Salam...

kita boleh berubah dan bentuk anak2 dr kecik demi kebaikan..insyallah..kita berusaha...Allah yang maha berkuasa untuk memberikan segalanya..mungkin cara dan pendekatan orang melayu terutamanya kena betulkan ...hehehe...

sekadar luahan yang bangsa kita jauh ketinggalan. Saya adalah lahir dr generasi pertama yang mendapat pendidikan formal di peringkat tinggi. Ayah dan mak akak sendiri tak bersekolah. Mungkin ada pengalaman mereka yang kita boleh diambil tapi mungkin ada kemajuan dari luaran yang kita boleh ambik dan boleh digunakan untuk memajukan ummah di masa akan datang. Kami dari 12 adik beradik, tapi hanya 5 orang yang masuk universiti..mungkin persekitaran yang tidak konduksif....insyallah 2 lagi masih di peringkat undergraduate..Hanya saya seorang yang memyambung pelajaran hingga ke peringkat sarjana (Barulah..perasan ..banyak benda yang mungkin boleh dikongsi untuk anak2 sedara..bukan untuk bangga diri tapi untuk memberikan mereka motivasi untuk belajar bersungguh2, berjaya kerana Allah). Mungkin orang lain..boleh berfikir untuk lihat ke hadapan dan ke belakang..apa yang kita boleh lakukan...

Pernah tak kita terfikir..zaman kita tak perlu buat mcm ini..mcm tu...contohnya..mak kita tak pernah tekankan pun pasal aurat dan solat ke? Tapi tu zaman mak kita...zaman anak2 kita mesti lain...dan yang paling penting kita dah dapat kesedaran..

Dr segi pendidikan melayu di Malaysia juga..bermula dengan bolehnya orang Melayu membaca, kemudian menjadi cikgu. Sekitar tahun 70an, universiti2 diwujudkan yang antara tujuan utama ialah memgambil sistem kerajaan yang telah dikuasai oleh Cina dan English (kesan dr penjajahan dan English memang memberi peluang yang banyak kepada Cina..spt mewujudkan sekolah2 di bandar..yang lebih menguntungkan orang Cina)..

Secara peribadi, tujuan utama dasar pendidikan tahun 70an telah tercapai, skrg majoriti orang Melayu menguasai sektor2 yang dipegang oleh kerajaan. Cuma di antara kelemahan orang Melayu adalah untuk memasuki pasaran kerja di peringkat international..mungkin disebabkan masalah bahasa. Ini lah anak-anak generasi akan datang akan mampu dan mempunyai daya saing untuk memainkan peranan di peringkat antarabangsa..Insyallah...Melayu telah membuktikan dr tidak pandai membaca kepada menjadi professional dan Insyallah generasi akan datang akan menguasai CEO2 syarikat besar/international.

Maaflah merapu2...heheheh...

No comments: