan di dalam makmal membentuk embrio. Embrio ini kemudiannya akan disuntik masuk ke dalam rahim isteri untuk membesar sebagai janin.

Peratusan kejayaan mendapat anak melalui kaedah IVF adalah lebih tinggi berbanding hubungan kelamin terancang atau IUI. Pasangan melebihi umur 35 tahun lazimnya disaran menjalani rawatan IVF kerana wanita kehilangan beribu-ribu biji telur secara mendadak setiap bulan.

Pakar akan mengambil 8 hingga 20 biji telur (atau sebanyak mungkin telur yang dihasilkan ovari dalam bulan berkenaan dengan bantuan hormon) untuk disenyawakan. Lebih banyak telur, kemungkinan untuk ada simpanan embrio bagi kegunaan di masa depan lebih tinggi. Ini dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu melalui proses IVF lagi.

Untuk proses PGD, pakar akan mengambil satu sel daripada embrio dipanggil blastomere untuk dianalisa. Ada beberapa faktor yang menyukarkan proses PGD tetapi masalah utama biasanya membabitkan lapisan kulit embrio yang terlalu tebal untuk pakar embrio mengambil sel blastomere berkenaan.

Biasanya, dinding embrio yang mempunyai enam atau lapan sel dinipiskan (secara melarutkan) menggunakan larutan asid Tyroid. Dalam teknik PGD, ia digantikan dengan cahaya laser. Penggunaan cahaya laser kurang risiko berbanding asid Tyroid kerana embrio tidak terdedah terlalu lama dalam persekitaran berasid yang boleh menjejaskan kualiti embrio. Malah, proses pengambilan sel blastomere juga dianggarkan 80% lebih cepat berbanding penggunaan asid.

Embrio akan dipegang menggunakan pipet khas dan diperiksa menggunakan micromanipulator. Lapisan zona pellucida (kulit luar embrio) yang sudah dinipiskan akan ditebuk dengan pipet khas dan satu sel diambil untuk pemeriksaan mikroskopik atau biopsi. Pengambilan sel ini tidak merosakkan embrio. Embrio kemudiannya akan dicuci dan dimasukkan segera ke dalam inkubator. Melalui sel blastomere inilah pakar embrio boleh menentukan embrio berkenaan benar-benar berkualiti dan mempunyai kromosom yang normal.

Malah, melalui biopsi ini juga pakar boleh memilih jantina anak serta mengenal pasti sebarang ketidaknormalan genetik (untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai penyakit genetik atau keturunan). Proses yang sama akan diulang kepada beberapa embrio lain.

Selepas keputusan diperolehi (dalam tempoh empat hingga enam jam), embrio yang paling sihat akan dipilih dan disuntik ke dalam uterus ibu untuk perkembangan janin seterusnya. Embrio lain akan disimpan sehinggalah ia diperlukan kelak.

Bagaimanapun, tidak semua negara bersetuju menggunakan teknik ini, malah Australia contohnya mengenakan syarat ketat kepada pasangan kerana ada sesetengah saintis berpendapat kaedah ini melanggar etika perubatan lantaran pakar embrio boleh memilih jantina anak sedangkan ia jelas bertentangan dengan pegangan semua agama.

Oleh kerana prosesnya yang rumit, maka kos untuk menjalankan PGD jauh lebih mahal berbanding kaedah IVF konvensional yang menelan belanja sekitar RM10,000 hingga RM15,000. Justeru PGD hanya disyorkan kepada pesakit yang mempunyai masalah genetik saja.

Biar apapun alasannya, pasangan yang tidak mempunyai anak kini mempunyai pilihan yang lebih baik untuk menyambung zuriat dan menceriakan kehidupan mereka. Soalnya, pasangan haruslah bersedia bekerjasama dan paling penting, biarlah kaedah yang diambil berpadanan dengan kehendak agama.

Jalani ujian kesuburan apabila :

** Masih tidak dapat anak selepas setahun berkahwin bagi pasangan berumur di bawah 35 tahun.

** Isteri masih tidak mengandung selepas enam bulan berkahwin (pasangan melebihi 35 tahun).

** Lelaki berpoligami tetapi tiada anak dengan isteri kedua.


http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/04/ivf-harapan-baru-pasangan-mandul.html

Ten things every Microsoft Word user should know

Ten things every Microsoft Word user should know
http://generaldisarray.wordpress.com/2006/04/14/ten-things-every-microsoft-word-user-should-know/

Dr Zaini penerima termuda Anugerah Merdeka 2009

Dr Zaini penerima termuda Anugerah Merdeka 2009
Oleh Nik Sukry Ramli
niksukry@bharian.com.my





Tokoh dipilih bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik

KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Zaini Ujang menjadi penerima termuda Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik yang diumumkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Tan Sri Mohd Hassan Marican, di sini semalam.

Kolumis Berita Harian itu adalah penerima sulung anugerah kategori berkenaan selepas tiada individu menerimanya dalam edisi pertama Anugerah Merdeka, tahun lalu.



Mohd Hassan berkata, pemilihan Zaini dibuat berdasarkan kajian dan sumbangan beliau dalam pengurusan bekalan air, saliran, pemuliharaan sungai dan ekologi bidang industri.

"Selain menjadi Naib Canselor termuda pada usia 44 tahun, Zaini turut terbabit secara langsung sebagai penasihat teknikal dalam rundingan tuntutan Selat Tebrau antara Malaysia-Singapura, perunding utama program pemulihan sungai di Johor Bahru dan Felo Institut Kejuruteraan Kimia, United Kingdom.

"Beliau sudah mendaftarkan 20 harta intelek yang dimiliki bersama dengan pelajarnya dan mengkomersialkan enam daripadanya yang kini digunakan di seluruh dunia.

"Lebih 200 hasil kajian, 14 buku dan 1,000 artikel mengenai alam sekitar dan bidang pengajian tinggi dihasilkan beliau diterbitkan dan kini menjadi rujukan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara," katanya pada Majlis Pengumuman Penerima Anugerah Merdeka 2009, semalam.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Hugh W Thompson; Ahli Jawatankuasa Penamaan, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin, Datuk Dr Mikaail Kavanagh dan Tan Sri Dr Augustine Ong dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Mohd Hassan turut mengumumkan Tun Dr Fatimah Hashim dan Datuk Lim Phaik Gan sebagai penerima bersama Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti bagi menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan hak wanita, manakala Prof Dr Halimaton Hamdan menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi atas kejayaan beliau membangunkan dan mengkomersialkan Maerogel yang kini digunakan di seluruh dunia.

"Selepas Jawatankuasa Penamaan dan Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Merdeka meneliti senarai calon yang ada, keputusan muktamad diambil dan tiada terpilih untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Alam Sekitar dan Sumbangan Ulung kepada Rakyat Malaysia tahun ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sekretariat Anugerah Merdeka, Datuk Khalid Mohd, berkata anugerah tahun ini menarik apabila Tun Dr Fatimah dipilih sebagai penerima bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

"Tahun lalu, anak beliau, iaitu Prof Datuk Dr Khalid Kadir menerima anugerah untuk kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi dan edisi 2009 ini, beliau sendiri dipilih menerima anugerah berprestij bagi kategori Pendidikan dan Komuniti," katanya.

Memohon kemaafan samada disengajai atau tidak

Assalamulaikum...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saya juga ingin memohon seribu atau sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri samada tersilap dalam bentuk lisan, perbualan, tulisan email atau di blog, perbuatan dan juga makanan. Halalkan dan maafkan semuanya. Semoga Ramadhan ini, mendapat keberekatan dan diringan oleh Allah untuk melalukan ibadah dan ikhlas keranaNya.

Wasalam...

Kita Di Era Dajjal

Kita Di Era Dajjal 1


Kita Di Era Dajjal 2


Kita Di Era Dajjal 3


Kita Di Era Dajjal 4


Kita Di Era Dajjal 5

Kiamat Begitu Hampir

Kiamat Begitu Hampir 1


Kiamat Begitu Hampir 2


Kiamat Begitu Hampir 3


Kiamat Begitu Hampir 4

Motivasi

Hari ini, buat kerja kat lab. Tiba2 terdengar mat salleh berborak. Seorang kata, lambatnya nak tulis. kemudian kawan dia jawab kalau dia lambat 2/3 hari. dia mungkin akan siap PhD dalam masa 2/3 tahun lambat. Motivasi yang dapat dikutip semasa di lab hari ini.
Salam...

kita boleh berubah dan bentuk anak2 dr kecik demi kebaikan..insyallah..kita berusaha...Allah yang maha berkuasa untuk memberikan segalanya..mungkin cara dan pendekatan orang melayu terutamanya kena betulkan ...hehehe...

sekadar luahan yang bangsa kita jauh ketinggalan. Saya adalah lahir dr generasi pertama yang mendapat pendidikan formal di peringkat tinggi. Ayah dan mak akak sendiri tak bersekolah. Mungkin ada pengalaman mereka yang kita boleh diambil tapi mungkin ada kemajuan dari luaran yang kita boleh ambik dan boleh digunakan untuk memajukan ummah di masa akan datang. Kami dari 12 adik beradik, tapi hanya 5 orang yang masuk universiti..mungkin persekitaran yang tidak konduksif....insyallah 2 lagi masih di peringkat undergraduate..Hanya saya seorang yang memyambung pelajaran hingga ke peringkat sarjana (Barulah..perasan ..banyak benda yang mungkin boleh dikongsi untuk anak2 sedara..bukan untuk bangga diri tapi untuk memberikan mereka motivasi untuk belajar bersungguh2, berjaya kerana Allah). Mungkin orang lain..boleh berfikir untuk lihat ke hadapan dan ke belakang..apa yang kita boleh lakukan...

Pernah tak kita terfikir..zaman kita tak perlu buat mcm ini..mcm tu...contohnya..mak kita tak pernah tekankan pun pasal aurat dan solat ke? Tapi tu zaman mak kita...zaman anak2 kita mesti lain...dan yang paling penting kita dah dapat kesedaran..

Dr segi pendidikan melayu di Malaysia juga..bermula dengan bolehnya orang Melayu membaca, kemudian menjadi cikgu. Sekitar tahun 70an, universiti2 diwujudkan yang antara tujuan utama ialah memgambil sistem kerajaan yang telah dikuasai oleh Cina dan English (kesan dr penjajahan dan English memang memberi peluang yang banyak kepada Cina..spt mewujudkan sekolah2 di bandar..yang lebih menguntungkan orang Cina)..

Secara peribadi, tujuan utama dasar pendidikan tahun 70an telah tercapai, skrg majoriti orang Melayu menguasai sektor2 yang dipegang oleh kerajaan. Cuma di antara kelemahan orang Melayu adalah untuk memasuki pasaran kerja di peringkat international..mungkin disebabkan masalah bahasa. Ini lah anak-anak generasi akan datang akan mampu dan mempunyai daya saing untuk memainkan peranan di peringkat antarabangsa..Insyallah...Melayu telah membuktikan dr tidak pandai membaca kepada menjadi professional dan Insyallah generasi akan datang akan menguasai CEO2 syarikat besar/international.

Maaflah merapu2...heheheh...

Khas utk 'suka menanti'

Assalamualikum...

Maaflah lambat balas. Ini adalah senarai beberapa buku yang digunakan untuk penulisan phD:

1. Wallace M and Wray A, 2006, Citical Reading and Writing for Postgraduates, Sage, London.
2. Peck J and Coyle M (2005), The Student's Guide to writing: Grammar,Punctuation and Spelling, Palgrave MacMillan, New York
3. Bailey S (2006), Academic writing: A handbook for International Students, Routledge, New York.
4. Murray R, (2006), How to write a thesis, Open University, England.

Bangsa2 yang di musnahkan

Assslamulaikum...


Bangsa2 yang di musnahkan












Supaya menjadi pengajaran kepada kita. Ianya bukan sahaja menggunakan ayat2 Quran tapi bukti2 yang telah dijumpai oleh para pengkaji perbumi (erkology kot...spelling tak pasti)..heheh

Al-Quran mendahului masa, sejarah menjadi pengajaran kepada generasi semasa dan mendahului masa untuk kejadian mati, alam kubur, kiamat, syurga dan neraka.

Yang lebih menarik perhatian dan sentuhan di hati ialah kajian ilmiah oleh mat salleh (cambridge university). Betapa mereka menggunakan Al-Quran sebagai sumber ilmu yang sangat agung sedangkan ramai umat Islam memandang sepi dengan isi kandungan Al-quran. Ini lah bukti yang Al-Quran adalah firman Allah.


wasalam..

Buku-buku Harun Yahya dalam BM

http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php

INTIS Consultant

INTIS Consultant merupakan sebuah firma konsultan bina insan yang menawarkan program-program latihan untuk mereka yang ingin meningkatkan kefahaman tentang Islam.
http://intisonline.com/