Satu Perkongsian: Mendidik bayi kenal dan tahfiz Quran

Blog : www.darwishndarwisya.blogspot.com
Website : www.islamicparentingnetwork.net
Facebook Page : Islamic Parenting Network

Assalamualaikum yati,

Saya ingin bertanya yati, apakah senario yang diwujudkan oleh seorang ANAK yang menyebabkan IBUnya mengadu ”nak pengsan rasanya, nak menangis pun ada” ?

Cuba fikirkan..

Saya tidak salahkan yati jika berfikir yang negatif. Memang ramai berfikiran begitu kerana dunia akhir zaman ini pelbagai cerita disekeliling kita dan di dada akhbar tentang perilaku anak yang tidak sedap di dengar, terjadi di sana-sini.
Sebenarnya ia adalah emel dari salah seorang peserta kursus saya, Puan Sharifah Shuwaidah. Saya copy n pastekan sebahagiannya dibawah ini untuk dibaca semula...

”Semenjak kami memainkan CD al Quran didalam kereta n dirumah, anak saya mula menghafal n kurang tengok TV. Dan yang paling menyentuh hati bila saya cuba hendak menukarkan TV channel, saya ditegur supaya jangan tukar, kerana dia hendak mendengar al Quran!

Alhamdulillah, nak pengsan n menangis pun ada.. Ya Allah, Puan Lina, memang besar pahala Puan dan saya rasa sedikit demi sedikit doa saya dimakbulkan Allah SWT. Anak yang saya maksudkan itu baru berumur 2 setengah tahun
Saya amat2 terhutang budi dengan puan kerana telah banyak menolong saya serta keluarga. Saya harap satu hari nanti saya dapat membalas jasa puan. Kalau tak didunia mungkin diakhirat”

Ya Allah, terima kasih atas ilmuMu. Saya kerdil diri ini. Saya cuma berkongsi ilmu. Dan hanya Allah yang memilih kepada siapa dan kanak-kanak mana yang akan diberikan "rasa cinta" kepada al Quran itu. Alhamdulillah kanak-kanak diatas itu adalah di antaranya berkat dari doa ibunya. Rasa terharu saya membacanya. Tak sampai 2 minggu selepas kursus sudah nampak akan kesannya. Semoga Puan Sharifah tetap istiqomah. Saya ada galakkan kepada semua bekas peserta kursus saya membantu menyebarkan apa yang telah mereka belajar dalam kursus saya dengan kawan-kawan dipejabat, jiran tetangga, sanak saudara dan sebagainya. Kalau nak lebih pahala lagi, fotostat nota saya tu dan hadiahkan kepada mereka (mungkin kalau re-fotostat ia akan jadi tak berapa terang, tapi takpelah tu). Untuk penerangan lanjut, boleh minta mereka jenguk ke blog saya di http://www.darwishndarwisya.blogspot.com.

Ramai juga yang meminta saya untuk mengadakan kursus ditempat lain, tetapi bagi saya belum masanya dengan anak-anak saya yang masih kecil ni. Jadi dengan cara peserta saya menyebarkannyalah yang akan menyebabkan ilmu ini lebih cepat diketahui oleh orang ramai. Dan datanglah pahala itu kepada orang yang menyebarkannya dan juga kepada saya pemulanya.. InsyaAllah, bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus saya, ia akan diadakan pada 3 Mac 2012 ini dan untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.islamicparentingnetwork.com.my/. Semoga akan lahir lebih ramai ahli Quran bertebaran di serata muka bumi Allah ini.


Ikhlas dari,

Lina Karim
h/p: 019 230 8080

===============================================================================================

Peluang mendidik anak hanya datang sekali sahaja seumur hidup! Didiklah mereka sebaiknya..

No comments: