Renew Passport di London

Tuesday, August 25, 2009

Hari ini bangun kul 2 pagi utk pergi ke Meadhall pada jam 3 pagi. Mlm tadi call teksi, tak ada yang nak hantar atau ambik penumpang pada awal pagi. Naik bas megabus ke London pada jam 3.45 sepatutnya tapi rasanya bas sampai dalam kul 4.00 dan sampai london dlm kul 7.00++. Dalam keadaan mamai turun dr bas sebab tido (rasa mcm tak betul aje nak jalan)..Cari toilet kat coach station..yang ada ialah unisex. Cari public toilet tak jumpa..last2 jumpa toilet dan train station.

Lepas tu terus jalan kaki ke Pejabat Kastam (nama full name rasa Malaysia High ...lupa lah...eheh) di London. Sampai2 kat situ ada 1 keluarga sedang menunggu. Mereka dr Succexx. Kami pun dok membaca sampailah buka dalam kul 9 pagi. Sampai2 kena basuh tangan, ambik no, fotocopy IC, isi borang, ambik gambar dan gi ke kauter nak buat passport. Kejap aje siap...lepas tu kami (pergi dgn kawan)...blur nak cari arah tujuan, last2 cari tourist information center, tanya central mosque kat london, diorg bagi peta dan tunjuk naik bas apa..kami keluar balik dan fikir mcmana nak gi...kalau jalan kan tak larat sebab puasa..lastnya masuk balik kat tourist information center untuk beli tiket bas (ambik daily...muarh jugak..baru 3.80 aje). Kami gilah gi lonodn mosque utk rehat dan tido. Masuk2 nampak kedai buku, tengok2 lepas tu..terus naik atas dan tido. sebelum zohor bangun dan bersiap2 utk solat zohor dan solat berjemaah..nampak ramai jugak para jemaahnya.

Lps tu keluar nak gi kastam semual untuk ambik passport (kul 3)..kami keluar dlm kul 2 rasa awal sgt ami pun turun dr bas dan jalan2 ...dapatlah beli sourveninor sikit..beli kat area2 Madan Tuduse...(tak pernah masuk pun...heheh).kemudian naik bas dan pusing keliling nak cari pejabat kastam semula. Last2 jumpa selepas bertanya dengan orang. Sampai dlam kul 3.15...tak lama lepas tu ...dapatlah ambik passport...dan cari bas ..gi ke MSD ...cari makanan utk bwk bekal untuk buka puasa dalam bas. Naik bas dalm kul 6 dan sampai sheffield dalam kul 10 malam. Balik rumah makan ayam percik, sedap jugak...heheh..

No comments: