Kekeliruan Jumlah Susu Ibu

Kita selalu keliru dengan keperluan bayi terutama kalau bagi susu ibu sebab agak sukar menentukan keperluan bayi sebab kita tak nampak kuantiti bayi minum. Saya pun mengalami masalah yang sama. Tapi saya yakin susu ibu adalah keperluan = permintaan, antara sebab utama setiap bulan semasa hendak buat imunisasi, nurse akan tulis supply=demand. Jadi saya rasa bayi pun pandai mintak susu ikut keperluan dia. Kita selalu dikaburi mata dengan iklan susu formula yang telah menetapkan berapa banyak susu dan berapa kekerapan bayi. Saya pun tiada pengalaman menyusukan bayi sepenuhnya. Akhirnya tempat rujukan saya ialah susuibu.com. Ini sebahagian masalah saya mengenai kuantiti susu ibu.

Re: kuantiti breastmilk sama dgn kuantiti fm???keliru..
Saya pun mengalami masalah yang sama. Anak saya 10 bulan. Tapi kuantiti susu tak menentukan. Kadang2 2 oz pun tak abis. Biasa saya tinggalkan dlm 6oz( 3botol x 2 oz). Tapi sejak umur dia 9 bulan, mlm kerap susu. Sebelum ini, sesekali sahaja dia menangis nak susu. Selalunya dia tido saja dan saya yang susukan kalau saya sedar. Tapi sejak 9 bulan setiap 2 jam, dia dah berbunyi..kadang2 pujuk..dia tido, kadang kena bagi susu jugak. Tapi siang memang kuantiti susu tak menentu. Semalam 2 oz pun tak abis. Baby saya pun tak menangis nak susu, saya dan BS selalu agak2 masa utk bagi susu, agak dah lama bagilah. Sebelum hantar BS saya atau suami akan bagi setiap 2 jam. Itu pun2 oz pagi dan 2 oz petang. Tapi ksrg BS kata dia bagi ikut suka BS lah. Saya baru hantar anak ke BS sejak umur 8 bulan. Memamg pelik baby saya. Tapi tengok badan mcm semangat, terkini berat dia 8.3kg.


Alahmdulliah susuibu.com sangat membantu. Tapi saya sedih sebab dah berhenti penyusuan bayi secara eksekutif (sepenuhnya susu ibu tanpa makanan tambahan) sebab baby saya macam beria nak makan, kalau nampak makanan mcm nak kejar aje. Bila pengasuh tahu saya dah cuba bagi makan anak saya dia pun mula bagi biskut, bagi bubur (siap buatkan lagi). Tapi kasihan tengok dia, dia memang meleleh air liur nampak orang makan. Tapi saya tidak tetap lagi bagi makan. Tapi kalau saya bagi bayi makan agak sukar, bayi asyik muntah. Memang cabaran besar untuk memberikan bayi susu ibu sahaja dalam persekitaran yang tidak membantu. Tak apalah, saya masih bagi susu ibu dan makanan tambahan.

Sebenarnya sejarah penyusuan ibu secara eksekutif saya tidak mudah juga. Banyak juga tercampur dengan tekanan semasa.

Hari pertama: Anak nak menyusu
Petang hari pertama: Bayi tidak hendak menyusu langsung, bayi saya agak sukar utk dipaksa buka mulut pun tak nak. Dia nak tido. Akhirnya hampir 24 jam dia tak minum susu.
Hari kedua: disahkan kuning di mana punca utama ialah tidak menyusu. Sebab bayi baru lahir, kena menyusu supaya semua kotoran boleh dikeluarkan melalui najis.
Hari ketiga: masuk bawah lampu
Hari keempat: buat mcm alasan utk keluar hospital, petang itu dpt keluar juga.
Hari kelima: Balik rumah, saya pam dan bagi kat bayi susu ibu setiap sejam. Saya akan kejutkan, tapi agak mudahkan sikit nak sumbat berbanding menyusu terus, agak sukar.
Sebulan pertama: hampir sepenuhnya minum susu pam sahaja. Bayi tidak pandai sangat hendak menhisap. Dah cuba mcm2 cara. Tapi sentiasa mencuba. Akhirnya bayi pandai hisap susu terus dari badan. Alhamduuliah. Dah kurang aktiviti mengepam.
Bulan 1, 2, 3: Berat bayi naik dgn banyak. Mcam2 kata orang tapi takut pulak ada seseorang kata tu, nanti anak besar mcm anak dia sampai sekarang overweight, dia kata minum susu ibu. Antara percaya dah tidak, saya mula bagi air kosong. Tak banyak pun sikit sahaja. Tapi memang ada kesan yang negatif, berat bayi naik dalam 100g sahaja dr bulan 4,5,6.Air kosong ini menurut nurse, akan menghakis khasiat2 makanan bayi. Air kosong bagus utk orang dewasa tapi tidak bagus untuk bayi terutama zaman sekarang sebab air kita telah tercemar.
Bulan 4,5,6: kenaikan berat bayi hanya kebih kurang 100g utk setiap bulan.
Bulan 6: jururawat bising, apa lagi kata tak bagi makan lagi. Lepas tu, dia kata bulan 9 kena monitor berat. Saya bagilah bayi makan beberapa kali bubur nasi, bubur lobak dan betik.
bulan 7,8: baca sana sini, dicadangkan kalau nak naikkan berat badan bayi banyak bagi susu disebelah malam, saya pun cuba, Alhamduliah berkesan. Berat dan naik semula semasa berat bulan ke 9.
Bulan 9, timbang berat. Alhamduliah agak ok. walaupun nurse bising sebab tidak bagi makan. Saya cuba juga bagi makan, tapi bayi muntah. Biasalah tekanan semasa teruatama dari keluarga.
Bulan 10, Saya cuba bagi sikit, nampak bayi dah mula terima. Tapi keadaan anak saya kalau nampak makan memang beria hendak makan saya tidak sampai hati pulak. Memang menjerit walaupun saya telah bagi susu sebelumnya. Tapi saya hanya hendak memperkenalkan kepada makanan bukan secara tetap dan berjadual.

Saya bercadang hendak memberikan bayi makan sehingga 2 tahun tanpa makanan tambahan tapi tidak berjaya. Kemudian sasaran bertukar ke setahun, tapi nampaknya percubaan utk menyusu badan secara eksekutif tidak berjaya. Tapi saya masih lagi tidak memberikan bayi susu formula. Sekarang, saya akan cuba bagi susu badan sepenuhnya dengan bantuan makanan tambahan sehingga bayi seusia 2 tahun atau lebih. Ya Allah permudahkan urusanku ini.

No comments: